Sudah beberapa kali anda cuba mengajar si manja untuk bertolak-ansur dan berkongsi permainannya. Tapi, si manja masih enggan dan degil. Anda bingung dan kasihan dengan kanak-kanak lain.
Semua agama mengajar dan mendidik kita untuk menjadi seorang yang murah hati dan memiliki belas kasihan kepada orang lain.
Lagipun, jika Tuhan sendiri bersifat murah hati dengan manusia, kenapa tidak kita?
Saya anak tunggal dalam keluarga. Namun, alasan itu tidak membantutkan usaha ibu untuk mengajar saya erti berkongsi dan murah hati dengan orang lain.
Dari pengajaran mak, saya faham satu perkara — dunia ini bukan tentang kita saja. Semua harta dan wang bukan milik kita sepenuhnya. Maka, kita perlu berkongsi.
Oleh sebab itu, saya mengumpul beberapa cara untuk mendidik anak menjadi seorang pemurah dan mahu berkongsi daripada pakar. Mari lihat bagaimana saranan pakar!
Cara Mendidik Anak Untuk Berkongsi
1. Mula dari awal
Alyson Schafer, pakar keibubapaan berkongsi — semua ibu bapa harus mula mendidik tentang sifat murah hati dan mahu berkongsi dari awal. Apa yang lebih bagus, mula didik mereka seawal usia tiga tahun.
2. Anda dan pasangan tunjuk sifat itu dulu
Kalian kan ibu bapa mereka! Mereka pasti akan belajar dan mengikut setiap langkah anda. Terutamanya bagi kanak-kanak yang berusia bawah dari 5 tahun. Jadi, anda dan pasangan harus mula menunjukkan sifat murah hati atau berkongsi dengan menderma kepada pengemis dan sebagainya.
3. Cakap tentang sifat murah hati/berkongsi
Jika anda tidak menerangkan pada mereka apa itu erti murah hati dan berkongsi, mereka tidak akan faham. Cuba sembang secara kasual tentang bagaimana Tuhan sangat murah hati dengan manusia (kita).
Ataupun tunjuk bila ada orang melakukan sesuatu kebaikan. Contohnya:
“Tengok tu! Shila beri coklat dia pada Abu. Baiknya Shila.”
Lebih bagus jika anda mengamalkan sifat murah hati sama-sama dengan si manja. Contohnya cuba balut hadiah yang ingin diberi kepada seseorang bersama-sama. Bonding time juga!
4. Galakkan mereka untuk mencuba
Cari peluang untuk membolehkan si manja cuba menjadi seorang pemurah. Salah satu cara untuk menggalakkan mereka berkongsi dan menderma adalah dengan memberi mereka sejumlah wang kecil. Dari wang kecil itu, galak mereka untuk mengguna wang dengan bijak.
Dr Joshua Straub memberi idea supaya semua ibu bapa menyediakan generosity jar. Dengan jar ini, si manja diberi peluang untuk mengongsikan wang yang mereka peroleh dengan orang lain.
Generosity jar adalah jar yang dilabelkan dengan tiga perkara untuk memudahkan si manja anda menguruskan wang mereka.
Lagi satu, anda juga boleh menggalakkan mereka untuk bijak berkongsi dan murah hati dengan mengalu-alukan kedatangan kanak-kanak di rumah anda.
5. Jangan paksa mereka
Jangan paksa mereka. Nanti, ia akan memakan diri. Sebaliknya, beri penghargaan positif bila anda tengok si manja cuba berkongsi. Whitney Hutcheson, pakar psikologi kanak-kanak menyarankan ibu bapa untuk guna ayat penghargaan “I Statement“.
Contoh seperti, “Ibu nampak Aiman kongsi permainan kegemaran Aiman dengan Abu. Ibu sangat gembira.”
Marilah ajar anak-anak kita untuk melakukan kebaikan dan bersifat pemurah. Mereka cahaya yang memberi harapan pada dunia. Tetapi, kita yang mencorak mereka!
Semoga bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Dengan kawan pandai dia berkongsi, tapi bila dengan adik kedekut pula! Kenapa ya?
Baca juga: ‘’Bapa Borek, Anak Rintik’’- Ayah Jangan Macam-Macam, Anak Ikut Tingkah Laku Anda!
Baca juga: Anak Kecil Mula Tunjuk Tanda ‘Burnout’ Akibat PKP, 5 Perkara Boleh Buat Pulihkan Emosi Anak