Kebanyakan anak lelaki yang sedang membesar mempunyai masalah tingkah laku dan ia adalah normal. Ada yang melawan cakap, tak dengar kata, bergaduh di sekolah dan macam-macam lagi. Ada juga yang buat perangai yang lebih dramatik seperti anak curi kad kredit ibu ini!
Anak curi kad kredit ibu untuk pergi bercuti
Ini apa yang terjadi pada seorang budak lelaki berusia 12 tahun dari Sydney, Australia. Dia telah mencuri kad kredit ibunya untuk pergi bercuti selama 4 hari di Bali, Indonesia. Alasannya… dia marah pada ibunya!
Anak curi kad kredit: Bagaimana boleh terjadi sampai ke tahap ini?
Ibu bapa kepada budak lelaki ini, Drew, telah melaporkan yang anak mereka hilang pada hari Drew bergaduh dengan ibunya. Drew kemudiannya didapati telah pergi ke Bali seorang diri untuk bercuti selama 4 hari dengan kad kredit yang dicuri dari ibunya.
Menurut laporan, Drew nekad untuk pergi ke Bali selepas bergaduh teruk dengan ibunya. Drew telah lama ingin ke Bali tetapi ibunya enggan membawanya.
Anak curi kad kredit rancang perjalanan
Budak berusia 12 tahun ini telah membuat kajian tentang syarikat penerbangan yang membenarkan kanak-kanak untuk terbang sendirian tanpa pengawasan atau surat dari ibu bapa.
Selepas itu, Drew beritahu keluarganya yang dia ingin ke sekolah, tapi realitinya dia pergi ke lapangan terbang untuk menaiki kapal terbang dari Sydney ke Perth. Dari sana, dia mengambil penerbangan ke Lapangan Terbang Denpasar di Bali.
Drew hanya membawa beg galas bersamanya dan mendaftar masuk melalui terminal layan diri. Di Perth, dokumen pengenalan diri yang diminta hanyalah kad pelajar dan pasport.
Dia juga menipu dengan mengatakan ibunya sedang tunggu di luar semasa disoal di Bali. Dia berjaya membuat tempahan dan daftar masuk di hotel All-Season, dan berjaya menyewa motosikal walaupun masih di bawah umur dan tidak mempunyai lesen!
Laporan juga menambah yang dia juga dapat membeli arak. Drew juga sudah biasa dengan kawasan tersebut kerana keluarganya pernah pergi bercuti di Bali sebelum ini.
Anak curi kad kredit: Pernah lakukan perkara yang sama sebelum ini
Keluarga Drew terkejut dan risau selepas sekolahnya melaporkan yang Drew telah hilang. Takut sesuatu yang buruk berlaku, mereka mencari Drew dan mendapat tahu yang Drew telah pergi ke Bali dari salah seorang rakannya.
Rakan Drew memberitahu ibunya yang Drew telah memuatnaik video dirinya di Bali dan meletakkan lokasinya di video tersebut. Drew dijumpai selepas dia memuatnaik video dirinya di dalam kolam renang.
Emma, ibu Drew terkejut dan marah dengan apa yang berlaku.
Dia berkongsi, “Perasaan yang kami rasa telah hilang sejurus selepas kami dapat tahu dia telah pergi ke luar negara.”
Ibunya berkata yang Drew pernah melakukan perkara yang sama dan cuba untuk pergi ke Indonesia tetapi syarikat penerbangan menghalangnya kerana dia perlukan surat dari ibu bapa.
“Ketika percubaan pertama kali ke Indonesia, kami dimaklumkan yang pasport-nya akan ditanda,” kata Drew. Bagaimanapun amaran untuk menghalang penerbangan antarabangsa tidak dikenakan pada Drew.
Wakil dari polis berkara yang mereka akan bekerjasam dengan agensi untuk menilai keadaan ini dan prosedur operasi yang dijalankan untuk memastikan kejadian seperti ini tidak berlaku lagi.
Anak curi kad kredit: Ap yang boleh ibu bapa lakukan tentang masalah tingkah laku anak?
Untuk ibu bapa yang mempunyai masalah untuk disiplinkan anak, mencari pendekatan yang sesuai adalah penting. Ini antara beberapa tip untuk ibu bapa:
Beri perhatian jika anak lakukan sesuatu yang baik
Kebanyakan ibu bapa tidak dapat mengawal anak kerana mereka hanya fokus pada tingkah laku yang negatif. Adalah penting untuk anda puji anak apabila mereka melakukan perkara yang baik. Ini akan buat mereka merasa bagus untuk lakukan perkara yang betul.
Anda patut beritahu anak amda apa yang anda mahu mereka lakukan dari mengatakan “jangan”
Terlalu mudah untuk kata “jangan” apabila mereka melakukan sesuatu yang salah. Daripada anda hanya kata jangan, ia lebih baik untuk anda beritahu apa yang anda mahu mereka buat.
Tunjukkan rasa gembira apabila mereka melakukan sesuatu yang baik atau apabila mereka mendengar arahan. Pastikan mereka tahu yang anda gembira bila mereka berkelakuan baik.
Jangan hiraukan mereka bila mereka “annoying”
Kadang-kadang kanak-kanak suka melakukan perkara yang menjengkelkan untuk mendapat perhatian anda. Jika anda lihat corak sebegini pada tingkahlaku anak anda, anda boleh jangan hiraukan mereka.
Kuncinya adalah untuk tunjuk anak anda yang jika mereka buat perangai, mereka tidak akan dapat perhatian dari anda. Sebaliknya anda tunggu sehingga mereka ingin bercakap dengan anda dengan baik sebelum anda respon pada mereka.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber rujukan: WOM
Sumber rujukan: theAsianparent Singapore
Baca juga:
Para Mummy Jangan Pernah Rasa Bersalah Lakukan 6 Perkara Ini. #4 Tu Paling Tak Apa!