X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Micromanage Punca Ibu Mudah Stres, Belajar Terima Ketidaksempurnaan, Anda Akan Lebih Relaks

4 min bacaan
Micromanage Punca Ibu Mudah Stres, Belajar Terima Ketidaksempurnaan, Anda Akan Lebih Relaks

Jika anda mudah stres, cuba semak adakah anda amalkan micromanage di rumah? Atau anda mahu semuanya sentiasa terkawal dan teratur?

Musim PKP ni, ramai yang mengadu stres dengan keadaan rumah. Terutama ibu-ibu. Cuba anda semak semula, adakah anda amalkan micromanage  di rumah?

Sedarkah anda, micromanage ini sebenarnya punca kepada stres anda makin bertambah dan ia menyebabkan anda rasa semua benda seperti tidak sempurna.

Usah terlalu mengejar kesempurnaan, lebih-lebih lagi jika anda ibu yang bekerja. Masing-masing ada pace masing-masing, jadi tolong buang micromanage yang biasa anda amalkan jika anda mahu hidup tenteram.

Micromanage buat ibu lebih mudah tertekan

Micromanage

Kredit: bukareview

Jangan terlalu memaksa diri kerana kelak ia akan memakan diri anda. Anda faham apa itu micromanage? dan kenapa ia sebenarnya boleh mendatangkan mudarat kepada diri anda?

Menurut Pengasas Channel Positive Parent Circle, Mohd Fhais Salim, micromanage ini antara perkara yang buat ibu-ibu di luar sana mudah stres. Ikuti perkongsiannya:

  • Nak mandi anak kena fikir siapkan tuala, baju, seluar, sikat, bedak dan semua kelengkapan dia.
    Kalau tak siapkan, memang jenuh dia nak pakai baju sendiri nanti.
  • Nak suruh anak makan, pinggan, cawan, sudu, air, nasi semua kena siapkan berhidang atas meja.
    Kalau tak memang kecah meja makan bil anak buat sendiri.
  • Nak tidur asing bilik, kena di dodoi, kena di belai, kena tidur sebelah baru anak berani nak tidur.
    Kasihan tengok anak ketakutan, tak lena tidur sorang-sorang diri.
  • Nak latih potty train tapi anak tak sedia lagi, takut nak paksa-paksa anak.
    Bila tengok anak orang lain umur 2 tahun dah pandai kencing toilet, terus stress tengok anak sendiri umur 4 tahun masih pakai pampers lagi.

Kurangkan micromanage jika anda sayang diri anda

Micromanage

Alahai, kadang punca stress kita ni datang dari cara kita micromanage semua perkara. Dari sekecil-kecil anak pakai pampers sampai la ke besar risau keselamatan anak, semua nak ada sense of control

Itu la micromanage, kita mahu kawal semua benda. Makin banyak benda kita fikir “atas bahu” sendiri makin mudah la darah menderu-deru naik atas kepala. Itu la punca stress! Kurangkan la micromanage, ajar anak self-manage diri sendiri. Nescaya stress kurang, rasa bahagia pun bakal meningkat.

Jadi apa kata belajar kurangkan semua benda mahu dalam keadaan terkawal kerana ia hanya akan membuatkan anda lebih stres. Malah bukan saja buat anda stres, tetapi orang di sekeliling anda akan terkesan sama. 

Jika ada anak kecil, rumah bersepah dan tidak berkemas sentiasa itu anggaplah ia perkara biasa. Kemaslah bila anda sudah dalam keadaan tenang. 

Jangan buat dalam keadaan anda marah atau stres kerana ia akan hanya mendera emosi orang di sekeliling anda. Kesan buruk akan berlaku jika anda terus paksa diri.

Cara kawal kemarahan bila anda terlalu stres

Micromanage

Kredit: pa&ma

Semua ibu bapa tidak pernah terlepas dari memarahi anak. Dengan pelbagai masalah di pejabat dan kerja yang berlambak di rumah, perangai anak-anak kadang kala membuatkan kita melepaskan segala kemarahan pada si kecil tanpa disedari.

#1. Ingat anak anak unik

“Kenapalah buat perangai macam ni, tak malu ke kena marah selalu?”

“Kalau duduk diam-diam macam anak orang lain tak boleh ke?”

Secara tidak sedar, ini antara ayat perbandingan yang kita biasa gunakan kepada anak. Tiada manusia di dunia ini yang suka dibanding-bandingkan dengan orang lain, termasuklah anak kecil. Jadi, berhenti bandingkan anak dengan sesiapa termasuklah diri kita sendiri.

#2. Asingkan anak dari tempat kejadian

Jika anda sedang sibuk bekerja, anak pula tumpah air di meja anda bekerja. Apa kata anda angkat saja laptop dan beralih ke bilik lain. Jangan duduk depan anak ketika anda dalam keadaan marah kepadanya.

Atau alihkan saja anak ke bilik lain. Biarkan keadaan tenang, baru anda lap semula kawasan yang terjejas tadi. Tolong jangan buat dalam keadaan marah. 

#3. Elakkan menjerit

Stories Rakan Kongsi
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini

Menjerit atau membebel tidak akan menyelesaikan masalah. Ia hanya akan membuatkan keadaan emosi anda menjadi lebih teruk. Jika perlu sangat menjerit, ambil bantal tutup muka anda dan jerit.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Suami, Jika Isteri Anda Menunjukkan 10 Tanda-Tanda Ini, Dia Sebenarnya Sedang Stress!

Baca juga: Bila Isteri Stres Selepas Bersalin, Mereka Hanya Perlukan Suami Bukannya Orang Lain!

Baca juga: Bahaya Kalau Anak Selalu Bad Mood, Pantau 6 Tanda-Tanda Stres Pada Anak

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Micromanage Punca Ibu Mudah Stres, Belajar Terima Ketidaksempurnaan, Anda Akan Lebih Relaks
Kongsikan:
  • Cara Berkesan Ajar Anak Abjad ABC, Seawal 3 Tahun Dah Boleh Ingat Semua Huruf!

    Cara Berkesan Ajar Anak Abjad ABC, Seawal 3 Tahun Dah Boleh Ingat Semua Huruf!

  • Baru 10 Minit Ibu Keluar Ke Kedai, Sekelip Mata Empat Anak Terkorban Dalam Kebakaran

    Baru 10 Minit Ibu Keluar Ke Kedai, Sekelip Mata Empat Anak Terkorban Dalam Kebakaran

  • Cara Pujuk Lelaki Yang Merajuk Atau Marah Dengan Efektif, Elak Masalah Berpanjangan

    Cara Pujuk Lelaki Yang Merajuk Atau Marah Dengan Efektif, Elak Masalah Berpanjangan

  • Cara Berkesan Ajar Anak Abjad ABC, Seawal 3 Tahun Dah Boleh Ingat Semua Huruf!

    Cara Berkesan Ajar Anak Abjad ABC, Seawal 3 Tahun Dah Boleh Ingat Semua Huruf!

  • Baru 10 Minit Ibu Keluar Ke Kedai, Sekelip Mata Empat Anak Terkorban Dalam Kebakaran

    Baru 10 Minit Ibu Keluar Ke Kedai, Sekelip Mata Empat Anak Terkorban Dalam Kebakaran

  • Cara Pujuk Lelaki Yang Merajuk Atau Marah Dengan Efektif, Elak Masalah Berpanjangan

    Cara Pujuk Lelaki Yang Merajuk Atau Marah Dengan Efektif, Elak Masalah Berpanjangan

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.