Jangan panggil anak degil walaupun dia memang degil!
- dia suka cabaran
- dia tak suka kalah
- dia suka bersaing
- dia jenis kompetetif
- dia tak suka jadi lemah
- dia mahu dihormati
- dia jenis iron will
Tiada anak yang sengaja nak degil
Beri sedikit masa untuk mereka untuk mengalih perhatian daripada sesuatu yang sedang mereka buat kepada percakapan anda. Jangan biasakan anak untuk hanya bertindak terhadap jeritan anda. Ini kerana, anak anda menganggap anda tak serius dan boleh dilengahkan semasa pertama kali menyuruh mereka membuat sesuatu.
#2. Beri perhatian pada apa yang sedang mereka lakukan
Ada masanya, mungkin anak-anak tadi tak bermaksud untuk melengahkan apa yang anda arahkan. Sebaliknya, barangkali mereka rasa tidak didengari.
Contohnya, apabila anak balik tadika / sekolah, kita terus suruh mereka mandi tanpa sepatah perbualan atau pertanyaan bersama mereka. Padahal, mungkin mereka melalui hari yang sukar dan amat meletihkan di sekolah tadi. Secara tidak langsung kita mengabaikan perasaan mereka.
#3. Elak ayat negatif
Antara ayat negatif yang selalu disebut oleh ibu bapa adalah perkataan ‘jangan’ atau ‘tak boleh’. Menurut Noraini Ahmad, penulis buku Kaunseling Kekeluargaan, perkataan ‘jangan’ ini bukan saja menutup ruang untuk berinteraksi, tetapi juga mengundang negativiti pada perkataan seterusnya.
Contohnya: “Jangan malas.” Kadangkala, anak yang rajin pun boleh menjadi sebaliknya kerana tertekan dan bosan apabila dilabel ‘malas’.
Cuba bandingkan pula ayat “Jangan berbohong” dengan “Cuba beritahu ibu apa yang sebenarnya berlaku tadi”. Ada perbezaannya bukan?
Maka, bantulah mereka dengan memberi arahan yang mudah dan ringkas. Berikan pilihan atau alternatif sekiranya ia terlalu sukar. Tetapkan deadline supaya lebih mudah mereka memahami kemahuan anda. Contohnya: ‘Iman, pergi mandi dalam masa 10 minit. Kita akan makan malam sekejap lagi.’
Baca juga: Cara Didik Anak Menjadi Lelaki Sejati – Bakal Menantu Anda akan Berterima Kasih!
Baca juga: Cara Didik Anak Anda Jadi Pemurah Dan Mahu Berkongsi
Baca juga: 7 Tabiat Yang MEROSAKKAN Anak, Ibu Ayah Jangan Salah Didik Anak Ya!