Anak Yang Boleh Menulis Guna Kedua Belah Tangan Adalah Bijak! Ia Dikenali Sebagai Ambidexterity

Anak anda mungkin seorang yang mempunyai kepandaian yang tinggi. Tetapi, bagaimanakah caranya untuk anda tahu dan apakah makna di sebalik perkataan ambidextrous tersebut?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setiap ibu bapa menginginkan anak-anak yang sihat, soleh dan bijak pandai. Jadi, ibu bapa akan melakukan apa sahaja untuk melihat anak mereka membesar dengan sempurna. Tetapi, ada satu masalah yang tidak dapat anda selesaikan dari dulu hingga ke sekarang; si manja anda sentiasa mencapai barangan menggunakan kedua-dua tangan. Apakah masalahnya? Ha, mungkin anak anda seorang yang ambidextrous!

Segelintir dari pembaca kami mungkin sudah tahu apakah makna di sebalik perkataan ambidextrous ini, manakala segelintir lagi mungkin tidak mengetahui apakah maksudnya. Jangan risau! Dalam artikel kami kali ini, bukan sahaja kami akan berkongsi definisi ambidextrous tetapi juga bagaimana anda boleh mengecam ambidexterity (sifat seorang ambidextrous) dan cara menggalak ambidexterity mereka!

Definisi Ambidextrous

Pertama sekali, mari ketahui apakah maksud ambidextrous ini!

Ambidextrous bermaksud keupayaan untuk menggunakan kedua-dua belah tangan dengan sempurna. Kebanyakan manusia hanya berupaya menggunakan salah satu tangan—kanan atau kiri mereka untuk melakukan sesuatu seperti menulis, memegang objek serta mendukung barang, sebagai contoh. Ini dikenali sebagai tangan dominan.

Tetapi, manusia yang mempunyai ambidexterity ini berupaya menggunakan kedua-dua belah tangan mereka dengan keupayaan yang seimbang. Menjadikan kedua-dua tangan adalah tangan dominan! Percaya atau tidak, hanya 1% populasi dunia yang mempunyai keupayaan ini. 

Maka, sekiranya si manja anda sentiasa melakukan sesautu menggunakan kedua-dua tangan mereka, ia mungkin petanda anak anda mempunyai sifat ambidexterity. Tetapi, apakah tanda-tanda lain anak anda adalah seorang yang ambidextrous?

Tanda-tanda Anak Anda Mempunyai Ambidexterity

#1. Tidak mempunyai tangan yang dominan

Sehingga si manja anda mencecah usia 2 hingga 3 tahun, mereka mungkin tidak akan menunjukkan pilihan tangan yang lebih dominan. Sama ada mereka hendak lebih menggunakan tangan kanan atau kiri. Jika si manja anda masih menggunakan kedua-dua belah tangan sehingga mereka berumur 5 ke 6 tahun, itu mungkin petanda awal si manja anda adalah seorang yang ambidextrous.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2. Menggunakan kedua-dua belah otak mereka

Foto: GPSBestari

Tahukah anda bahawa bahagian kiri otak kita lebih cenderung kepada perkara-perkara analitik dan logikal manakala bahagian kanan otak kita pula lebih cenderung kepada perkara yang menggalakkan kreativiti. Sekiranya si manja anda menunjukkan kecemerlangan pada kerja Matematik mereka serta berupaya untuk mewarna dan melukis dengan baik, ia mungkin petanda si manja anda boleh menggunakan kedua-dua belah otak mereka.

#3. Dapat “menangkap” ilmu dengan lebih mudah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kanak-kanak yang mengalami ambidexterity mempunyai keupayaan untuk menerima ilmu baru dengan lebih mudah oleh sebab otak mereka lebih terbuka dan efisien berbanding kanak-kanak lain. Ini kerana otak mereka tidak mempunyai hemisfera yang dominan seperti kebanyakan otak lain.

Walaupun sifat ambidexterity ini seakan-akan bagus, ia juga membawa beberapa kelemahan yang perlu anda ambil perhatian.

Antaranya ialah, kanak-kanak yang mempunyai keupayaan untuk menggunakan kedua-dua belah tangan sebagai tangan dominan lebih cenderung untuk menghidap attention deficit hyperactivity disorder atau ADHD. 

Ini akan membuatkan si manja lebih sukar untuk memberi perhatian terhadap sesautu perkara jadi ibu dan ayah perlulah memberi sokongan untuk si manja mendapatkan bantuan secepat mungkin sekiranya mereka disyaki menghidapi ADHD.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Yang lebih mengejutkan ialah, mereka yang mempunyai sifat ambidexterity mungkin lebih sukar memperoleh kecemerlangan dalam aspek akademik! Walaupun individu yang ambidextrous lebih mudah belajar, tetapi mereka akan lebih cenderung ke arah aktiviti yang melibatkan aspek fizikal seperti sukan, seni dan muzik. 

Emosi individu yang menghadapi ambidexterity juga lebih mudah berubah-ubah mengikut keadaan persekitaran mereka. Sekiranya persekitaran mereka mempunyai tahap tekanan yang tinggi, maka mereka juga akan merasakan tekanan tersebut dengan hebat sekali!

Bolehkah Saya Melatih Anak Menjadi Ambidextrous?

Jawapannya adalah… tidak! Keupayaan anak-anak untuk menggunakan tangan dominan mereka bergantung kepada genetik. Sekiranya anda dan pasangan kedua-dua mempunyai tangan kiri yang lebih dominan, maka tinggilah peluang untuk si manja anda juga menjadi seorang yang kidal.

Sekiranya si manja anda masih tidak menunjukkan sebarang tanda tangan mana yang lebih dominan pada mereka, anda boleh menggunakan cara ini:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Letakkan suatu objek di hadapan si manja
  • Perhatikan si manja mencapai objek dengan tangan kiri atau kanan
  • Catatkan pilihan tangan si manja
  • Kiralah tangan belah mana yang lebih si manja gemari; kiri atau kanan

Jika anak anda sudah mempunyai tangan yang lebih dominan yang mereka gemari, usahlah anda cuba untuk melatih mereka menggunakan tangan yang sebelah lain pula. Ia hanya akan menimbulkan kekeliruan dan menyebabkan si manja mengalami kesukaran untuk membiasakan diri dengan penggunaan tangan sendiri.

Secara kesimpulannya, pilihan tangan anak anda bergantung pada genetik dan diri mereka sendiri. Sekiranya anak anda seorang yang ambidextrous, baguslah! Tetapi, jika tidak… bagus juga! 

Setiap kanak-kanak mempunyai keistimewaan mereka sendiri dan ibu dan ayah tidak perlulah terlalu tertekan dan menekankan anak untuk mencipta keistimewaan tersebut kerana keunikan mereka itu ada di dalam diri mereka.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: The Conversation

Baca juga: Bila Ibu Ayah Boleh Tahu Anak Sebenarnya Kidal?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan