Bergelut dengan anak supaya mereka menghabiskan makanan, itu senario yang biasa kita dengar, kan? Pelbagai cara akan ibu bapa guna supaya anak habis makan. Lebih-lebih lagi sayur-sayuran! Punyalah susah anak nak makan….
Sesetengah ibu bapa akan ‘menyorokkan’ sayur-sayuran itu dalam makanan anak. Ada juga akan akan memberi ganjaran sekiranya anak makan sayur. Namun kajian menunjukkan yang memberi ganjaran hanya bersifat sementara dan tidak kekal.
Malah, ibu bapa juga tak digalakkan memaksa anak menghabiskan makanan mereka kerana ia akan mendorong kepada masalah pemakanan anak kelak. Jadi, bagaimana ibu mahu anak habis makan?
Ha… jangan bimbang. Kami ada 10 tips anak habis makan yang anda boleh ikut. Gerenti anak habis makan semua makanan dia!
Dorong anak habis makan dengan 10 tips berguna ini!
Satu kajian mendapati memperkenalkan sesuatu makanan boleh mempengaruhi tabiat makan anak di dalam jangka masa panjang. Sambil mereka belajar tentang rasa makan, mereka juga mencipta rasa kegemaran mereka.
Untuk membina cara makan yang sihat, mereka harus ada perilaku yang sihat terhadap makanan. Barulah anak mampu menghabiskan makanan mereka.
Bagaimana nak ajar anak tentang perilaku yang sihat terhadap makanan?
1. Kekal tenang
Anda perlu cuba untuk tidak menunjukkan rasa kecewa. Si kecil memerhatikan anda dan apabila dia melihat anda kecewa, mungkin ia akan menyebabkan mereka makin tidak mahu makan.
2. Tidak beri snek yang terlalu banyak
Karen Le Billon, penulis buku French Kids Eat Everything menyarankan ibu bapa untuk tidak memberi snek dengan kerap. Mengapa?
Apabila mereka tidak mendapat snek, mereka akan lebih lapar apabila tiba waktu makan, dan mereka akan makan apa yang dihidangkan. Jadi, anak habis makan semua makanan yang terhidang itu!
3. Jangan beri anak terlalu banyak tekanan
Jangan paksa mereka untuk terus menghabiskan makanan mereka. Berikan mereka rasa terlebih dahulu makanan itu dan kenali rasa yang ada dalam makanan terbabit.
Tanpa tekanan dari anda, insyaAllah anak anda akan mampu untuk menghabiskan makanan mereka.
4. Buat mereka teruja dengan makanan
Jadikan mereka teruja untuk makan. Contohnya menggunakan nama menu yang menarik untuk mereka. Atau kalau anda lebih rajin, cuba hias dan corakkan setiap makanan mereka.
Pasti mereka akan berasa teruja untuk makan makanan tersebut!
5. Bawa mereka membeli-belah untuk memasak
Bawa mereka membeli-belah bahan yang makanan yang bakal anda masak. Mereka akan lebih teruja untuk melihat dan makan hasilnya nanti.
Pastikan anda juga memastikan mereka terlibat dalam sesi membeli-belah itu. Barulah mereka tahu bagaimana proses memasak dan membeli bahan-bahan dapur.
6. Ubah suai makanan kegemaran mereka
Anak anda sukakan kebab? Apa kata buat kebab dengan sayuran untuk mereka? Jadikan ia bahan di dalam kebab kegemaran mereka.
Untuk lebih senang anak habis makan, hias makanan kegemaran mereka dengan corak yang mereka gemari.
7. Jangan menjanjikan alternatif
Jangan beri makanan lain sebagai ganti kepada sayur. Maknanya di sini, memang anak-anak akan menolak hingga mereka dapat apa yang mereka mahu.
Jadi, jangan hanya kerana anak tidak mahu makan sayur, anda mengikut permintaannya. Guna cara kreatif seperti ini untuk pastikan anak makan sayur dalam makanan.
8. Cipta lauk baru sebagai tabiat
Bereksperimen dengan resipi baru dan sihat. Jadikan ia sesuatu kelaziman di rumah. Bukan sahaja anak, malah satu keluarga akan lebih seronok hendak makan dengan adanya menu baru.
Tidaklah mereka bosan makan benda yang sama!
9. Jadikan ia menarik
Jadikan masa menyediakan makanan dan masa makan seronok. Biarkan mereka membantu anda. Mereka akan seronok makan apa sahaja yang tersedia.
10. Cuba makan baru sendiri
Contoh yang paling baik ialah dari anda. Tunjukkan tabiat makan yang sihat kepada mereka. Tidak takut mencuba menu sihat yang baru.
Mereka akan mulai mencontohi anda. Apa yang penting, bersabar, semua perkara memerlukan masa.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: theAsianparent Singapore, CNN, The Huffington Post, NCBI, Journal of Food Quality and Preference
Baca juga:
https://my.theasianparent.comkesan-negatif-makanan-segera/