X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

10 Hadiah Terbaik Untuk Ibu Baru, Inilah Masa Gembirakan Yang Tersayang!

Tak tahu nak beli apa buat hadiah ibu baru, kan? Bosan sangat asyik beri hadiah pakaian dan penjagaan bayi. Jom cuba beri hadiah lain pula!

Sekarang sudah masuk musim ibu-ibu melahirkan anak kan? Jika teman-teman rapat atau ahli keluarga bakal menyambut cahaya mata, tak salah untuk kita membeli hadiah untuk ibu yang baru melahirkan bayi.

Tapi nak beli apa ya? Serabut kepala memikirkan sebarang hadiah yang sesuai untuk ibu baru. Yalah, takut barang-barang yang kita beli, mereka tidak suka ataupun mereka sudah ada. Lebih baik jika anda memberikannya hadiah lebih awal.

Sebenarnya, ada pelbagai pilihan benda yang berguna untuk ibu yang baru memiliki cahaya mata ini. Setelah menjadi ibu juga baru saya sedar benda-benda yang boleh dijadikan sebagai hadiah ini amat membantu dalam seharian hidup.

Jadi, jom! Semak senarai hadiah terbaik yang boleh meringankan beban mereka.

Isi Kandungan

  • Idea Hadiah
  • 10 Idea Hadiah Untuk Ibu Yang Baru Melahirkan Bayi
  • Nursing Cover
  • Baby Swaddle
  • Anakku Travel Set
  • Photo Box
  • 5 in 1 Baby Feeder Full Set 
  • Pacifier Thermometer
  • Floating Mat
  • Newborn Teether Baby Toys 
  • Perbandingan Harga

Hadiah Untuk Ibu Yang Baru Melahirkan Bayi

Sesetengah orang akan mengesyorkan pemberian dalam bentuk wang sahaja kerana lebih mudah. Namun begitu, sebenarnya membelikan hadiah untuk ibu yang baru melahirkan bayi boleh menjadikan mereka lebih ceria, teruja dan menghargai pemberian daripada rakan terdekat.

Kalau nasihat orang lama, lebih baik jika kita hadiahkan peralatan atau barangan yang mereka boleh gunakan selalu. Oleh itu, sebelum membeli hadiah yang sesuai pastikan anda memilih barang yang boleh digunakan untuk jangka masa panjang kerana usia bayi sangat singkat

Selain itu, pilih barangan yang boleh digunakan berulang kali dan sesuatu yang bersifat sentimental. Mana tahu boleh dijadikan sebagai kenangan abadi oleh si ibu.

10 Hadiah Untuk Ibu Baru
product image
Breastfeeding Nursing Cover Cotton
Terbaik untuk ibu menyusu
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
Baby Swaddle Muslin Wrap Cotton
Terbaik untuk lampin bayi
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
Baby Stroller Storage Bag
Terbaik untuk penyimpanan barang bayi
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
Sound Sensing Sleep Sheep
Terbaik untuk bayi tidur lena
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
Anakku Baby Care Travel Set
Terbaik untuk set mandian bayi
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
MOILY Love Heart Photo Box Necklace
Terbaik untuk hadiah rantai
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
5 in 1 Baby Feeder Full Set 
Terbaik sebagai perkakas makanan bayi
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
Baby Pacifier Thermometer
Terbaik untuk mencatat suhu badan si manja
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
Baby Bath Floating Mat
Terbaik dijadikan sebagai tab mandi lembut
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
Newborn Teether Baby Toys
Terbaik untuk mainan si manja
more info icon
View Details
Beli di Shopee

10 Idea Hadiah Untuk Ibu Yang Baru Melahirkan Bayi

Breastfeeding Nursing Cover Cotton

Terbaik untuk ibu menyusu

hadiah untuk ibu baru

 

Kain menyusu dari jenama Momo House ini sangat diperlukan untuk ibu yang menyusu bayi. Ia memudahkan aktiviti breastfeeding kerana boleh memberikan keselesaan dan menjaga privasi terutamanya apabila berada di tempat awam.

Malah, Breastfeeding Nursing Cover Cotton ini senang dibawa kemana-mana. Ia juga senang digulung untuk diletakkan dalam poket beg. Kain yang diperbuat dari cotton dan bersifat ringan juga boleh menjadi selimut bayi dan melindunginya daripada sinaran UV berbahaya.

Dengan kain menyusu ini , ibu baru dapat kekal bergaya sambil mengendong si manja. Keselesaan pula terjamin!

Apa yang kami suka?

  • Diperbuat daripada non-toxic material
  • Serbaguna dan selamat digunakan
  • Lembut dan selesa
  • Mudah digunakan dan dicuci
  • Paras tali boleh laras
  • Diperbuat daripada fabrik cotton

Breastfeeding Nursing Cover Cotton

product imageBeli di Shopee

Baby Swaddle Muslin Wrap Cotton

Terbaik untuk lampin bayi

lampin untuk bayi

Semua ibu bapa baru pasti akan berterima kasih dengan hadiah ini. Betul! Sebab nanti, pasti akan ada momen ‘alamak kehabisan lampin!’. Tika itu, lampin akan jadi penyelamat ibu ayah. Lampin yang diperbuat daripada 100% cotton tanpa pendarfluor ini membolehkan bayi berasa lebih selesa dan selamat apabila menggunakannya.

Terdapat dua cara untuk memakainya iatu boleh membedung bayi secara balut di bawah ketiak atau membedungnya penuh. Mempunyai pelbagai pilihan corak yang menarik dan boleh digunakan berulang kali kerana sangat tahan lama.

Apa yang kami suka?

  • Fabrik – 100% Cotton
  • Reka bentuk lampin sesuai untuk mengelakkan bayi mudah terjaga
  • Sesuai untuk bayi baru lahir
  • Sesuai digunakan untuk cuaca panas
  • Pelbagai corak menarik untuk dipilih

Baby Swaddle Muslin Wrap Cotton

product imageBeli di Shopee

Baby Stroller Storage Bag

Terbaik untuk penyimpanan barang bayi

hadiah untuk ibu baru

Salah satu hadiah paling terbaik untuk diberikan kepada ibu yang baru melahirkan bayi adalah storage bag. Jangan nafikan kepentingan beg ini! Ibu baru perlu biasa dengan beg yang besar bagi menyimpan segala perkakas bayi ketika keluar. 

Bukan itu sahaja, dengan adanya storage bag seperti ini, parent mudah untuk memuatkan semua keperluan bayi seperti pampers, botol susu, towel kecil, krim, pacifier, tisu basah dan banyak lagi. Senang untuk dicapai dan tidak perlu membawa beg yang banyak. Juga tidak perlu mengalasnya kerana boleh digantung pada stroller bayi. Best kan?

Apa yang kami suka?

  • Ruang yang sempurna untuk memuatkan barang keperluan bayi
  • Terbahagi kepada 6 bahagian untuk penyimpanan yang lebih baik dan tersusun
  • Tali boleh laras sesuai untuk digantung atau diletakkan pada bahu
  • Boleh dibasuh dengan mesin atau tangan
  • Mudah untuk menyimpan barang bayi

Baby Stroller Storage Bag

product imageBeli di Shopee

Sound Sensing Sleep Sheep

Terbaik untuk bayi tidur lena

 

hadiah untuk ibu yang baru melahirkan bayi

Kredit gambar: Sharper Image

Tahu tak betapa susah nak tidur dengan cukup bila sudah jadi seorang ibu? Seorang ibu baru pasti akan berterima kasih pada anda dengan hadiah ini!

Sound Sensing Sleep Sheep adalah anak patung dengan bunyi yang boleh menenangkan bayi. Patung ini juga boleh kesan jika si manja menangis atau meragam. Lalu, muzik akan dimain untuk menenangkan mereka. Sesuai diguna ketika ingin tidurkan bayi.

Apa yang kami suka?

  • Tahan lama
  • Selesa dan mudah untuk dipegang
  • Terdapat 8 bunyi & melodi yang menenangkan
  • Mempunyai butang automatik – Sleep Sheep dimatikan dalam tempoh 23 atau 45 minit

Sound Sensing Sleep Sheep

product imageBeli di Shopee

Anakku Baby Care Travel Set

Terbaik untuk set mandian bayi

hadiah untuk ibu baru

Hadiah ini adalah yang paling senang sekali jika anda tidak mempunyai idea lain untuk diberikan kepada parent. Boleh jadi mereka memerlukannya di saat ingin keluar atau balik ke kampung. Tidak perlulah membawa set mandian yang besar kerana set mandian travel ini sudah mencukupi.

Bukan itu sahaja, Anakku Baby Care Travel Set ini juga sesuai untuk bayi yang mempunyai kulit sensitif. Jadi, ibu boleh menggunakannya tanpa ragu. Malah, tiada had umur bayi untuk menggunakan set mandian ini.

Apa yang kami suka?

  • Kecil dan mudah dibawa kemana-mana
  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • 4 in 1- Lengkap dengan bedak bayi, sabun, syampu dan losyen bayi 

Anakku Baby Care Travel Set

product imageBeli di Shopee

MOILY Love Heart Photo Box Necklace

Terbaik untuk hadiah rantai

hadiah untuk ibu baru

 

Tiada hadiah yang lebih istimewa melainkan si manja yang comel dalam dukungan. Apa kata raikan kehadiran cahaya mata ini dengan hadiah rantai yang boleh diletakkan foto kecil buat ibu baru dan si manja? Bakal jadi memori indah buat mereka!

Apa yang kami suka?

  • Harga yang murah
  • Tahan lama dan berkualiti tinggi
  • Terdapat tiga pilihan warna – Rose, Gold, Silver
  • Mempunyai elemen sentimental

MOILY Love Heart Photo Box Necklace

product imageBeli di Shopee

5 in 1 Baby Feeder Full Set 

Terbaik sebagai perkakas makanan bayi

checklist

Hadiah yang paling berguna buat mereka! Kelak, si manja akan mula menerima makanan pepejal. Ibu bapa harus menyediakan pelbagai perkakas makanan bayi yang terdiri daripada food dispensing spoon, sippy cup, bib dan bekas menyimpan makanan. Buat apa nak pening kepala, hadiahkan set 5 in 1 ini sudah lengkap. Pasti ibu teruja melihat perkembangan anak membesar sehingga sudah boleh menggunakan set perkakas ini.

Apa yang kami suka?

  • Harga yang murah dan berkualiti
  • Mesra dan selamat digunakan
  • Warna yang menarik
  • Lengkap dengan kelengkapan makanan bayi
  • Sesuai digunakan oleh bayi yang baru mula menerima makanan pejal

5 in 1 Baby Feeder Full Set 

product imageBeli di Shopee

Baby Pacifier Thermometer

Terbaik untuk mencatat suhu badan si manja

checklist hadiah

Percaya atau tidak, puting dengan termometer ini pasti sangat diperlukan oleh si ibu. Dengan puting ini, ibu baru akan lebih mudah mengambil suhu badan bayi mereka ketika demam.

Bukan itu sahaja, ibu ayah juga segera tahu jika anak secara tiba-tiba meningkat suhu badannya. Secara tidak langsung, parent dapat mengambil langkah lebih awal sebelum si manja melarat.

Lagipun, ini antara langkah paling selamat dan bersih untuk mengambil suhu badan si manja!

Apa yang kami suka?

  • Mudah digunakan
  • Harga yang berpatutan
  • Tahan lama dan berkualiti tinggi
  • Boleh mencatat suhu badan bayi dengan selamat

Baby Pacifier Thermometer

product imageBeli di Shopee

Baby Bath Floating Mat

Terbaik dijadikan sebagai tab mandi lembut

hadiah checklist

Baby Bath Floating Mat ini sangat sesuai kerana diperbuat dari jenis PVC dan kusyennya dari Styrofoam yang lembut dan tidak keras. Hadiah ini mesti membuatkan si ibu teruja kerana tidak perlu risau si kecil takut kesejukan air ketika mandi. Reka bentuknya sesuai untuk bayi baru lahir dan boleh digunakan sehingga 6 bulan. 

Ia menggunakan non slip  yang menghalang bayi tergelincir ke dalam air. Sangat ringan dan mudah dilipat. Bolehlah dibawa kemana sahaja!

Apa yang kami suka?

  • Reka bentuk yang selesa dan selamat
  • Sesuai untuk bayi baru lahir sehingga 6 bulan
  • Material yang lembut dan berkualiti
  • Mudah dilipat dan sangat ringan

Baby Bath Floating Mat

product imageBeli di Shopee

Newborn Teether Baby Toys 

Terbaik untuk mainan si manja

hadiah untuk si ibu

Sebelum tumbuh gigi, mereka akan mengalami fasa gatal gusi dan membuatkan mereka ingin menggigit sesuatu. Jadi, apa kata anda hadiahkan buat ibu ayah Newborn Teether Baby Toys ini supaya si kecil dapat bermain dengannya. Terdiri daripada 14 jenis mainan berbeza namun ia direka khas lembut dan selamat untuk bayi. 

Ini mungkin antara pilihan hadiah terakhir yang anda boleh beli. 

Apa yang kami suka?

  • Harga yang berpatutan
  • Menarik dan pelbagai corak
  • Reka bentuk yang selesa dan selamat
  • Merangsang minat anak bermain

Newborn Teether Baby Toys

product imageBeli di Shopee

Perbandingan Harga

Jenama  Harga
Breastfeeding Nursing Cover Cotton RM 7.98
Baby Swaddle Muslin Wrap Cotton RM 7.80
Baby Stroller Storage Bag RM 23.64
Sound Sensing Sleep Sheep RM 169.90
Anakku Baby Care Travel Set RM 15.20
MOILY Love Heart Photo Box Necklace RM 6.56
5 in 1 Baby Feeder Full Set  RM 25.00
Baby Pacifier Thermometer RM 48.00
Baby Bath Floating Mat RM 21.90
Newborn Teether Baby Toys  RM 33.95

Sebenarnya ada banyak lagi pilihan untuk diberikan kepada ibu yang baru melahirkan bayi. Namun begitu, anda boleh membuat pilihan bijak supaya tidak memberikan hadiah yang mungkin sudah dibeli atau dihadiahkan oleh orang lain kepada mereka.

Semoga perkongsian checklist ini membantu anda membeli hadiah yang sesuai dan mendapatkannya dengan klik sahaja tanpa perlu berfikir panjang lagi. Semoga bermanfaat!

Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.theAsianparent Malaysia

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:  8 Hadiah Untuk Bayi Yang Baru Lahir

Baca juga:  Ibu bapa tak patut sambut hari jadi anak setiap tahun – pakar psikologi

Baca juga: Demi Cinta, Lelaki Ini Menabung Selama 2 Tahun Untuk Beli Hadiah Buat Isteri

Nota Editor: Pautan produk yang disediakan di sini bertujuan untuk membantu memudahkan carian produk untuk pembaca kami. Beli barang adalah mengikut budi bicara anda sendiri. Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang pertikaian dan masalah transaksi. Sekiranya anda membeli item dari post ini, theAsianparent mungkin menerima potongan kecil. Setiap item dan harga adalah terkini pada masa pengeluaran; namun, item mungkin habis terjual atau harganya sedikit berbeza pada hari berikutnya.
img

Penulis

Noorhidayah

Kongsi artikel ini

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community diiOS danAndroid sekarang!

  • Kasihan Tengok Hidung Si Manja Tersumbat! Ibu, Guna Penyedut Hingus Bayi Selamat & Lembut Untuk Kelegaan Segera!

    Kasihan Tengok Hidung Si Manja Tersumbat! Ibu, Guna Penyedut Hingus Bayi Selamat & Lembut Untuk Kelegaan Segera!

  • Mainan Magnet Anak Terbaik di Malaysia, Galakkan Imaginasi Anak Anda Dengan Mainan Ini

    Mainan Magnet Anak Terbaik di Malaysia, Galakkan Imaginasi Anak Anda Dengan Mainan Ini

  • 6 Alat Bantu Hangatkan Sesi 'Bersama' Untuk Suami Isteri, Ketahui Juga Risikonya

    6 Alat Bantu Hangatkan Sesi 'Bersama' Untuk Suami Isteri, Ketahui Juga Risikonya

  • Kasihan Tengok Hidung Si Manja Tersumbat! Ibu, Guna Penyedut Hingus Bayi Selamat & Lembut Untuk Kelegaan Segera!

    Kasihan Tengok Hidung Si Manja Tersumbat! Ibu, Guna Penyedut Hingus Bayi Selamat & Lembut Untuk Kelegaan Segera!

  • Mainan Magnet Anak Terbaik di Malaysia, Galakkan Imaginasi Anak Anda Dengan Mainan Ini

    Mainan Magnet Anak Terbaik di Malaysia, Galakkan Imaginasi Anak Anda Dengan Mainan Ini

  • 6 Alat Bantu Hangatkan Sesi 'Bersama' Untuk Suami Isteri, Ketahui Juga Risikonya

    6 Alat Bantu Hangatkan Sesi 'Bersama' Untuk Suami Isteri, Ketahui Juga Risikonya

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.