Anak Kena Buli Di Sekolah, Ini 10 Tindakan Ibu Ayah Kena Buat Untuk Elak Anak Trauma

Anak kena buli di sekolah akan mengalami kesan emosi dan fizikal yang mencabar, oleh itu sebagai ibu bapa anda perlu ambil tindakan ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila anak kena buli di sekolah, tidak semua ibu bapa tahu apa yang boleh dilakukan untuk membantu anak mereka. Bahkan ada yang tidak menyedari anak menjadi mangsa buli. Hari ini, kami kongsikan apa yang anda boleh lakukan untuk anak anda.

Apa Itu Buli?

Buli adalah sesuatu tindakan dengan niat untuk menyakitkan hati dan memberikan tekanan kepada seseorang. Ia juga boleh dikatakan sebagai penderaan rakan sebaya (peer abuse).

Buli juga melibatkan serangan fizikal dan ancaman, mencuri dan peras ugut, penderaan lisan termasuk mengejek isu perkauman dan gangguan seksual.

Biasanya buli dapat dikenalpasti melalui tiga ciri-ciri iaitu niat, ulangan dan kuasa. Seseorang yang membuli mempunyai niat untuk menyebabkan kesakitan sama ada melalui kecederaan fizikal atau perkataan atau tingkah laku yang menyakitkan dan melakukan perbuatan itu secara berulang kali.

Kanak-kanak yang mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menjadi mangsa buli. Selalunya, kanak-kanak yang terpinggir, kanak-kanak daripada keluarga miskin, kanak-kanak berbeza identiti atau kanak-kanak yang mempunyai kecacatan selalunya menjadi mangsa buli.

Buli boleh berlaku sama ada secara bersemuka atau dalam talian. Buli atas talian berlaku melalui media sosial, teks mesej atau pesanan ringkas, e-mel, atau mana-mana platform dalam talian di mana anak anda boleh berinteraksi.

Kadangkala, ibu bapa mungkin tidak memeriksa apa yang dilakukan oleh anak di platform-platform ini sehingga menjadikan ia sukar untuk mengetahui sekiranya anak dibuli.

Mengapa Anda Perlu Campur Tangan Jika Anak Dibuli

Buli boleh menyebabkan kesan yang berbahaya dan berpanjangan kepada anak anda. Selain kesan fizikal, anak anda juga mungkin akan mengalami masalah kesihatan mental dan emosi termasuklah menyebabkan kemurungan dan kebimbangan yang boleh menyebabkan penurunan prestasi di sekolah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berbeza dengan buli secara bersemuka, buli atas talian boleh berlaku bila-bila masa di mana pun anak anda berada. Ia boleh menyebabkan trauma yang mendalam kerana selain diketahui pembuli dan yang membuli, ia turut diketahui ramai orang.

Anak anda berhak untuk mendapatkan persekitan yang selamat dan maruah mereka dihormati oleh orang sekeliling. Semua kanak-kanak berhak untuk mendapatkan pendidik dan perlindungan daripada semua bentuk keganasan fizikal atau mental termasuklah buli.

Ini 10 Tindakan Ibu Ayah Kena Buat Untuk Elak Anak Trauma

1. Tunjukkan anda kisah

Sebelum anda mengambil sebarang langkah, tunjukkan anda ambil kisah tentang anak anda. Beritahu anak anda ia normal jika mereka berasa sedih. Pastikan juga anak anda tidak menyakiti diri mereka atau orang lain dan cuba yang terbaik untuk keluarkan anak anda daripada situasi buli.

Beritahu anak anda yang anda sayang mereka dan ia pastinya akan memberikan keyakinan kepada mereka. Menjadi pendengar setia kepada anak anda juga akan membantu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila anda menunjukkan yang anda mengambil berat tentang perasaan mereka, ia membuatkan anak anda berasa lebih terbuka untuk berkongsi cerita yang sebenar.

2. Didik Anak Tentang Buli

Didik anak anda tentang buli agar mereka mempunyai pengetahuan dalam hal ini. Setelah mereka tahu apa itu buli, anak-anak anda akan dapat mengenalinya dengan lebih mudah sama ada ia berlaku kepada mereka atau orang lain.

3. Bersikap Terbuka Dengan Anak

Semakin kerap anda berbual dengan anak anda tentang buli, mereka akan lebih selesa untuk memberitahu anda sekiranya mereka melihat atau mengalami situasi tersebut. Minta anak anda ceritakan hari mereka di sekolah dan aktiviti mereka atas talian tapi jangan meminta secara paksa. Ini boleh membuatkan mereka berasa tidak selesa.

4. Jadi Contoh Yang Positif

Terdapat tiga pihak dalam buli iaitu mangsa, pelaku dan saksi. Walaupun anak anda bukan mangsa buli, mereka boleh mencegah buli dengan mengjadi inklusif, menghormati dan baik kepada rakan sebaya mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika mereka menyaksikan buli, mereka boleh membantu mangsa buli itu dengan menawarkan sokongan kepada mereka. 

5. Bantu Anak Tingkatkan Keyakinan Diri

Galakkan anak anda untuk menyertai kelas atau aktiviti yang mereka minati. Selain membantu meningkatkan kemahiran, ia juga akan membantu memperkukuhkan keyakinan diri mereka disamping mencari kawan yang mempunyai minat sama.

6. Jadi Contoh Dan Teladan

Berbeza dengan menjadi contoh yang positif, menjadi contoh dan teladan bermaksud anda menunjukkan kepada anak anda cara untuk melayan kanak-kanak lain dan orang dewasa dengan kebaikan dan hormat termasuklah menjadi suara kepada orang yang dianiaya.

Anak selalunya akan melihat perilaku ibu bapa mereka dan menjadikan anda sebagai contoh dalam kelakuan mereka termasuklah apa yang dipaparkan dalam talian.

7. Ambil Bahagian Dalam Kehidupan Atas Talian Mereka

Kenali platform apa yang anak anda gunakan dan terangkan kepada mereka bagaimana dunia dalam talian dan luar talian berkait rapat. Berikan juga amaran kepada mereka tentang pelbagai risiko yang mereka akan alami dalam talian.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

8. Jadi Sistem Sokongan

Bagi anak, ibu bapa yang selalu memberikan sokongan untuk mereka adalah penting lagi-lagi jika dibuli. Pastikan anak anda tahu mereka boleh bercakap dan meluah kepada anda bila-bila masa dan beri juga jaminan yang keadaan akan menjadi lebih baik.

9. Nasihati Anak Anda Untuk Cari Kawan Yang Baik

Kanak-kanak yang selalu bersendirian dan tidak mempunyai kawan mudah untuk menjadi mangsa buli tapi kehadiran kawan yang baik dapat mengurangkan risiko itu kerana pembuli selalunya tidak mahu ada saksi yang akan melaporkan perbuatan mereka.

Tidak semestinya kawan anak anda boleh melawan pembuli, tapi apa yang penting kawan itu boleh menjadi sistem sokongan mereka.

10. Jangan Hukum Tanpa Sebab Kukuh

Jangan hukum anak anda tanpa menjelaskan sebab anda memberikan hukuman itu. Sebagai contoh, anda kurangkan masa penggunaan peranti atau merampas peranti mereka tanpa memberikan alasan yang kukuh.

Jika anda menghukum mereka tanpa memberitahu sebabnya, ia akan menyebabkan anak anda enggan berkongsi masalah mereka dengan anda. Sebaliknya, jika anda menjelaskan sebab yang kukuh mengapa anda menghukum mereka, anak anda akan memahaminya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebaliknya, anda perlu menunjukkan bahawa anda tidak akan mengambil peranti mereka dan betul-betul ingin memahaim apa yang sedang mengganggu mereka.

Apa Anda Perlu Lakukan Sekiranya Anak Dibuli

1. Sebelum Bertindak, Kumpulkan Fakta

Jika anak kena buli di sekolah, minta anak anda berterus terang tapi lakukannya dengan lembut jika ada individu yang membuatkan mereka berasa sedih, tidak selesa atau malu. Berikan soalan yang bersifat terbuka untuk menggalakkan anak anda berkongsi.

Selepas anda mempunyai gambaran asas tentang apa yang sedang berlaku, lihat sama ada anda boleh mempelajari maklumat khusus. Anda boleh bertanya soalan seperti ‘Adakah anak anda menerima mesej yang kurang menyenangkan di media sosial?’, ‘Siapa yang menghantarnya?’, ‘Berapa kali?’ dan ‘Bila?’.

Kemudian, hubungi individu lain yang mungkin mempunyai maklumat lanjut. Anda perlu tahu apa yang telah berlaku, siapa yang terlibat, bila dan di amna ia berlaku. Namun, fikir dengan teliti sebelum menghubungi individu lain yang melakukan buli).

Pastikan juga anda mengumpul bukti yang menunjukkan perbuatan buli itu seperti menyimpan e-mel atau teks mesej dan cetak perbualan itu. 

2. Tulis Dan Ceritakan Kisah Buli Itu

Tulis semua maklumat yang anda telah pelajari. Cuba juga untuk sediakan kronologi tentang apa yang berlaku. Jika anak anda bersedia untuk membantu, bawa mereka bersama-sama sediakan kronologi tersebut.

Ceritakan juga kisah buli ini kepada orang lain seperti rakan yang dipercayai atau ahli keluarga dan minta maklum balas dan nasihat daripada mereka. Tanya pendapat mereka sama ada cerita anda jelas, adakah anda berpegang kepada fakta atau adakah anda menggunakan emosi ketika berkongsi cerita itu.

3. Semak Dasar Anti-Buli Sekolah

Semak buku panduan pelajar di sekolah anda atau laman web sekolah untuk mendapatkan Dasar Anti-Buli. Ini akan memberikan anda langkah-langkah yang perlu diambil untuk melaporkan buli.

4. Laporkan Buli Kepada Sekolah

Jika buli berlaku di dalam kelas, jumpa dengan guru kelas anak anda. Jika perlu, minta Guru Besar atau Pengetua untuk turut serta sekiranya perlu. Tetapi jika ia berlaku di luar kelas terus berjumpa dengan Guru Besar atau Pengetua sekolah.

Tanya sama da kakitangan sekolah tahu tentang buli itu dan apa tindakan selanjutnya daripada mereka. Sekiranya mereka tidak tahu, kongsi kisah buli anak anda berserta bukti yang telah anda kumpul.

Semasa perjumpaan, tanya apa tindakan yang akan diambil oleh pihak sekolah dan bila tindakan itu akan dilaksanakan. Selepas mesyuarat itu, pastikan anda ikuti perkembangan buli itu dengan menghantar tulisan yang mengandungi penerangan dalam mesyuarat sebelum itu.

5. Pantau Tindak Balas Pihak Sekolah

Anda perlu tahu, selepas melaporkan buli kepada pihak sekolah, mereka perlu melakukan penyiasatan sebelum mengambil tindakan jadi anda prosesnya akan memakan masa. Oleh itu, anda perlu minta perkembangan penyiasatan pihak sekolah dan minta mereka menghantar update bertulis tentang proses ini.

Pantau juga tindakan yang diambil oleh sekolah. Jika buli berterusan, pastikan anda catat apa-apa insiden yang baru kemudian berikan maklumat ini kepada pihak sekolah. Tanya juga apa yang anda boleh lakukan. Pada masa yang sama, pastikan anda sentiasa tunjukkan rasa prihatin kepada anak anda sepanjang masa.

6. Bawa Isu Ini Kepada Pihak Lebih Berkuasa

Jika buli masih berlaku dua minggu selepas laporan pertama dibuat, hubungi pihak berkuasa seperti Pejabat Pendidikan Daerah sama ada melalui telefon atau secara bertulis.

Berikan pihak berkuasa ini semua fakta yang telah anda kumpul termasuklah kenyataan yang anda telah melaporkan buli itu kepada pihak sekolah. Selain itu, berikan juga nama setiap individu yang anda telah hubungi dan apa yang berlaku selepas itu.

Minta pihak berkuasa untuk menghentikan pembulian itu dan simpan semua maklum balas selepas membuat laporan ini.

7. Ambil Tindakan Undang-Undang

Selepas melakukan semua tindakan di atas tetapi buli masih lagi berlaku, hubungi peguam dan ambil tindakan undang-undang.

Cari peguam yang mempunyai pengalaman dalam undang-undang pendidikan agar ia memudahkan proses. Dengan bukti yang telah anda kumpul, proses undang-undang pastinya lebih mudah.

Jangan biarkan anak anda menjadi mangsa buli secara berterusan. Ambil kisah kerana setiap apa yang berlaku semasa zaman kanak-kanak mereka, ia akan memberikan kesan kepada masa depan. Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Anak Kecil Berubah Sikap Selepas Ke Sekolah? Awas Ibu, Ini Tanda-Tanda Dia Sebenarnya Mangsa Buli

Baca juga: Elakkan Anak Pegang Pensel Cara Tak Efektif,Boleh Pengaruhi Kemahiran Menulis & Buat Mereka Rasa Down:Pakar

Baca juga: Anak Anda Pemalu? Ini Cara Berkesan Pupuk Perkembangan Sosial Mereka!

Penulis

Anis