Nora Anne Disahkan Maut Akibat Kebocoran Usus, Tapi Masih Ada 15 Soalan Jadi Tanda Tanya...

Meskipun pihak polis telah memberitahu keputusan post mortem Nora Anne, namun ada beberapa persoalan yang masih tergantung.

Anak istimewa warga negara Ireland, Nora Anne Quoirin, 15 yang ditemui mati di hutan di daerah Seremban telah disahkan meninggal dunia akibat kebocoran usus kerana mungkin kelaparan dan stres berpanjangan selama kehilangannya. 

Menurut Ketua Polis Negeri Sembilan, Mohamad Mat Yusop berkata Nora Anne mungkin meninggal dunia antara dua hingga ke tiga hari sebelum mayatnya ditemui. Selain itu, tiada tanda perbuatan jenayah dan anak istimewa itu tidak dirogol.

Terdahulu, Mayat Nora Anne ditemui pada hari ke-10 operasi mencari dan menyelamat secara besar-besaran yang dilancarkan oleh pihak berkuasa Malaysia.

Mayat remaja itu ditemui di kawasan lurah berhampiran anak sungai 2.5 kilometer dari resort penginapan tempat anak istimewa ini dilaporkan hilang pada 4 Ogos lalu, sehari selepas keluarganya mendaftar masuk untuk percutian selama dua minggu.

Proses bedah siasat mayat Nora Anne bermula pada 11.45 pagi dan berlarutan hingga malam. Ia diketuai oleh pakar patologi dari Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Tuanku Ja’afar Seremban serta dibantu pakar dari Jabatan Kimia dan Jabatan Forensik Petaling Jaya.

Punca sebenar kematian anak istimewa Nora Anne masih menjadi bualan ramai 

Walaupun telah diketahui punca kematiannya adalah disebabkan kebocoran usus dan stres berpanjangan namun masih ada beberapa persoalan yang tergantung dan memerlukan jawapan terutama dari keluarga mendiang Nora Anne.

Antara soalan yang belum terungkai adalah seperti berikut:

#1. Jika Nora Anne maut dalam masa 2-4 hari lalu, sepanjang 10 hari kehilangannya, mengapa Nora Anne tidak ditemui lebih awal? Adakah Nora Anne bersembunyi?

#2. Bagaimana Nora Anne boleh ke kawasan hutan? Adakah dia keluar dan sesat?

#3. Bilakah waktu sebenar keluarga mendiang tiba di Malaysia?

#4. Adakah keluarga mendiang Nora Anne sampai bersama dengan saudaranya yang lain?

#5. Adakah mereka ada makan di mana-mana? Atau ada sesiapa yang terlihat mereka di lapangan terbang atau hotel?

#5. Semasa di Malaysia, keluarga Nora Anne ada tak menaiki sebarang kenderaan?

#6. Semua fakta asas ini masih belum diketahui dan tiada penerangan yang jelas. 

#7. Adakah pintu bilik tidur dibuka atau ditutup pada malam kejadian?

#8. Adakah ibu dan ayah Nora Anne mengambil pil tidur? Ini kerana mereka langsung tidak dengar derapan kaki naik dan turun di dalam resort penginapan itu.

#9. Adakah Nora mengambil pil tidur kerana itu mungkin sebabnya mengapa dia tidak menjerit

#10. Adakah katil tempat tidur Nora paling dekat dengan pintu keluar?

#11. Adakah dua lagi kanak-kanak yang ikut bercuti itu tidur awal pada waktu malam? Ini kerana kebiasannya kanak-kanak akan terjaga di malam hari kerana teruja dengan percutian mereka.

#12. Adakah pintu gate utama Villa Luxury Resort itu telah dikunci?

#13. Ada satu laporan media mengatakan pintu gate utama itu dibuka pada malam itu. Adakah benar? Ini kerana kawasan itu adalah hutan, maka keselamatan seperti mengunci pintu gate patut diambil berat.

#14. Pada hari pertama percutian, Nora kelihatan sangat teruja kerana adanya air terjun. Adakah ia lokasi pertama pencarian kehilangan Nora? 

#15. Kenapa Maebh Quoirin berbohong dan mengatakan ia adalah percutian seumur hidup? Sedangkan mereka pernah bercuti ke Australia dan beberapa negara Asia yang lain termasuk Bali pada 2017.

#16. Adakah media telah menemubual anak-anak mereka yang lain?

Walau bagaimanapun, masih banyak persoalan yang masih tergantung tentang kematian Nora Anne ini. 

Tips menjaga anak istimewa 

– Dapatkan penilaian dan rawatan yang sewajarnya dengan doktor.
– Pastikan anak didaftarkan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan borang pendaftaran perlu mendapatkan tandatangan dari doktor. Ia penting bagi memastikana anak anda mendapat elaun khas dan pendidikan khas.
– Tidak mengabaikan pendidikan anak dan bincang dengan guru tentang aliran khas yang sesuai buat mereka.
– Fahami tingkahlaku dan keadaan anak anda. Jangan rasa malu atau marah dengan setiap perbuatannya kerana cara mereka berfikir ada ketikanya tidak sama seperti kita.
– Mengalah dengan anak jika mereka mahukan sesuatu seperti pakai baju warna apa, tak mahu makan, sepahkan rumah dan sebagainya.
– Untuk menjaga anak istimewa maka ibu bapa perlu mendapatkan rehat dan tidur yang mencukupi.
– Tetapkan jangkaan untuk masa depan anak mengikut kemampuan mereka.
– Raikan kemampuan anak anda asalkan mereka boleh membaca Al-Quran, membaca dan menulis itu merupakan satu pencapaian yang cukup membanggakan.

Semoga kes ini dapat diselesaikan dengan cara yang baik dan persoalan yang tergantung itu terjawab hendaknya. 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Malaysia KiniBidadari, Anne Brennan

Baca juga 

Mayat Ditemui Di Air Terjun Disahkan Nora Anne, Pencarian Orang Hilang Berakhir

Written by

Nurul Halifah