X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Ibu Hamil 41 Minggu Ini Bunuh Diri Apabila Keluarga Tak Beri Buat C-Section!

6 Sep, 2017
Ibu Hamil 41 Minggu Ini Bunuh Diri Apabila Keluarga Tak Beri Buat C-Section!

Tertekan keluarga enggan membenarkan pembedahan, wanita sarat hamil ini bunuh diri tak tahan menanggung kesakitan. Mana hak wanita hamil ketika bersalin?

Wanita hamil bunuh diri kerana tindakan keluarga

Sungguh menyedihkan. Hanya itu yang mampu difikir apabila menerima khabar berita ini.

South China Morning Post semalam melaporkan seorang wanita yang sarat hamil telah mengambil tindakan drastik untuk bunuh diri kerana keluarganya.

Mengapa?

Ini kerana keluarga wanita tersebut enggan membenarkan beliau menjalani pembedahan c-section walaupun beliau sudah menanggung kesakitan yang lama!

wanita hamil bunuh diri

Kredit gambar: Huanqiu

Wanita malang tersebut berusia 26 tahun dan dikenali sebagai Ma. Beliau telah dimasukkan ke wad bersalin Yulin No 1 Hospital di daerah Shaanxi, utara China sejak seminggu lalu.

Namun, tindakan keluarganya yang menghalang hak beliau untuk bersalin telah “meragut” nyawa wanita ini. 

Pembedahan c-section diperlukan kerana kecemasan

Pernyataan hospital mengatakan diagnosis awal mendapati kandungan Ma telah terlebih jangkaan bersalin. Ini merupakan anak pertama beliau.

Oleh sebab kandungan mengalami komplikasi kecederaan kepala, bersalin secara normal adalah amat berisiko.

Maka, doktor menyarankan Ma bersalin secara pembedahan c-section bagi menyelamatkan kedua-dua nyawa.

Namun, undang-undang di China memerlukan ahli keluarga memberi kebenaran sebelum sesebuah pembedahan dijalankan.

Jadi, kakitangan hospital meminta kebenaran daripada keluarga Ma untuk meneruskan pembedahan. Namun, mereka enggan memberi kebenaran!

Mereka mati-matian mahu Ma melahirkan anak tersebut secara normal, walaupun memahami komplikasi yang dihadapi.

Menurut laporan hospital –

“Wanita hamil itu keluar masuk wad bersalin sebanyak 2 kali kerana ingin memberitahu keluarganya yang dia mahu pembedahan c-section. Dia tak tahan lagi menanggung kesakitan. Tapi keluarga tak beri kebenaran.“

Punca keluarga beliau bertindak sedemikian masih belum diketahui. 

wanita hamil bunuh diri

Wa 2 kali memujuk keluarga di wad bersalin ini.
Kredit gambar: Huanqui

Akhirnya, wanita hamil ini bunuh diri…

Selepas beberapa kali dipujuk pegawai perubatan dan keluarganya masih enggan bekerjasama, Ma pulang ke wad.

Pada pukul 8 malam, Ma mengambil keputusan untuk terjun tingkap dari tingkat 5 hospital. Doktor tak dapat menyelamat beliau dan anak dalam kandungan. 

wanita hamil bunuh diri

Kredit gambar: Huanqui

Kes ini mengundang marah di Weibo, media sosial terkenal China. Rata-rata masyarakat ingin hak bersalin diberikan sepenuhnya kepada ibu hamil. 

Iyalah, mereka yang mengandung dan akan bersalin, kenapa hak itu tak jatuh pada mereka?

Hak ibu hamil ketika bersalin

Jika di Indonesia, Jabatan Kesihatan Republik memegang prinsip “Sayangi Ibu“. Prinsip ini sejajar dengan perbuatan menghargai budaya, kepercayaan dan keinginan seorang ibu yang hamil.

Maksudnya, ibu berhak menentukan apa yang dia ingini ketika proses bersalin. 

Antara hak lain yang dipegang oleh ibu hamil ketika ingin bersalin adalah:

Stories Rakan Kongsi
Mums, could you be giving your child too much without knowing it?
Mums, could you be giving your child too much without knowing it?
Jadilah Superwoman! Ini 5 Cara untuk Ibu Bekerja Kekal Aktif Setiap Masa
Jadilah Superwoman! Ini 5 Cara untuk Ibu Bekerja Kekal Aktif Setiap Masa
Can Financial Management Be Easy? 5 Things You Should Be Doing As A Parent
Can Financial Management Be Easy? 5 Things You Should Be Doing As A Parent
Kebebasan Kewangan Terjamin Melalui Etika Kerja Yang Baik dan Simpanan
Kebebasan Kewangan Terjamin Melalui Etika Kerja Yang Baik dan Simpanan
  • Ibu berhak ditemani oleh doktor, keluarga atau suami ketika ingin bersalin. Bahkan, doktor sendiri yang akan hubungi keluarga untuk menemani pesakit.
  • Ibu hamil berhak mengetahui tentang proses bersalin dari awal hingga akhir
  • Ibu berhak menjalankan kepercayaa, nilai atau adat mengikut agama masing-masing.
  • Ibu hamil berhak memilih prosedur dan posisi bersalin yang diingibi
  • Ibu hamil berhak menolak prosedur yang tiada bukti ilmiah seperti tak perlu potong bulu kemaluan dan sebagainya
  • Ibu hamil boleh meminta ubat-ubatan untuk mengurangkan kesakitan.
  • Ibu boleh memberikan susu badan secara eksklusif.

Nampaknya, mungkin China perlu mempertimbangkan semula hak wanita yang ingin bersalin agar kejadian seperti ini tak berulang lagi.

Seperti kata komen di laman Weibo – 

“Wanita yang sudah berkahwin bukan kilang untuk buat bayi saja. Mereka seorang ibu dan mereka berhak ke atasnya!”

Sumber rujukan: South China Morning Post dan Nutrisi Untuk Bangsa

Kredit gambar: Huanqui

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.commenyusu-ketika-sakit/

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Ibu Hamil 41 Minggu Ini Bunuh Diri Apabila Keluarga Tak Beri Buat C-Section!
Kongsikan:
  • Kecewa Suami Kahwin Satu Lagi, Ibu Ini Ajak 3 Anaknya Bunuh Diri...

    Kecewa Suami Kahwin Satu Lagi, Ibu Ini Ajak 3 Anaknya Bunuh Diri...

  • Duda Maut Tembak Kepala Sendiri, Kenali 7 Simptom Ingin Membunuh Diri

    Duda Maut Tembak Kepala Sendiri, Kenali 7 Simptom Ingin Membunuh Diri

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
    Stories Rakan Kongsi

    Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?

  • Kecewa Suami Kahwin Satu Lagi, Ibu Ini Ajak 3 Anaknya Bunuh Diri...

    Kecewa Suami Kahwin Satu Lagi, Ibu Ini Ajak 3 Anaknya Bunuh Diri...

  • Duda Maut Tembak Kepala Sendiri, Kenali 7 Simptom Ingin Membunuh Diri

    Duda Maut Tembak Kepala Sendiri, Kenali 7 Simptom Ingin Membunuh Diri

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
    Stories Rakan Kongsi

    Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.