Bila Gigi Anak Anda Patah Ibu Bapa Jangan Panik! Lakukan Perkara Ini!

Bila anak lasak bermain, mesti ada saat yang mana anak anda patah gigi. Jangan panik! Kami ada beberapa panduan untuk anda bantu anak anda hari ini!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Gigi anak anda patah sedikit bila bermain? Kanak-kanak memang lasak. Inilah saat dan waktunya untuk mereka bermain sepenuhnya dan apabila mereka terleka atau cuai, mulalah anak anda terjatuh dan luka-luka badan. Adat budak bermain. Pada waktu beginilah mereka belajar berlari, berjalan dan melompat. Orang kata jatuh sakit itu biasa. Nak tahu apa jadi tak biasa? Bila gigi anak anda patah sedikit.

Walaupun kecederaan gigi adalah sesuatu yang normal untuk kanak-kanak lagi-lagi sewaktu bermain. Tetapi, ada kalanya ia boleh menjadi sesuatu yang perlu dibimbangkan seperti komplikasi pada gigi. Terutama sekali sekiranya anak anda masih belum boleh bercakap. Ibu bapa mestilah terkejut dan panik kan bila anak balik dengan gigi yang rongak.

Kami ingin kongsikan kepada ibu bapa apa yang ibu bapa perlu tahu mengenai gigi patah dalam kalangan kanak-kanak ataupun chipped baby tooth. 

Apa itu chipped baby tooth?

Kredit: Parenting.firstcry

Chipped baby tooth adalah kecederaan pada gigi kanak-kanak yang menyebabkannya patah sedikit atau patah banyak. Kecederaan pada gigi boleh berlaku pada gigi kekal ataupun gigi susu. 

Ada kalanya gigi bayi akan retak ataupun patah sedikit bergantung dengan tahap impak pada gigi bayi dan kebiasaannya ianya tidak menyakitkan. Tetapi kalau anak anda patah gigi sedikit yang menjadikannya tajam, ia boleh membuatkan anak anda berasa sakit apabila lidahnya bertemu dengan gigi. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Panduan buat ibu bapa bila anak anda mendapat chipped baby tooth atau gigi patah

Kredit: Unsplash

Sekiranya anak anda jatuh dan anda mendapati gigi anak anda patah, ini adalah antara panduan yang boleh anda ikuti.

#1 Jangan panik

Siapa tak sayang anak, kan? Lagi-lagi kalau anak anda jatuh tercedera sampai gigi patah. Mulalah ibu bapa panik tengok anak jadi begitu. Perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah jangan panik dan kekal bertenang. Sebab kalau anda panik, anak anda pun akan rasa benda yang sama. Jangan bagi anak anda rasa tidak tenang disebabkan giginya yang patah itu. Takut anda menjadikan perkara ini besar pula buat anak anda. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2 Periksa mulut anak anda

Apabila anda mendapati gigi anak anda patah, cuba periksa mulut anda terlebih dahulu. Ini adalah sebagai rawatan awal apabila anda berada di rumah dan anak anda tercedera. Bersihkan dahulu darah pada mulut jikalau ada akibat luka dan tengok sama ada terdapat serpihan gigi dalam mulut anak anda, pada gusi atau pada bibir. Takut dikhuatiri anak anda tertelan serpihan tersebut. Bilas mulut anak anda dan berikan anak anda kain kasa yang lembab dan letakkan secara perlahan pada gusi atau pada bahagian yang patah. Ini dilakukan untuk menghalang pendarahan daripada terus berlaku ataupun bengkak yang teruk.

#3 Simpan serpihan gigi

Jika anda menjumpai serpihan gigi anak anda yang tercabut, atau jika boleh cuba cari semula serpihan gigi anak anda di tempat dia bermain atau pun di tempat anak anda cedera. Apabila anda menjumpai serpihan gigi tersebut, satu tips yang anda boleh amalkan ialah anda boleh meletakkan semua gigi tersebut didalam bekas yang mengandungi susu untuk melindungi dan memelihara gigi. Malah, ia turut memastikan gigi anak anda lembab. Gigi itu bukan untuk hiasan ya. Anda boleh beri kepada doktor gigi dan doktor akan mencantumkannya semula pada gigi anda anda dengan gam khas.

#4 Bantu anak legakan kesakitan

Kredit: Unsplash

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kesiannya bila anak anda sakit akibat gigi terpatah. Nasib baik ada cara untuk mengubati sakit ini daripada berlarutan. Anda boleh mendapatkan ubat penahan sakit khas untuk kanak-kanak daripada farmasi berdekatan dan rujuk pakar sebelum mendapatkan ubat. Ibuprofen atau Paracetamol (Panadol) adalah salah satu ubat yang dapat membantu melegakan kesakitan anak anda.

#5 Bawa anak anda berjumpa doktor

Walaupun terpatah gigi dalam kalangan kanak-kanak adalah perkara yang biasa, tetapi ibu bapa juga jangan terlalu ambil mudah dan tidak mengendahkan anak. Periksa dahulu anak dan bawa anak anda berjumpa doktor gigi. Ini kerana kita sendiri tidak tahu sama ada keadaan anak teruk atau tidak melainkan apabila mereka dibawa berjumpa pakar yang sememangnya sudah arif dengan keadaan gigi. Dari situ, doktor akan mencadangkan beberapa rawatan untuk anak sama ada perlu cabut jika ia melibatkan akar gigi ataupun tampalan. 

#6 Perhatikan keadaan anak

Apabila anak anda cedera pada gigi, kesan kecederaan adalah bergantung kepada sejauh mana impak atau trauma pada gigi anak anda. Kesan kecederaan bukan hanya dengan gigi yang patah tetapi gigi anda akan juga akan mula berubah warna atau discoloration. Ada yang berwarna hitam, merah, kelabu dan akan kebiru-biruan. Ianya adalah disebabkan oleh kerosakan pada pembuluh darah akibat impak.

Kebiasaannya, warna ini akan beransur pulih selepas beberapa ketika dan adalah sesuatu yang normal. Sekiranya warna pada gigi anak anda masih kekal sama selepas anda berjumpa doktor, bawa anak anda berjumpa doktor sekali lagi. Takut-takut kalau anak anda ada mengalami jangkitan pada gigi. 

Sumber: Myhealth

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca Juga: Panduan Gigi Sihat untuk Si Kecil Yang Setiap Parent Harus Tahu

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nina Osman