Gelagat Comel Anak Dato Siti Nurhaliza, Afwa Baru Pandai Berjalan, Laju Kejar Burung Ketika Bercuti

Anak Dato Siti Nurhaliza iaitu Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa seronok bercuti di luar negara. Mereka teruja mengejar burung yang berterbangan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Melihat anak-anak membesar depan mata menjadi suatu kebahagiaan buat ibu ayah. Juga tidak ketinggalan anak Dato Siti Nurhaliza yang pelbagai gelagat telah mencairkan hati para peminat.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Anak Dato Siti Nurhaliza mengejar burung-burung di London
  • Warganet tercuit dengan telatah comel Muhammad Afwa

Umum mengetahui bahawa penyanyi nombor 1 tanah air ini sedang bercuti bersama keluarga di luar negara. Dato Siti Nurhaliza juga tidak ketinggalan merakam beberapa momen indah sepanjang percutian dengan sepasang cahaya matanya.

Gelagat comel anak Dato Siti Nurhaliza pandai berjalan, laju kejar burung-burung di London

Dato Siti Nurhaliza telah melancong ke London sambil ditemani suaminya, Dato Sri Khalid Jiwa. Dua orang anak beliau iaitu Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa turut bersama mereka. 

Kenangan manis ketika bercuti bersama keluarga telah diabadikan Dato Siti Nurhaliza melalui rakaman video dan foto. Beliau telah berkongsi momen itu untuk tatapan peminat di Instagram.

Beberapa buah video yang dikongsikan melalui Instagram milik Muhammad Afwa menunjukkan kegembiraan anak lelaki Dato Siti Nurhaliza itu. Dia dilihat berlari mengejar burung-burung yang berkeliaran di sana.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dia seolah-olah tidak menghiraukan sesiapa, dan laju mengejar burung-burung itu dengan hanya berkaki ayam.

Dalam rakaman video berkenaan, turut kelihatan kakaknya, Siti Aafiyah mengekori dan menemani Afwa. Kedengaran anak kecil ini menjerit kerana terlalu teruja melihat binatang terbang.

Telatah mencuit hati Muhammad Afwa itu telah mendapat perhatian warganet. Mereka berasa lucu dan dalam masa yang sama memuji keberanian Muhammad Afwa berlari walau dalam keadaan huyung-hayang.

Walau dia dilihat terjatuh ketika berlari, tiada sebarang tangisan kedengaran. Sebaik dibantu untuk berdiri, dia kembali meneruskan kerja mengejar burung-burung itu.

Muhammad Afwa yang kini berusia setahun merupakan anak kedua hasil perkahwinan di antara Dato Siti Nurhaliza dan Dato Sri Khalid Jiwa.

Selain itu, Dato Siti Nurhaliza berkongsi rakaman dan foto bersama anak sulungnya. Siti Aafiyah tidak terkecuali tayangkan kegembiraan ketika berada di London.

Warganet tercuit hati dengan telatah comel Muhammad Afwa

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Warganet turut memberi komen berkaitan video yang dimuat naik itu.

Comelnya Afwa…

Lajunya dah dapat kaki.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Suara tu dah la halus, jerit geram tengok burung ahahahah… Adoilah Afwa.

Alolo comelnya…

MasyaAllah… Lucunya, barokallahu fiykum.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Wow, bestnya…

Geramnya.

Excited Afwa tengok bird.

Wah, dah laju berjalan ye.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Nampaknya kena pelihara bermacam-macam birds la lepas ni.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 9 tempat percutian menarik di Asia dengan suhu sejuk bawah 17°C!

Baca juga: 7 Destinasi Keluarga Murah Untuk Bercuti

Baca juga: Jangan Serik Bawa Anak Kecil Bercuti, Penat Semua Tolak Tepi, Nanti Dah Tua Inilah Yang Menjadi Kenangan

Penulis

Ain Yusof