Bahaya Beri Gadjet/Tablet Pada Bayi Bawah 2 Tahun, Boleh Ganggu Perkembangan Fizikal & Kognitif!

Bahaya beri anak terutamanya bayi bawah 2 tahun bermain gajet seperti tablet atau ipad, menurut doktor ia boleh ganggu perkembangan fizikal, kognitif dan sosial!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tidak dinafikan anak dan gadjet sangat sinonim dikalangan kanak-kanak, malah memang memudahkan rutin harian ibu bapa.

Beri saja anak tablet seperti iPad atau telefon pintar, anak akan duduk diam. Jadi ibu bapa boleh lakukan kerja dengan tenang. 

Lebih-lebih lagi di musim pandemik ini, rata-rata ibu bapa perlu bekerja dari rumah sambil menjaga anak. Jadi mana nak melayan anak lagi, nak bermesyuarat lagi dan membuat kerja-kerja harian.

Menurut Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan banyak kesan buruk memberi gajet kepada anak. Malah ia sepatutnya tak boleh diberi langsung kepada bayi bawah 2 tahun jika tak mahu perkembangan mereka terganggu.

Peraturan anak dan gadjet

1. Anak berusia bawah 2 tahun tak dibenarkan untuk didedahkan kepada gajet seperti tablet atau telefon pintar. Ini bagi menjamin perkembangan fizikal, kognitif dan sosial yang optimum buat mereka.

2. Anak tidak boleh ada gajet seperti tablet atau telefon milik mereka sendiri. Tablet dan telefon adalah milik ibubapa, dan dipinjamkan kepada mereka. Jadi, jika ibubapa minta semula, mereka perlu pulangkan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

3. Anak-anak hanya dibenarkan main pada jangka masa yang sesuai. Kanak-kanak 2-5 tahun, WHO saran masa maksimum mengadap skrin adalah 1 jam sehari. Lebih singkat, lebih baik. Boleh guna apps untuk hadkan masa. Sekarang Youtube Kids punyai penetapan had masa, ibu bapa boleh cuba.

4. Selama 1 jam itu, anak perlu sentiasa dalam pemantauan dipantau oleh ibubapa. Ibubapa perlu pilih dan saring apa yang ditonton anak, dan bersedia menjelaskan dan menjawab soalan mereka.

5. Jangan gunakan tablet dan telefon sebagai cara untuk mereka duduk diam dan tidak mengganggu ibu bapa. Kanak-kanak perlu bergerak aktif, meneroka dan bertanya soalan untuk berkembang.

6. Anak dibenarkan main pada tempat yang sesuai. Mereka perlu duduk dengan postur yang elok, paras dan jarak pandangan pada skrin yang selamat. Tak main boleh sambil baring di atas katil atau sofa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

7. Pilih masa yang sesuai untuk bermain, seperti waktu pagi dan petang. Elakkan anak-anak main tablet hampir waktu tidur, dan waktu makan. Ia boleh mengganggu jadual makan dan tidur mereka.

8. Pastikan anak tidak lupa minum air dan pergi ke tandas untuk kencing. Sediakan air minuman untuk anak-anak ketika mereka sedang bermain tablet. Ingatkan mereka jika mereka terlupa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

9. Jika anak kerap meminta menonton dan bermain gajet elektronik, itu bermakna mereka kurang diberi pendedahan kepada aktiviti seperti bersukan dan hobi. Ibubapa perlu bantu mereka cari minat lain.

10. Ibubapa adalah teladan kepada anak-anak. Mereka tiru cara kita gunakan telefon dan tablet. Tak usah main berjam-jam sambil baring di sofa. Nanti anak ikut. Tunjuklah contoh yang baik.

OK! Kuatkuasa peraturan ini serta merta! Hari ini juga mula! Boleh? Kalau tak boleh, maka ada risiko perkembangan anak-anak akan terganggu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kesan buruk main gajet elektronik

Jangan tak tahu… ada banyak kesan buruk yang harus ibu bapa ambil kisah akibat pemberian gajet terlalu awal pada kanak-kanak.

Antara kesan ketagihan gajet ialah:

  1. Perkembangan sensori dan motor menjadi lambat kerana kanak-kanak hanya menyentuh skrin. Mereka sepatutnya didedahkan kepada perbezaan tekstur atau sentuhan supaya dapat meransang sensori dan motor mereka.
  2. Masalah obesiti. Ya! terlalu bergantung kepada gajet akan menyebabkan anak malas untuk membuat aktiviti fizikal. Dan ini menyumbang kepada faktor obesiti.
  3. Perkembangan otak yang tidak seimbang. Mereka akan menjadi terlalu fokus dengan ‘pelajaran’ di dalam ‘kotak’ hingga tidak dapat keseimbangan pelajaran dunia sebenar.
  4. Tiada interaksi. Perasan atau tidak, apabila berdepan dengan gajet, anak anda akan mengabaikan anda serta apa-apa saja di sekelilingnya? Ini bukanlah petanda yang baik, ini menunjukan yang dia tidak berminat untuk berinteraksi.
  5. Mata yang tidak sihatTerdedah kepada skrin gajet terlalu lama akan menjadi punca mata tidak sihat. Malah, mata yang tidak sihat boleh memberi menyumbang kepada masalah kesihatan yang lain juga. 
  6. Pengaruh tidak baik. Sejauh mana anda tahu setiap video atau permainan yang ditonton anak anda? Adakah anda pasti yang mereka hanya menonton kartun atau video yang ‘bagus’ sahaja? Tahukah anda, kartun juga banyak memberi pengaruh yang buruk terhadap anak-anak
  7. Tiada perkembangan emosi. Terlalu banyak melihat gajet akan membuatkan anak-anak anda menjadi kaku. Mereka tidak akan mengembangkan perkembangan emosi seperti empati dan simpati. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber: Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan

Baca juga: Tiada Had Umur Untuk Ketagih Gajet, Bayi Juga Boleh Ketagih!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan