X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Jangan Serik Bawa Anak Kecil Bercuti, Penat Semua Tolak Tepi, Nanti Dah Tua Inilah Yang Menjadi Kenangan

5 min bacaan
Jangan Serik Bawa Anak Kecil Bercuti, Penat Semua Tolak Tepi, Nanti Dah Tua Inilah Yang Menjadi Kenangan

Ketika anak-anak masih kecil inilah kena bawak mereka ke tempat bercuti, nanti dah besar mereka lagi suka bercuti dengan kawan-kawan, cipta memori sekarang sebelum ibu ayah menyesal, penat semua tolak tepi dulu.

Setiap kali planning untuk bercuti bersama keluarga memang seronok, terujanya bukan kepalang. Tapi bila tiba masa nak packing bukan main pening kepala, belum sampai ke destinasi lagi, penatnya nak melayan kerenah anak-anak, apatah lagi bila tempat bercuti tu panas, seperti ke pantai sampai naik moody kita ni, sedangkan waktu bercutilah kita nak relaks. 

Ini belum cerita bab bila dah balik, nak kena unpack, membasuh baju-baju kotor. Okey, serik. Itu benda pertama yang terlintas dalam kepala setiap kali balik dari bercuti. 

Jangan begitu ya ibu ayah semua, sedar tak sedar itulah memori yang anda reka bersama anak-anak ketika mereka masih kecil. Penat kita jangan difikirkan sangat, tengok saja raut wajah anak-anak bila bawa bercuti, senyum sampai ke telinga kalau boleh tak nak balik. 

Penting sebenarnya untuk bawa anak-anak bercuti. Seperti kata Dr Redza Zainol, rugi sangat bila kita tak luangkan masa bercuti dengan anak masa mereka masih kecil, kerana peluang itu cuma datang sekejap saja. 

Jangan serik bawa anak ke tempat bercuti

tempat bercuti

Bila anak dah besar, dia cuma nak keluar bercuti dengan kawan je. Barulah boleh pergi ke tempat yang lebih ‘adventure’.
Bila anak dah besar, masing-masing sibuk dengan kerja. Kalau kena kerja di negeri lain, payah dah nak balik ke rumah kita.

Masa anak kecil ni lah banyak tempat kita boleh masuk dengan kos yang lebih rendah. Ada tempat boleh masuk free je.
Masa anak kecil ni, kita bawa pergi kedai dekat rumah pun diorang dah seronok. Bayangkan kalau kita bawa anak ke pantai, ke sungai atau ke hotel yang ada kolam renang. Haha.

Saat dia tersenyum dan gelak ketawa tu la yang kita akan kenang sampai bila-bila.
Yang paling saya rindukan, masa kecil ni la kita akan paling banyak dukung dia, pimpin tangan dia dan bergambar di tempat percutian.

Dah besar ni, semua tu hanya tinggal dalam ingatan je.
Kalau boleh ambil cuti, ambillah peluang ni untuk balik berjumpa keluarga. Ambil peluang untuk bawa anak ke pantai, ke kampung atau ke pulau. Kerja pejabat kita takkan pernah habis.

Tips percutian lebih ‘smooth’ dan enjoy!

tempat bercuti

#1. Rancang percutian dengan teliti

Apa yang membuat kita kadang-kadang extra penat adalah kerana kurangnya perancangan. Ya, sebab itu percutian yang tak dirancang konon-konon impromptu itu sangat memenatkan. 

Bila tiba hujung minggu tiba-tiba datang idea, jomlah pergi naik genting sekejap, walaupun tak jauh mana bila ke sesuatu tempat yang pada asalnya nak berhibur, luangkan masa boleh jadi memenatkan sebab tiada planning yang baik. Nanti dah sampai sana ada saja benda tertinggal, itu dan ini tak kena. 

Rancang dari awal, baik tempat bercuti yang serasi, berapa helaian baju nak dibawa, penyediaan makanan untuk bayi, apa yang peting untuk dibawa, mana tempat-tempat menarik di destinasi percutian  yang ‘child friendly’, semua itu perlu diambil kira, tak boleh main redah saja. 

Apa yang anda perlu lakukan juga ialah kena tahu jadual rutin anak sekiranya anda mempunyai bayi kecil. Contohnya pukul berapa dia tidur, pukul berapa dia akan menyusu dan bila waktu dia berjaga untuk bermain. 

Jika anda tahu semua ini elakkan waktu tidur dia untuk anda keluar ke tempat-tempat yang nak dikunjungi. Seeloknya berehat di dalam bilik hotel saja. Dan ketika anda berehat dengan bayi, minta suami bawa anak-anak yang lebih besar ke kolam renang. 

#2. Take turn jaga anak

Take turn untuk menjaga anak sangat penting bila pergi bercuti, supaya anda dan pasangan masing-masing ada masa untuk relaks dan nikmati percutian dalam masa tertentu. 

Mungkin waktu snek anda boleh minta suami bawa mereka makan ais krim di tepi pantai, dan dalam waktu yang sama anda boleh berlari sekejap ke spa dan nikmati urutan tradisional atau rawatan wajah. 

Begitu juga dengan suami, beri dia ‘me time’ juga ketika anda jaga anak-anak waktu tidur siang. Dia boleh buat apa saja yang dia mahu seperti pergi gym, berenang atau nikmati kopi di kafe berhampiran. 

#3.  Elakkan pergi tempat ‘viral’

Bila ke Melaka tak sah kalau tak singgah gerai nak beli kuih keria gula melaka, kalau ke Terengganu pula tak lengkap kalau tak singgah makan di ‘Nasi Dagang Atas Tol’. Tapi tempat-tempat ini kalau tak beratur panjang memang bukan tempat ‘viral’ namanya. 

Fikirkan semula, memang berbaloi ke bawa anak kecil beratur tengah terik, anak pun naik ‘cranky’ ada yang ajak balik tengah dah beratur tu. Ada ibu bapa yang sanggup menahannya, tapi bagi yang dah tahu tak sanggup tu, lupakan sajalah niat tu. Kalau boleh buat pesanan Grab atau Food Panda, order sajalah. 

#4. Pilih hotel atau Airbnb yang ada servis laundry atau kelengkapan membasuh & mengering

tempat bercuti

Ini sangat membantu ibu-ibu jika bawak anak kecil yang ramai. Jadi tak perlu nak bawa baju yang banyak ketika bercuti, bila balik nanti pun taklah naik darah tengok baju kotor yang menimbun perlu dicuci. 

Banyak sekarang pilihan hotel atau Airbnb yang ada kelengkapan mesin basuh dan pengering. Terutama yang berkeluarga besar, memang pilihan apartment servis dan Airbnb adalah pilihan tepat!

Jadi merancang percutian nak bawa anak kecil ni memang memerlukan perancangan yang teliti, kalau tak boleh datangkan kepenatan. Pilih tempat bercuti yang mesra keluarga, ada tempat untuk anak-anak kecil bermain, ada kolam, ada banyaklah kemudahan untuk ibu bapa dan anak-anak, supaya satu keluarga enjoy!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 10 Tips Melancong Dengan Anak Kecil, Ibu Bapa WAJIB Baca

Stories Rakan Kongsi
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Izzati Saadin

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Jangan Serik Bawa Anak Kecil Bercuti, Penat Semua Tolak Tepi, Nanti Dah Tua Inilah Yang Menjadi Kenangan
Kongsikan:
  • Sedih Bila Suami Terlupa Wish Birthday, Ini Cara Untuk Bagi 'Hint' Pada Tarikh Penting!

    Sedih Bila Suami Terlupa Wish Birthday, Ini Cara Untuk Bagi 'Hint' Pada Tarikh Penting!

  • Anak Kali Pertama Sekolah, Ibu Ayah Semangat Sama-Sama Pakai Baju Sekolah Lengkap

    Anak Kali Pertama Sekolah, Ibu Ayah Semangat Sama-Sama Pakai Baju Sekolah Lengkap

  • Bayi Makin Membesar, Patutkah Ibu Pertimbangkan Hantar Ke Pusat Jagaan/ Day Care?

    Bayi Makin Membesar, Patutkah Ibu Pertimbangkan Hantar Ke Pusat Jagaan/ Day Care?

  • Sedih Bila Suami Terlupa Wish Birthday, Ini Cara Untuk Bagi 'Hint' Pada Tarikh Penting!

    Sedih Bila Suami Terlupa Wish Birthday, Ini Cara Untuk Bagi 'Hint' Pada Tarikh Penting!

  • Anak Kali Pertama Sekolah, Ibu Ayah Semangat Sama-Sama Pakai Baju Sekolah Lengkap

    Anak Kali Pertama Sekolah, Ibu Ayah Semangat Sama-Sama Pakai Baju Sekolah Lengkap

  • Bayi Makin Membesar, Patutkah Ibu Pertimbangkan Hantar Ke Pusat Jagaan/ Day Care?

    Bayi Makin Membesar, Patutkah Ibu Pertimbangkan Hantar Ke Pusat Jagaan/ Day Care?

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.