Anak Asyik Jatuh Bila Baru Berjalan? Perlukah Ibu Risau?

Budak baru dapat kaki, lagaknya cukup menceriakan. Boleh riuh setaman lagaknya apabila anak sudah mula pandai berjalan. Yang paling gembira mestilah ibu bapa! Tapi mengapa ada bayi selalu jatuh bila berjalan? Perlukah anda risau?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Uih, rancaknya anak bila baru belajar berjalan! Sampai tak nampak kiri dan kanan sehingga anak jatuh bila berjalan pun, dia masih lagi gembira.

Begitulah keadaan apabila si manja anda mula cuba belajar berdikari. Seperti apa yang orang tua-tua selalu kata; lagak budak baru dapat kaki. Boleh riuh setaman lagaknya apabila anak sudah mula pandai berjalan. Yang paling gembira mestilah ibu bapa! 

Ini adalah saat yang paling ditunggu-tunggu ibu bapa untuk melihat anak berjalan. Penuh sahaja gambar story ibu bapa dengan gambar dan video anak berjalan misalnya. Excited kan?

Tapi, adakah anak anda apabila mula berjalan, selalu pula anak jatuh bila berjalan? Mulalah hati ibu bapa risau, takut anak terhantuk ataupun tersembam ke tanah.

Siapa sahaja yang tidak risau kalau anak terjatuh. Tetapi sebelum ibu bapa menjadi terlalu risau apa kata ibu bapa ketahui terlebih dahulu bagaimana proses berjalan untuk kanak-kanak berlaku. 

Proses berjalan untuk kanak-kanak

Kredit: Unsplash

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tahap perkembangan anak-anak untuk berjalan adalah berbeza mengikut setiap kanak-kanak. Kanak-kanak belajar berjalan seawal umur 12 hingga 15 bulan. Pada permulaan kanak-kanak berjalan, anda pasti menyedari bahawa anak anda cuba untuk menaikkan badannya dengan menggunakan tangan dan memegang perabot sebagai sokongan untuk berdiri. 

Kemudian, apabila anak anda sudah mula dapat bertatih, ia merupakan satu pengalaman yang baru baginya. Maka, anak anda akan mula cuba berjalan secara perlahan-lahan dan seterusnya cuba untuk berjalan laju ataupun berlari.

Menjadi satu kebiasaan bagi kanak-kanak untuk jatuh apabila berjalan. Ini kerana kanak-kanak sebenarnya sedang belajar untuk mengimbangi dirinya dan cuba untuk merancang pergerakannya. Bila anak anda mula berjalan sendiri, anak anda juga sedang belajar untuk berjalan tanpa bantuan kedua ibu bapanya. 

Anak jatuh bila berjalan – satu proses mereka perlu lalui

Kredit: Cleveland Clinic

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila anak anda sering jatuh, ia sebenarnya adalah satu proses pembelajaran.

Pada mulanya anak anda merangkak kemudian mereka akan berjalan perlahan-lahan. Sewaktu berjalan, mereka berlatih untuk kekalkan keseimbangan badan mereka. Memang tidak dinafikan apabila anak terjatuh, ibu bapa risau akan keadaan anak. Kejap terhantuk terkena dinding, luka akibat jatuh dan semestinya ibu bapa risau kalau anak boleh tercedera. 

Jangan risau!

Apabila anak anda jatuh sewaktu mula belajar berjalan, jatuh merupakan satu perkara yang sangat normal. Walaupun anak anda asyik jatuh sahaja, itu bukanlah sesuatu perkara yang tidak baik untuk anak. 

Apa yang anda perlu tahu sewaktu bayi mula berjalan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: Unsplash

#1 Mereka sedang belajar berdikari walaupun anak jatuh bila berjalan

Seperti yang anda sedia maklum, anak anda sedang mengalami satu perubahan yang melibatkan kehendak dirinya sendiri. Anak anda baru belajar berjalan tanpa bantuan anda. Sekiranya anda menolong anak anda untuk sentiasa berjalan, pastinya anak anda tidak dapat berdikari dan belajar bagaimana untuk berjalan.

#2 Mereka sedang belajar daripada kesilapan 

Anda mungkin bimbangkan anak anda yang asyik jatuh sahaja tetapi anak anda sedang belajar daripada kesilapannya supaya tidak terjatuh lagi. Mungkin ibu bapa tidak mempercayainya tetapi anak anda belajar sebenarnya agar tidak terjatuh di tempat yang sama dan juga tidak tersilap langkah. Seperti kita juga, anak anda pastinya tidak akan melakukan kesilapan yang sama. 

#3 Jangan terlalu jaga anak

Kredit: Unsplash

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kami faham si ibu. Anda takut bila anak asyik terjatuh. Tetapi kalau anda terlalu sangat menjaga anak anda daripada terjatuh atau tak beri anak anda berjalan sangat. Bagaimana anak anda nak belajar dengan lebih baik dan jadi lebih berani untuk berjalan? Biarkan sahaja anak anda terjatuh sewaktu berjalan tetapi pada masa yang sama, anda juga kenalah jaga anak anda agar tidak tercedera.

#4 Pastikan rumah selamat atau persekitaran selamat

Anak bila mula dapat berjalan memang ligat. Jadi, tugas ibu bapa di sini adalah untuk sentiasa pantau anak dalam rumah dan memastikan keadaan rumah selamat untuk anak anda berjalan atau baby-proof rumah anda. Bila anak sudah pandai berjalan, mesti tangannya juga cepat sahaja untuk meneroka benda-benda baru.

Sorok objek-objek bahaya seperti pisau dan sebagainya sebelum anak anda mencapainya. Untuk sebarang ruang atau bucu meja yang tajam, pastikan anda cover bahagian tersebut untuk mengelakkan risiko kecederaan.

#5 Ibu bapa kena relaks ketika anak terjatuh bila berjalan

Bahagian ini memang mencabar sedikit. Boleh gelabahkan dibuatnya kalau anak terjatuh. Tetapi, anda boleh kekal bertenang dan jangan marah anak anda ya. Biasalah anak-anak baru mula belajar berjalan.

Anda boleh beri dorongan kepada anak anda untuk berjalan dan pastikan anak anda dalam keadaan yang baik. Beri sokongan sekiranya perlu dan jangan terlalu kongkong anak untuk berjalan. Pastikan anak anda berjalan dengan pengawasan dan anda juga boleh latih anak berjalan.

Perhatian kepada ibu bapa

Sekiranya anak anda masih lagi tidak boleh berjalan dengan baik dan masih tidak dapat mengekalkan keseimbangan badan, bawa lah anak berjumpa dengan doktor. 

Anak anda masih tidak boleh berjalan? Bawa berjumpa pakar dengan segera sekiranya anak anda masih tidak menunjukkan kemajuan walaupun sudah besar. 

Besar kemungkinan, anak anda mengalami masalah yang tidak anda ketahui.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sumber: Psychology in Action

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca Juga: Anak Lambat Berjalan? Ini Mungkin Sebab Yang Anda Tak Perasan

Penulis

Nina Osman