X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Hancur hati lihat ibu bapa muda ini seksa dan dera bayi sendiri!

9 Feb, 2018
Hancur hati lihat ibu bapa muda ini seksa dan dera bayi sendiri!

Sepasang ibu bapa muda yang baru berusia 13 dan 14 tahun didapati telah dera bayi mereka dengan alasan ingin "mendisiplinkan" anak. Apa pandangan anda?

Ibu bapa muda dera bayi sendiri

Beberapa siri video yang menunjukkan sepasang ibu bapa muda dera bayi sendiri telah tular di Snapchat tempoh hari.

Video itu mengundang marah kerana netizen dapat melihat bagaimana bayi yang didera itu menangis tanpa henti, helpless dan kepalanya disumbat dalam beg plastik.

Tidak cukup dengan itu, ibu bapa muda ini juga dera bayi tersebut dengan mencurah air kepadanya ketika kepala bayi itu disarung beg plastik!

MasyaAllah, di mana kasih sayang mereka terhadap anak kecil ini? Bagaimana jika dia kelemasan?

Dera bayi sendiri – ibu bapa beri alasan mendisiplinkan anak

dera bayi, kes dera bayi, penderaan kanak-kanak, ibu dera anak, ibu dera bayi, dera anak, penderaan kanak kanak

Yang lebih memeranjatkan, video tersebut direkod dan dimuatnaik oleh si bapa itu sendiri! Kedua-dua pasangan suami isteri ini baru saja berusia 13 dan 14 tahun!

Selepas memuatnaik video pertama yang menerima kritikan, bapa muda itu memuatnaik video kedua pula untuk “menjelaskan” tindakannya.

Menurut bapa itu – “kami tidak mendera bayi kami. Tapi sebaliknya, kami sedang mendisiplinkan dia!“

“Jika saya mahu menampar anak saya berapa banyak kali pun, itu hak saya dan saya akan buat apa yang saya mahu. 

Kalau bayi saya perlu didisiplinkan, saya akan terus menamparnya sampai dia faham.“

Satu lagi video yang dimuatnaik oleh bapa itu tertulis kapsyen “Saya tak sangka bayi saya ini masih hidup!“

Kedua-dua ibu bapa muda yang dera bayi ini telah menyembunyikan muka mereka disebalik emoji.

Kes dera bayi – bayi itu kini selamat

 

Menurut laporan berita news.com.au, kejadian ini berlaku di Australia, dan pihak polis di sana telah menahan kedua-dua pasangan ibu bapa muda terbabit.

Konstable Kanak Polis Victoria, Lee Thompson menjelaskan pihaknya telah mengasingkan bayi tidak bersalah itu dari kedua-dua ibu bapanya. 

dera bayi, kes dera bayi, penderaan kanak-kanak, ibu dera anak, ibu dera bayi, dera anak, penderaan kanak kanak

Kini, bayi itu selamat dan dalam keadaan yang sihat. Walaubagaimanapun, sehingga kini, masih tiada sebarang pertuduhan dijatuhkan kepada ibu bapa muda yang mendera bayi itu.

Di mana nak lapor kes dera bayi di Malaysia?

Awal bulan lalu, kita mendengar berita tentang seorang bapa memukul dan memijak anaknya sehingga mati. 

Memang ramai manusia yang semakin tidak waras dan bertindak melakukan penderaan kepada kanak-kanak. 

Kejadian seperti ini harus dilaporkan. Tiada istilah “jangan sibuk tepi kain orang”, kerana kanak-kanak adalah insan helpless yang memerlukan bantuan.

Jika mereka didera sama ada secara seksual, fizikal atau emosi, kita sebagai orang dewasa wajib melaporkan hal seperti itu ke pihak berkuasa. 

Berikut antara talian yang boleh anda hubungi, jika anda mahu membuat laporan tanpa nama:

  • Hubungi Talian Nur – 15999 dan nyatakan nama kanak-kanak terbabit beserta alamat dan apa yang disyaki ole anda.
  • Hospital – bawa kanak-kanak itu ke hospital dan buat laporan di bahagian Kecemasan supaya kanak-kanak itu akan dihantar ke bahagian One Stop Crisis Center

Apa terjadi pada kes dera bayi selepas anda buat laporan?

  1. Pihak polis dan pihak perlindungan masyarakat akan menyiasat laporan tentang kes dera bayi itu dan pergi melihat keluarga terbabit. 
  2. Anak itu akan dibawa ke hospital untuk mengesahkan kecurigaan
  3. Tujuan utama laporan dibuat adalah untuk melindungi kanak-kanak itu dan memastikan nyawanya tidak terancam
  4. Di hospital, badan dan kecederaan kanak-kanak itu akan disemak
  5. Jika memang sah ada kes penderaan, doktor, pihak jabatan masyarakat, polis dan pihak penjaga (bukan ibu bapa) akan berbincang tentang pelan pengurusan anak tersebut.
  6. Matlamat paling umum adalah menghantar kanak-kanak itu balik ke rumahnya, namun di bawah pengawasan dan terapi
  7. Tapi jika ia mustahil, tindakan undang-undang akan diambil kepada ibu bapa mangsa

 

 

 

Artikel ini disumbang oleh theAsianparent Singapore

Kredit gambar: BabyGaga

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Stories Rakan Kongsi
Musim Membeli Belah Kembali-Ke-Sekolah: Senarai Semak untuk Pelajar Sekolah Rendah & Menengah
Musim Membeli Belah Kembali-Ke-Sekolah: Senarai Semak untuk Pelajar Sekolah Rendah & Menengah
WIN Applecrumby And Fish products worth RM$305!
WIN Applecrumby And Fish products worth RM$305!
Anak Anda Tercicir Janji Temu Imunisasi Rutin? Ini Yang Anda Perlu Tahu
Anak Anda Tercicir Janji Temu Imunisasi Rutin? Ini Yang Anda Perlu Tahu
The Lazy Mum’s Guide to Leading a Healthier Life
The Lazy Mum’s Guide to Leading a Healthier Life

https://my.theasianparent.combayi-didera-dipukul-dengan-sudu/

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Hancur hati lihat ibu bapa muda ini seksa dan dera bayi sendiri!
Kongsikan:
  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

    Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

    Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham