Mana-mana ibu bapa di dunia ini pastinya akan mengharapkan anak membesar menjadi seorang insan yang berguna dan mencapai kejayaan dalam hidup. Justeru, anda perlulah bijak dalam menentukan cara anak belajar dengan betul tanpa sebarang paksaan.
Kebanyakan anak kecil yang terdedah dengan banyak masa di skrin telefon pintar atau televisyen dikatakan tidak berminat dalam proses pembelajaran seperti mengulang kaji ataupun membaca buku.
Tips anak belajar perlulah mengikut karakter mereka
Tidak hanya mereka sahaja kurang gemar membaca buku, golongan dewasa kini lebih selesa mendapatkan sesuatu pengetahuan hanya di hujung jari sahaja. Kecanggihan teknologi dalam bidang komunikasi pada hari ini tidaklah 100 peratus memberikan kesan buruk, kerana ia bergantung kepada cara penggunaan dan pendedahan terhadap sesuatu informasi.
Ibu ayah sekiranya ada anak yang masih belajar, dinasihatkan untuk membaca dan memahami ilmu penting ini.
Cara anak belajar sebenarnya adalah berbeza-beza dan ia amat bergantung kepada karakter dan personaliti mereka. Mereka boleh belajar seperti biasa tetapi kalau kena cara dan mengikut karakter dan personaliti, maka ilmu yang diperoleh adalah lebih mudah diserap dan berkesan untuk perkembangan minda.
Justeru, barulah mereka mudah memahami apa yang sudah dipelajari dan meletakkan target untuk skor exam.
- Ada anak fokusnya pendek. kena banyak belajar di luas kelas dan buat banyak aktiviti.
- Ada anak fokusnya panjang. Boleh bagi dalam bentuk jadual yang ada timeline supaya dia boleh bersiap sedia.
- Ada anak yang jenis competitive. Mereka suka nak menang dan menggemari kata-kata pujian. Jadi, anak-anak akan meletakkan segala usaha untuk berlawan dengan rakan sebayanya.
- Ada anak yang family style focus. Dia akan cepat serap ilmu yang dia pelajari sekiranya dia belajar secara berkumpulan.
- Ada anak suka belajar dalam keadaan sekelilingnya kemas dan teratur. Sekiranya tempat belajarnya tidak kemas, memang dia jadi tidak boleh fokus serta rasa terbeban.
- Ada anak yang jenis paling hebat belajar apabila diberitahu yang dia akan menjadi conoth kepada para pelajar yang lain.
InsyaAllah bila cara belajar ini sesuai dengan karakter dan personaliti anak, maka ibu ayah janganlah berasa pelik sekiranya tiba-tiba mereka menjadi hebat sehingga rajin belajar.
Mungkin selama ini bukan anak kita tidak mahu skor peperiksaan dan kelihatan malas, cuma mungkin cara anak kita belajar tu tidak kena dengan personaliti serta karakter mereka.
Punca anak jadi hilang minat untuk belajar
Cara yang digalakkan ialah ibu ayah perlu bergabung tenaga dan duduk bersama memberikan ”semangat” kepada mereka untuk lebih rajin mengulang kaji pelajaran ataupun membaca buku cerita.
Namun, pernah tak ibu ayah rasa hampir berputus asa setelah berbuih mulut menyuruh anak-anak ambil buku dan belajar? Tapi semua tu ibarat sia-sia dan masuk telinga kiri, keluar telingan kanan. Kesudahannya mulalah mengambil rotan!
Sebenarnya banyak kajian menunjukkan persekitaran yang tidak ceria dan membosankan membuatkan anak-anak berasa malas. Ibu suka berleter, ayah yang terlalu relaks dan tidak kisah membuatkan mereka mengambil kesempatan.
Antara punca anak hilang rasa untuk belajar
#1. Ibu ayah suka bergaduh di hadapan anak-anak
Keadaan ini menjadi punca gangguan emosi sehingga mereka berasa bosan duduk di rumah, malas belajar dan lebih gemar melayari telefon pintar.
#2. Jadual seharian yang padat
Tidak seperti zaman ibu ayah bersekolah dahulu, kini waktu mereka belajar menjadi agak mencabar. Pagi sehingga petang mereka perlu berada di sekolah, hanya malam sahaja tidak melakukan apa-apa, namun fizikal mental mereka sudah tertentu penat.
#3. Selalu membandingkan adik-beradik yang lain
Kebanyakan ibu ayah sering melakukan kesilapan ini dengan hanya melihat taraf pencapaian dalam bidang akademik semata-mata. Setiap anak sebenarnya memiliki kelebihan dan juga kekurangan, jika mereka lemah dalam pembelajaran, bantulah setakat yang mampu tanpa memaksa mereka untuk sentiasa belajar dalam tempoh lama.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Budak Miskin Gigih Siapkan Kerja Sekolah, Sambil Jual Kuntuman Bunga Di Atas Jejantas