TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Anak Kecil Mula Tunjuk Tanda 'Burnout' Akibat PKP, 5 Perkara Boleh Buat Pulihkan Emosi Anak

4 min bacaan
Anak Kecil Mula Tunjuk Tanda 'Burnout' Akibat PKP, 5 Perkara Boleh Buat Pulihkan Emosi Anak

Anak burnout susulan pandemik Covid-19 bukan perkara pelik. Ibu bapa perlu peka bagi mengelakkan kejadian lebih teruk berlaku pada anak.

Situasi norma baharu susulan pandemik Covid-19, bukan saja mengusik emosi orang dewasa, kanak-kanak juga tidak terkecuali. Jadi tidak pelik jika anak burnout.

Menurut terapis cara kerja, Maryam Jamadi, kadang-kadang ibu bapa mungkin hanya fikir stres kita saja sampai terlupa anak-anak juga ada stres mereka. 

Jadi disebabkan itu bertindaklah sebelum sesuatu yang lebih teruk terjadi.

Tanda-tanda anak burnout 

anak burnout

Kredit: google image

Seperti dikongsikan pakar terapis ini, setelah memasuki tahun kedua pandemik Covid-19, anaknya mula menunjukkan tanda burnout. Mungkin ada yang rasa mustahil, tetapi tidak mustahil ya. Ia memang boleh berlaku.

Ini antara tanda yang dialami anaknya:

#1. Tidak mahu berseorangan

Sedangkan sebelum ini Eva elok sahaja main puzzle atau mewarna seorang diri dalam bilik semasa saya tidurkan adiknya.

#2. Kurang fokus

Bila buat apa-apa aktiviti mula mudah hilang fokus. Kalau sebelum ini, Eva akan buat 1 aktiviti sampai habis baru tukar aktiviti lain. Minggu lepas, kalau aktiviti mewarna tak habis lagi 1 muka surat terus buka muka surat lain. Buat sekerat-kerat.

#3. Cepat bosan

Sebelum ini hampir setiap hari Eva bawa buku minta saya bacakan tetapi kali ini belum habis saya baca satu buku dah bosan.

#4. Mula tak seronok lakukan aktiviti yang sebelum ini dia suka

Eva suka melukis tapi baru-baru ini dia dah mula rasa tidak seronok melukis. Asyik kata “Eva tak pandai”.

#5. Terlebih sensitif

Mudah menangis, tiba-tiba air mata bertakung. Hari itu Eva kata dekat saya “Mummy dah lama tak bawa Eva beli barang”

Percayalah, anak kecil juga boleh burnout seperti kita. Duduk di rumah berbulan-bulan, tak keluar jumpa kawan-kawan, tak pergi ke tempat yang baru, hari-hari buat rutin yang sama. 

Mereka sudah tidak ikut fitrah kanak-kanak yang normal. Kita pun hidup dalam keadaan norma baharu yang sebenarnya tak normal sebagai manusia.

5 perkara ibu bapa boleh usaha pulihkan emosi anak

Ini antara 6 perkara yang ibu bapa boleh cuba jika anak mula tunjuk tanda burnout. 

#1. Bawa keluar rumah

  • Naik kereta pusing-pusing taman.
  • Jalan-jalan, main basikal, tengok bunga, semasa tiada orang lain langsung. (Pakai mask dan bawa hand sanitizer, balik rumah mandi terus)
  • Sekurang-kurangnya bawa keluar dua hingga tiga kali seminggu
  • Penting juga untuk pastikan anak dapat cukup Vitamin D

#2. Kurangkan expectation

anak burnout

Kredit: cantiktempo.co

  • Contohnya, jika sebelum ini ada tetapkan peraturan sebelum tidur kena kemas mainan mungkin ada kelonggaran hari yang anak tak perlu kemas. Cheat day konononya.
  • Tapi ibu bapa perlu tahan diri, biarkan saja bila tengok mainan tidak berkemas. Tidak mengapa, tak kiamat pun jika mainan tidak kemas untuk beberapa ketika
  • Sepah boleh, janji bukan kotor
  • Elakkan letak expectation yang tinggi untuk anak ketika musim ini

#3. Faham keperluan anak

Ibu ayah perlu faham peringkat umur anak. Buat masa ini pejam mata sajalah bila anak-anak melompat di sofa, berlari-lari dalam rumah jika dia di bawa usia 7 tahun kerana ini memang fitrah mereka. 

Apa yang penting pastikan persekitaran selamat untuk anak bermain.

Stories Rakan Kongsi
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!

#4. Kawal pendedahan skrin

Mungkin ada ibu bapa yang WFH, jadi skrin adalah salah satu penyelamat untuk buat anak leka. Tetapi ingat ya, jangan terlalu bergantung pastikan anda kawal pendedahan skrin kepada anak.

#5. Jaga emosi

anak burnout

Kredit: klikdokter

Tahukah anda, menurut pakar terapis ini, kalau seorang ibu stres, anak yang sedang menyusu pun akan dapat hormon stres.

Malah anak-anak yang lain pun akan rasa aura stres kita. Perasan atau tidak, bila kita mula rasa burnout, pada masa sama juga anak akan meragam lebih daripada biasa. 

Ketika kita rasa stres itulah anak juga tidak beri kerjasama kerana mereka dapat rasakan aura stres itu.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit foto: klikdokter

Baca juga: Bahaya Kalau Anak Selalu Bad Mood, Pantau 6 Tanda-Tanda Stres Pada Anak

Baca juga: Micromanage Punca Ibu Mudah Stres, Belajar Terima Ketidaksempurnaan, Anda Akan Lebih Relaks

Baca juga: Bahaya Apabila Anak Stress, Ketahui Tanda & Langkah Mengatasi Stress Pada Anak-Anak

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Tip keibubapaan
  • /
  • Anak Kecil Mula Tunjuk Tanda 'Burnout' Akibat PKP, 5 Perkara Boleh Buat Pulihkan Emosi Anak
Kongsikan:
  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

  • Anak Mengamuk, Menjerit & Tak Dengar Kata? Kajian Dapati Skrin Boleh Rosakkan Tingkah Laku Si Manja!

    Anak Mengamuk, Menjerit & Tak Dengar Kata? Kajian Dapati Skrin Boleh Rosakkan Tingkah Laku Si Manja!

  • Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
    Stories Rakan Kongsi

    Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

  • Anak Mengamuk, Menjerit & Tak Dengar Kata? Kajian Dapati Skrin Boleh Rosakkan Tingkah Laku Si Manja!

    Anak Mengamuk, Menjerit & Tak Dengar Kata? Kajian Dapati Skrin Boleh Rosakkan Tingkah Laku Si Manja!

  • Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
    Stories Rakan Kongsi

    Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham