X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Sampainya Hatimu Anak! Pasal Motosikal Yang Bukan Miliknya Pun, Sanggup Sumbat Ibu Ke Penjara

2 Jul, 2020
Sampainya Hatimu Anak! Pasal Motosikal Yang Bukan Miliknya Pun, Sanggup Sumbat Ibu Ke PenjaraSampainya Hatimu Anak! Pasal Motosikal Yang Bukan Miliknya Pun, Sanggup Sumbat Ibu Ke Penjara

Lelaki ini selalu buat hati ibu terluka dan mahu menyumbat warga emas itu ke dalam penjara hanya disebabkan motosikal yang bukan miliknya pun!

Siapa sangka anak yang dibesarkan bagai menatang minyak yang penuh akhirnya sanggup menyumbatnya ke penjara. Hati ibu mana yang tidak terluka dengan perbuatan sebegitu rupa.

Entah di mana silapnya, marah betul seorang lelaki dari Indonesia ini terhadap ibunya sehingga sanggup membuat laporan polis untuk menyumbat warga emas itu ke dalam penjara.

Difahamkan, dia terlalu berang kerana ibunya memberi pinjam motosikal kepada saudaranya tanpa memberitahunya sedangkan motosikal itu bukan milik dia pun! 

Hati ibu terluka nak…

hati ibu

Dia kemudian membuat laporan kepada polis untuk memenjarakan wanita berusia 60 tahun itu.

Menurut laporan TribunewsBogor, apabila laporan polis dibuat, difahamkan wanita berkenaan, Kalsum menceritakan segala-galanya kepada pihak polis.

Difahamkan, motor berkenaan dibeli hasil daripada penjualan harta arwah suaminya. Selepas kematian suaminya, anaknya menjual harta peninggalan arwah dan mendapat hasil Rp 200 juta (RM 60,535.62). 

Anaknya hanya memberikannya Rp 15 juta (RM4,466.58) dan wang itu digunakan untuk membeli motosikal. Warga emas itu bagaimanapun meletakkan motosikal itu di rumah keluarga dan dipinjam saudaranya.

Anaknya yang tidak berpuas hati dengan tindakan itu dan menganggap ibu membelakanginya bertindak membuat laporan polis.

“Dia lahir dari rahim saya, bukan anak tiri, sedih dan terluka hati saya,” kata Kalsum.

Polis bagaimanapun enggan menerima laporan itu.

Memang hubungan dengan anak tegang

Kalsum mengakui hubungan mereka anak beranak memang tegang dan anaknya memang selalu bersikap kasar padanya tetapi ini tindakan paling drastik yang dilakukan lelaki itu.

Sementara itu, anak lelakinya mempertahankan tindakan itu kerana merasakan dia ada hak berikutan motosikal berkenaan dibeli menggunakan wang hasil penjualan tanah arwah bapanya.

Dia juga menafikan pernah bersikap kasar dengan ibunya. 

Cara tambat hati ibu

hati ibu

Hati seorang ibu memang susah untuk dijaga, tetapi tidaklah susah mana pun jika tahu gayanya, faham kehendaknya dan arif perangainya, ibu akan menjadi sahabat karib anda.

Yang penting kita harus ada kesabaran yang menebal, faham memahami, kasih dan hormat yang tinggi pada ibu. Tanamkan ikrar bahawa ibu adalah segala-galanya, hormatilah kehendaknya walaupun kadangkala kita tidak bersetuju dengannya. Kita mesti sentiasa sedar dan ingat hati ibu amat sensitif.

Jangan sesekali beranggapan ibu sudah tua, nyanyuk atau kolot kerana hal beginilah yg menjadi jurang pemisah antara ibu dan anak.

#1. Makanan amat sensitif

Makanan amat sensitif baginya. Setiap kali kita makan mesti pelawa ibu! Walaupun kita tahu ibu tak suka makanan itu.

#2. Jangan tunjuk pandai

Jangan tunjuk pandai di hadapannya kerana kepandaian kita bermula daripadanya. Jangan sesekali mengecilkan hatinya walaupun kita berada di landasan yang betul. Sebetul mana pun pendapat kita, cuba turunkan ego anda.

#3. Cuba sedaya upaya tunaikan hajat ibu

Stories Rakan Kongsi
Kita Support Kita (15 Oct – 14 Nov)
Kita Support Kita (15 Oct – 14 Nov)
"Demam" Avengers: Endgame Masih Belum Habis & Kini Cuti Sekolah, Apa Lagi Aktiviti Menarik Yang Anda Boleh Buat Bersama Anak?
"Demam" Avengers: Endgame Masih Belum Habis & Kini Cuti Sekolah, Apa Lagi Aktiviti Menarik Yang Anda Boleh Buat Bersama Anak?
10 mistakes you make that will turn your kid into a monstrous brat
10 mistakes you make that will turn your kid into a monstrous brat
Understanding How To Handle Money Through Real Life Experiences
Understanding How To Handle Money Through Real Life Experiences

Jika ibu memerlukan sesuatu seboleh-bolehnya kita segera mendapatkannya. Sentiasa mendengar dan bertindak mengikut kata-kata dan keluh kesahnya.

#4. Cari masa untuk ibu 

Jika ibu ingin pergi ke sesuatu tempat, cuba sedaya upaya untuk segera menghantarnya walaupun kita agak sibuk.

#5. Luangkan masa, jadi temannya

Berbuallah selalu dengannya kalau tidak boleh bersemuka mungkin boleh telefon. Kita harus bijak, ketika inilah peluang mengutarakan pendapat tetapi jangan sampai biarkan ibu perasan bahawa kita tidak bersetuju dengannya kerana ini akan merosakkan suasana perbualan.

#6. Peka dengan kesihatan ibu

Bawa ibu buat pemeriksaan kesihatan berkala dengan berjumpa doktor. Ambil tahu keadaan kesihatannya. 

#7. Jadi pendengar yang baik

Sentiasa menjadi pendengar yang baik walaupun ada kalanya malas untuk mendengar ceritanya. Jika duduk serumah jangan lupa menyapanya setiap hari walaupun kita dalam keadaan amat penat dan lesu.

#8. Beli hadiah

hati ibu

Sesekali belilah hadiah untuknya. Bukan hadiah kecil atau besar yang dinilai tetapi ingatan kita terhadapnya.  Tak rugi keluarkan duit untuk membayar bil telefon utk ibu yang mungkin sentiasa menunggu khabar berita daripada kita, rasanya lebih berkat lagi rezeki yang akan kita perolehi atas sebab hormat kita kepada wanita yang bergelar ibu.

Tiba-tiba rasa rindu ibu kan? Pergilah telefon dia sekarang!Mungkin dia pun sedang rindu anda.

Sumber: bogor.tribunews, htkristal

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comidea-hadiah-hari-ibu-yang-unik-untuk-ibu-ibu-di-luar-sana

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Sampainya Hatimu Anak! Pasal Motosikal Yang Bukan Miliknya Pun, Sanggup Sumbat Ibu Ke Penjara
Kongsikan:
  • Doktor Ini Berkongsi Tentang Hari Tersedih Buatnya

    Doktor Ini Berkongsi Tentang Hari Tersedih Buatnya

  • Terlalu Rindu Anak Yang Telah Meninggal, Wanita Ini Bertemunya Melalui Teknologi VR

    Terlalu Rindu Anak Yang Telah Meninggal, Wanita Ini Bertemunya Melalui Teknologi VR

  • Senarai Nama Bayi Klasik & Tradisional Yang Jarang Digunakan, Mana Satu Pilihan Ibu?

    Senarai Nama Bayi Klasik & Tradisional Yang Jarang Digunakan, Mana Satu Pilihan Ibu?

  • Bayi Lahir Dalam Pesawat, Nasib Baik Ada Doktor Dalam Flight! Dinamakan Sempena Nama Kru Kapal!

    Bayi Lahir Dalam Pesawat, Nasib Baik Ada Doktor Dalam Flight! Dinamakan Sempena Nama Kru Kapal!

app info
get app banner
  • Doktor Ini Berkongsi Tentang Hari Tersedih Buatnya

    Doktor Ini Berkongsi Tentang Hari Tersedih Buatnya

  • Terlalu Rindu Anak Yang Telah Meninggal, Wanita Ini Bertemunya Melalui Teknologi VR

    Terlalu Rindu Anak Yang Telah Meninggal, Wanita Ini Bertemunya Melalui Teknologi VR

  • Senarai Nama Bayi Klasik & Tradisional Yang Jarang Digunakan, Mana Satu Pilihan Ibu?

    Senarai Nama Bayi Klasik & Tradisional Yang Jarang Digunakan, Mana Satu Pilihan Ibu?

  • Bayi Lahir Dalam Pesawat, Nasib Baik Ada Doktor Dalam Flight! Dinamakan Sempena Nama Kru Kapal!

    Bayi Lahir Dalam Pesawat, Nasib Baik Ada Doktor Dalam Flight! Dinamakan Sempena Nama Kru Kapal!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.