Bagaimana nak pilih buku untuk anak yang ada disleksia atau "lambat" belajar?

Disleksia adalah gangguan dalam pembelajaran. Anak disleksia biasanya susah untuk membaca, menulis dan mengeja. Bagaimana nak pilih buku yang betul dan sesuai buat mereka?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Disleksia adalah apa? Siapa itu anak disleksia?

Disleksia adalah sejenis masalah pembelajaran khusus yang kerap berlaku. Anak disleksia biasanya mempunyai masalah dalam menguasai tugasan sekolah, walaupun mereka bersungguh-sungguh berusaha.

Biasanya, kanak-kanak ini mempunyai keupayaan intelek yang normal, namun otak mereka berfungsi secara berbeza dalam menghubungkan simbol visual dengan bunyi. Oleh sebab itu, mereka mengalami kesukaran untuk membaca, menulis, memahami, mengeja atau mengira.

Kredit: Psychology Today

Dianggarkan, hampir 4-8% kanak-kanak di Malaysia merupakan anak disleksia. 

Anak disleksia boleh membaca buku ke?

Bolehkah anak disleksia menikmati buku? Jawapanya tentulah YA! Memang benar kanak-kanak disleksia mempunyai kesukaran dalam membaca, menulis atau mengeja, tapi ia tidak bermakna mereka langsung tidak boleh berseronok dalam membaca.

Mereka memerlukan sokongan ibu bapa dalam memilih bahan bacaan yang boleh membantu mereka.

Mari kita lihat 3 tip bagaimana ibu bapa boleh membantu anak disleksia menikmati masa seronok membaca dengan memilih buku yang sesuai.

3 tips membantu anak disleksia membaca buku

#1 Memahami tahap bacaan anak disleksia

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Syarat utama ialah mengetahui setiap anak mempunyai tahap yang berbeza. Begitu juga anak disleksia. Jika anda memberikan mereka buku yang tidak mengikut tahap mereka, ini akan membuatkan mereka tidak seronok membaca.

Ini kerana mereka akan berasa susah untuk memahami isi kandungan buku tersebut. Jadi, pastikan anda tahu tahap anak sebelum membuat keputusan untuk membeli sebarang buku untuk mereka.

#2 Pilih buku bacaan yang ringkas

Kebanyakkan anak disleksia lebih gemarkan buku yang tidak terlalu padat dengan perkataan. Pilihlah buku yang ringkas namun maksudnya tersampai. Dan tentu sekali pilih buku bacaan yang penuh dengan gambar ceria!

Ini akan membantu mengekalkan minat anak anda dengan buku. Malah, ia juga membantu mereka untuk berseronok dengan aktiviti membaca. Mereka juga akan lebih yakin dengan aktiviti membaca buku.

#3 Beri perhatian pada jenis dan format tulisan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebenarnya, format dan jenis tulisan memainkan peranan yang penting. Tulisan terlalu kecil, rapat dan bersambung boleh menyebabkan anak disleksia rasa bertambah sukar untuk memahami satu-satu tulisan.

Jadi pilih buku yang tulisannya dalam bentuk sedahana besar, berjarak sesuai dan tidak bersambung-sambung.

Buku kemas membuatkan mereka lebih mudah memahami perkataan yang tertulis. Ini juga membantu mereka untuk tidak keliru dengan perkataan. 

Selain dari tip-tip yang disenaraikan, ibu bapa juga harus lebih berada di samping mereka semasa sesi membaca buku. Bonding di antara anda dan mereka juga akan membantu mereka lebih gemarkan aktiviti membaca buku.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kami berharap tip-tip di atas dapat membantu anda memupuk minat membaca pada anak anda. Dan mereka tidak rasa ketinggalan apabila adik-beradik yang lain membaca buku.

Jadi ibu-ibu dan bapa-bapa, masa untuk ke kedai buku dan shopping buku untuk anak anda. 🙂

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

Sumber: theAsianparent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.commendorong-anak-sukakan-buku-ikuti-tips-tips-ini/

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Aqma