Ibu Boleh Tertekan Bila Dapat Tahu Anak Autisme, Minta Pertolongan & Carilah Allah Dahulu

Memiliki anak istimewa pastinya bukanlah sesuatu perjalanan mudah. Namun, ia tidak mustahil untuk ibu ayah berdepan dengannya jika dengan cara yang betul

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bergelar ibu ayah memberi peluang kepada anda untuk melalui pelbagai perkara baharu dalam hidup. Timbul pelbagai perasaan suka dan duka dalam membesarkan amanah Allah ini. Namun, tidak siapa sanggup diuji dugaan hebat seperti memiliki anak istimewa.

Percayalah akan setiap percaturan yang telah ditetapkan kerana setiap anak memberikan aura berbeza dalam keluarga.

Kisah ibu depresi memiliki anak istimewa

Kedatangan orang baru dalam hubungan suami isteri dianggap sebagai pelengkap kehidupan rumah tangga.

Seperti kisah benar dikongsikan seorang ibu, Syahirah Omar tentang perjalanan dia bergelar ibu muda dan perlu menerima anak istimewa sehingga mengubah kehidupannya.

“Pada 16 April 2008, seorang anak perempuan dilahirkan secara emergency c-section sebab lama sangat aku bertarung menahan sakit. Memang dia agak lemah waktu keluar. Bila tengok Lana, subhanallah putihnya budak ni. Rasa macam bukan anak aku.

Berkali-kali aku tanya betul ke ni anak aku. Agak kekok pada usia 23 tahun nak kucup dia. Aku memang kurang naluri keibuan pada waktu tu. Bukan tak sayang, tak tahu nak buat apa sebenarnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Untuk anak pertama, aku akui tak ada ilmu parenting. Anak memang baik sangat. Dia tidur sendiri dan aku tak pernah tidurkan dia sebab menangis ke apa.

Sejak kecil sampai dia besar, dia akan tidur sendiri. Tiada waktu ibu dan anak waktu sebelum tidur. Aku? hanya sibuk buat kerja. Entah apa yang aku sibuk pun tak pasti.

Ralat rasanya sebab aku jenis ibu yang escapism pada waktu itu. Lekakan dia dengan televisyen, tidak temankan dia pun bermain. Bagi aku, dia tidak menangis dah okay sangat dah. Sesekali je aku dukung dan main dengannya.

Tapi dia jarang galak bila aku agah dia, hanya sesekali sahaja senyum.

Perkataan pertama dia, Daddy. Pada usia setahun dia boleh sebut beberapa perkataan. Tapi tidak petah dan hanya boleh cakap sikit-sikit. Lana macam budak lain juga, makan, tidur, main dan nak susu,” jelas Syahira.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anak mula tunjukkan perubahan pelik

“Bila melangkah usia 1 tahun 10 bulan, aku dah lahirkan adiknya, Luqman. Waktu ni aku nak sangat dia ada kawan bermain. Aku adalah cuba bermain tapi dia macam tidak berminat dengan ibu sendiri.

Jadi aku fikir bila ada adik, dia ada kawan dan bermain dengan happy. Tapi masa dia umur 2 tahun, aku mula perasan dia makin lain.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mula menyendiri, duduk di bawah katil dan belakang sofa. Baru aku sedar dia sebenarnya tidak bermain dengan cara betul. Hanya menyusun, memegang kemana-mana dia berjalan.

Waktu ni aku dah mula panik. Ditambah pula kami berhijrah ke luar negara. Lana dah mula tidak boleh tahan dengan bunyi bising, tidak boleh dibawa ke mall, mula baring di mana sahaja dan tidak memberikan respon langsung kepada aku.

Kemudian selepas buat diagnosis, psychiatrist beritahu bahawa Lana memang lengkap semua ciri Autisme. Waktu ni aku terdiam dan menangis sepuas-puasnya,” tangisi Syahira. 

Mendekatkan diri pada Allah

“Macam-macam cara telah dibuat sehingga berhabisan ribuan ringgit. Aku jumpa dua orang Speech and Occupational therapist dari Sri Langka lakukan terapi di rumah untuk mencari ilmu. Tapi dalam mencari ilmu, aku dapat jawapan bahawa proses mengajar anak adalah ujian pada diri sendiri, bukannya Lana.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Aku akui seorang yang tidak bersyukur pada apa yang diberi, usaha habis-habisan untuk dapat perkara diinginkan.

Aku lupa meminta pertolongan Allah waktu susah. Aku cari manusia untuk bantu aku. Allah bagi ujian sebab nak hambanya berubah lebih dekat denganNya.

Setiap kali kecewa Lana tidak berubah, aku menangis teruk sampai tak terurus diri. Tidak mandi, makan dan kemas rumah sebab tak sanggup tengok anak mula cederakan diri sendiri.

Aku mula cari dan minta pertolongan dari Allah, barulah banyak sangat perubahan pada Lana. Pada usia dia 5 tahun, aku ajarkan dia solat. Alhamdulillah makin besar, dia matang dan tahu bawa diri.

Dia boleh menerima rutin harian di sekolah dan belajar sama seperti orang lain, menghafal al-quran dan terlalu banyak perubahan yang ditunjukkan.

Dalam perjalanan ini, Allah akan temukan pelbagai situasi dan manusia. Pesan pada diri, Allah tidak pernah tinggalkan hambaNya bersendirian. Muhasabah diri dan renung semula, tak ada satu pun sia-sia apa yang telah ditetapkan kepada kita.” Akhiri Syahira. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sumber: Syahirah Omar

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.compeperiksaan-sekolah