Sering kita melihat kumpulan selebriti antarabangsa akan mengenakan pakaian yang berjenama dan memandu kereta mewah. Namun ada perkara yang mengejutkan ramai apabila ada anak artis ini diberikan hadiah mahal oleh ibu ayah mereka ketika di usia kanak-kanak.
Misalnya Cardi B dan Kylie Jenner, kedua-duanya membeli perhiasan belian untuk anak perempuan yang baru berusia 1 tahun. Sandra Bullock dan Beckham pula sebaliknya, mereka melabur banyak wang bagi mendapatkan hasil seni buat anak-anak.
Senarai anak artis antarabangsa yang memperoleh hadiah mahal
#1. Anak artis- Kim Kardashian dan Kanye West membeli jaket Michael Jackson
Pasangan ini telah membelanjakan RM270 296.25 untuk mendapatkan salah satu koleksi jaket Michael Jackson untuk diberikan kepada North West sebagai hadiah Krismas.
”North amat meminati Michael Jackson. Kami tahu dia akan menyukai jaket ini.” katanya.
Memandangkan anak perempuan mereka baru berusia 6 tahun serta terlalu kecil untuk mengenakan jaket berkenaan, pasangan itu telah ”mengikat” jaket dan lengan baju.
#2. David Beckham dan Victoria Beckham membayar karya seni berharga RM3, 503, 521
Beckham dilaporkan telah menugaskan pelukis terkenal untuk menghasilkan karya yang dipanggil ”Daddy’s Girl” untuk anak perempuannya berusia 1 tahun.
Difahamkan, lukisan tersebut menggambarkan hati yang besar dengan seekor rama-rama. ”Saya amat kagum kerana dianugerahkan seorang anak perempuan. Saya menukar lampinnya dan amat bersyukur dengan kehadirannya.” kata David.
#3. Billy Ray Cyrus menghadiahkan motorsikal Cam-Am kepada Miley Cyrus
Sempena hari lahirnya yang ke-21 pada tahun 2013 lalu, Miley telah menerima hadiah motorsikal istimewa dari ayahnya yang bernilai RM 98, 851.20. Menurut laporan People, motor berkenaan memiliki ukiran ‘Can’t Be Tamed’ di atasnya.
#4. Sean ”Diddy” Combs menghadiahkan Mercedes kepada anaknya
Ketika majlis ulang tahun ke-16 Justin di New York City, rapper itu membuat kejuat pada anaknya dengan sebuah kereta Mercedes Maybach bernilai RM1, 482, 768.
”Saya rasa wajar memberikan anak-anak apa sahaja yang saya ingin berikan. Ia adalah cara membesarkan mereka, maka tidak perlu saya menjelaskannya kepada orang lain.” tegasnya.
#5. Scott Disick dan Kourtney Kardashian membina taman permainan moden
Dalam video 2019 oleh Digest Architectural, Kourtney mendedahkan bahagian dalaman kawasan permainan moden bebas teknologi yang direka khas buat 3 orang anak mereka iaitu Mason, Penelope dan Reign.
Semua di dalam playhouse itu berunsurkan sesuatu yang vintaj, iaitu buku-buku lama dari zaman kanak-kanaknya, kerusi vintaj juga karpet berbulu kambing biri-biri.
”Saya mendapat inspirasi dari gambar majalah Forbes dengan struktur taman permainan hebat yang saya lihat di negara Mexico. Jadi saya membuat keputusan untuk melakukan perkara yang sama di halaman belakang rumah.” jelasnya.
#6. Kylie Jenner memberikan cincin berlian kepada puteri kecilnya
Pengasas Kylie Cosmetics menghadiahkan cincin berlian kepada anak perempuannya, Stormi Webster yang baru berusia setahun sempena Krismas pada tahun 2019. Dia sempat berkongsi gambar anak dengan cincin pertama berkilauan, namun harga sebenarnya tidak dapat dipastikan.
Selain itu, anaknya turut menerima hadiah rumah permainan dua tingkat dari neneknya. Manakala ayahnya, Travis Scott mengadakan lawatan dari Poppy, iaitu watak berukuran besar dari filem ‘Trolls’.
#7. Tyrese Gibson membeli sebuah pulau peribadi untuk anak yang berusia 8 tahun
Penyanyi berkenaan memberitahu kepada Entertainment Tonight bahawa dia telah membeli sebuah pulau untuk anak perempuannya, Shayla yang berusia 8 tahun.
Walau bagaimanapun dia tidak mendedahkan harga yang dibayar untuk mendapatkan pulau berkenaan dan meletakkan nama sebagai Pulau Cinta.
#8. Sandra Bullock membeli lukisan Andy Warhol bernilai RM57,663 untuk anaknya Louis.
Pada tahun 2011, pelakon ‘Blind Side’ membeli cetakan ‘Peaches’ Warhol di sebuah gala amFAR di Los Angeles, sebagai hadiah untuk anak lelakinya, Louis yang berusia 1 tahun.
Difahamkan semua hasil dari gala tersebut disalurkan ke penyelidikan AIDS.
#9. Cardi B membeli rantai leher berharga RM411, 880
Sebagai hadiah hari lahir yang pertama anak perempuan, Kulture, Cardi B telah membeli seutas rantai leher dengan watak-watak dari Netflix. Ia diperbuat daripada berlian, emas putih dan enamel.
Sumber: Insider
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 7 Selebriti Ibu Tunggal Yang HOT Seperti Anak Dara, Mereka Berdikari Besarkan Anak-Anak