Menjaga 2 Orang Anak Angkat Lain Bangsa Sejak Bayi, Mulia Sungguh Hati Auntie Ini

Bukan mudah untuk menjaga anak angkat apatah lagi berlainan bangsa dan agama, namun auntie ini membuktikan keikhlasan hati adalah segalanya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baru-baru ini tular sebuah kisah melibatkan seorang wanita yang berbangsa Cina menjaga dua orang anak angkat yang merupakan kanak-kanak Melayu sejak mereka bayi lagi. 

Sedang sekarang kita dikejutkan dengan begitu banyak kisah penderaan anak-anak, kisah auntie ini seakan penyelamat kepada kemanusiaan kita. 

Ya, masih lagi wujud orang yang berhati mulia begini. Kisah ini dikongsi oleh Ahmad Qhuzairee di salah satu kumpulan di Facebook. 

Pelihara 2 orang anak angkat: bayi terbuang

Foto: iStock

Menurutnya perkongsian asal adalah daripada seorang lelaki yang bernama Ameer Carlief dari Sabah. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
Saya hairan kerana kedua-dua budak lelaki ini memanggil wanita tua itu ‘mummy’. kedua-dua kanak-kanak itu langsung tiada iras wajah berketurunan Tiong Hwa. Maka saya pun bertanya . . .
 
“Aunty, budak dua orang ini siapa?”
 
“Ini Ridzuan dan ini Jefri. Anak angkat saya.”
 
“Dua orang ini saya pelihara semasa mereka masih bayi. Ridzuan kena buang di tempat buang sampah dalam kotak. Jefri pula ditinggalkan oleh ibunya dan keluarganya menyerahkan kepada saya untuk dijaga.”
 
Menurut auntie itu, dia menjaga dua orang anak itu seperti anak sendiri sejak mereka bayi lagi. Malang sungguh nasib seorang bayi dibuang dan seorang lagi ditinggalkan ibu ayah.
 
Namun ternyata ia bertukar menjadi tuah apabila auntie yang berhati mulia ini sanggup menjaga mereka bagai menatang minyak yang penuh. 

Berlainan agama bukan penghalang untuk menjadi keluarga

Walaupun berlainan agama, ia bukanlah penghalang buat auntie ini membesarkan mereka sebagai sebuah keluarga.
 
Malah setiap batas dari segi agama dijaga rapi. Auntie ini cukup menitik beratkan hal ehwal agama sehingga mereka dihantar ke kelas-kelas agama, diajar berpuasa juga dari segi makan dan penggunaan pinggan mangkuk, cawan semua dijaga!
 
“Saya beragama Buddha tetapi anak saya ini saya kekalkan agama Islam. Saya hantar pergi ke kelas agama dan mereka juga turut berpuasa bila tiba bulan Ramadan.
 
Bila makan, saya akan pastikan mereka makan makanan yang halal dan kami menggunakan pinggan yang berasingan,”
 
Saya terpegun, Ini adalah sisi mulia dari orang yang bukan sebangsa dan seagama yang tidak pernah saya lihat sebelum ini.
 
Menurut komen-komen netizen pada perkongsian itu semuanya mendoakan kebahagian buat keluarga itu dan menyatakan perbuatan auntie itu sangat mulia. 
 
Ada juga yang mendoakan agar Auntie ini mendapat hidayah. Bagi saya, apa yang penting adalah betapa mulia dan ikhlasnya hati seseorang, tidak kira agama dan bangsa dia menjadikan dua orang anak angkat bagai anak kandung sendiri. Itulah keperibadian manusia yang sepatutnya. 

Menjaga batas agama menurut Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Islam meletakkan kepentingan beragama hendaklah diutamakan dalam kehidupan manusia, kerana agama adalah punca kebaikan dunia dan akhirat bagi penganut Islam.

Maka agama yang dimaksudkan ialah daripada perkataan Al-Din yang berbeza dengan takrif agama dalam bahasa yang lain.

Adapun kebebasan beragama pula adalah hak yang diberi dan dijamin oleh Islam kepada penganut pelbagai agama mengikut konsep hubungan antara agama, kaum dan negara iaitu tiada paksaan dalam beragama dan Islam itu wajib dianut dengan rela hati tanpa paksaan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
Sumber : Ameer Carlief, Ahmad Qhuzairee

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: Ibu Ayah Wajib Ajar Anak Solat Seawal Usia, Ini Tips Berkesan Mengikut Umur Mereka