Parents Jangan Tergesa-Gesa Jadikan Anak Dewasa Sebelum Usia, Boleh Ganggu Perkembangan Mereka: Pakar

Trend menjadikan anak dewasa sebelum usia nampaknya semakin menjadi-jadi. Bukan hanya daripada segi akademik, malah penampilan dan cara bawa diri.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dengan perkongsian di media sosial mengenai kehidupan kita lihat semakin ramai ibu ayah yang menjadika anak dewasa sebelum usia.

Tidak tahulah kerana mahu anak cepat besar atau apa, tetapi menurut pakar menjadikan mereka dewasa sebelum usia hanya akan menganggu perkembangan mereka.

Anak-anak kecil tidak sepatutnya dijadikan dewasa sebelum usia mereka kerana ini akan mengangggu perkembangan mereka terutama daripada segi kognitif

Parents tolong jangan jadikan anak dewasa sebelum usia, menyesal nanti!

Menurut, Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK), Noor Afidah Abu Bakar, fenomena ini dinamakan hurried childSindrom hurried-child yang dikenalpasti oleh Dr. David Elkind bukan hanya melibatkan tekanan akademik yang terlalu awal di luar kemampuan perkembangan semulajadi anak-anak kecil ia juga sudah merebak ke dalam pelbagai aspek kehidupan seorang kanak-kanak masa kini.

Katanya, jika kita mengikuti perkembangan semasa tentang kanak-kanak di seluruh dunia, salah satu isu besar yang mendapat kecaman pelbagai pihak adalah trend memaksa kanak-kanak untuk berpakaian seperti orang dewasa.

Tumit tinggi, fesyen dewasa tak sesuai untuk kanak-kanak

Trend ini lebih ketara bagi kanak-kanak perempuan yang sering dieksploitasikan untuk berpakaian seksi dan kasut bertumit tinggi yang tidak sesuai usia. Dengan adanya rangkaian pakaian kanak-kanak yang didewasakan, kanak-kanak dipaksa untuk menggayakan fesyen pakaian dan dandanan seperti orang dewasa. 

Walau apa saja yang dipakai oleh kanak-kanak, mereka tetap comel dan penyejuk mata. Namun, katanya trend sebegini menyebabkan berlakunya dua kemungkinan:

#1. Kanak-kanak diharap berkelakuan seperti dewasa

Dengan berfesyen yang sedemikian, secara tidak langsung mereka juga diharapkan agar berkelakuan seperti orang dewasa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Harus diingat kanak-kanak bukan 'mini adults'. Perkembangan fizikal, sosial, emosi, intelektual dan spiritual mereka belum capai ke tahap orang dewasa. Mereka seumpama 'work in progress' yang masih perlu dipupuk dan dibaja.

#2. Kanak-kanak memaksa diri mereka jadi dewasa

Dengan berfesyen yang sedemikian, didapati ada kanak-kanak yang memaksa diri mereka sendiri untuk berkelakuan seperti orang dewasa.

Mereka bertutur menggunakan perkataan orang dewasa yang ada kalanya tidak manis disebut, mereka menonton rancangan televisyen dan mendengar lagu-lagu yang tidak sesuai untuk kanak-kanak. Mereka cenderung untuk meniru orang dewasa kerana ia bersesuaian dengan imej yang dipaksakan ke atas mereka.

Jangan rampas memori kanak-kanak anak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika ini berlaku, rugilah kanak-kanak yang hurried atau digesa-gesakan ini kerana mereka terlepas zaman riang kanak-kanak yang tidak mungkin akan berulang kembali.

Apabila mereka dewasa nanti, zaman inilah yang akan dikenang dengan ungkapan "Seronoknya menjadi kanak-kanak". Jika mereka dipaksa melalui zaman kanak-kanak mereka dengan menjadi orang dewasa, kenangan good old days itu tidak ada.

Trend ini bukan hanya melibatkan kanak-kanak yang dipaksa berpakaian seksi, berdandan dan mengenakan mekap yang tidak sesuai usia, ada juga yang 'dipaksa' berfesyen menutup 'aurat' sebelum tiba usia kerana comel.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Trend yang tidak sepatutnya dilibatkan kanak-kanak

Baby tidak perlu bertudung. Trend anak perempuan dipaksa berpakaian sedondon ibu dengan fesyen fishtail, peplum, jubah beropol dan sebagainya kerana ia menghasilkan imej yang layak-Insta (Insta worthy) juga adalah sebahagian dari sindrom hurried child ini.

Kanak-kanak menjadi tua sebelum waktunya kerana memenuhi impian ibu bapa yang terpedaya dengan tipu daya peniaga dan pengiklan yang suka mengambil kesempatan ke atas kealpaan kita yang tidak memahami perkembangan kanak-kanak.

Menurut pakar ini, berpada-pada dan berhati-hatilah. Biarlah anak itu membesar seiring usia mereka kerana anda sebagai ibu bapa tidak layak pun untuk merampas masa berharga kanak-kanak mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagaimanapun, pilihan akhir adalah di tangan ibu bapa itu sendiri. Andalah yang bertanggungjawab mencorakkan anak anda. Jadi ada baiknya ikutlah saranan pakar supaya besarkan anak seiring usia mereka yang sepatutnya.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Cara Didik Anak Menjadi Lelaki Sejati – Bakal Menantu Anda akan Berterima Kasih!

Baca juga: Parents, anda harus BERHENTI sebut 5 perkara ini pada anak lelaki anda!

Baca juga: Menurut Pakar Dari Harvard, Parent Yang Besarkan Anak Terbaik Amalkan 5 Tips Parenting Anak Ini!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Lala Annuar