Kuala Lumpur, 30 Mac 2023 – Peranan ibu bapa hari ini termasuk membesarkan satu generasi
kanak-kanak yang sedang membesar dengan teknologi di sekeliling mereka – di sekolah, rumah dan di
dalam poket mereka.
Golongan kanak-kanak dan remaja hari ini berada di dalam talian lebih daripada
sebelumnya dan menggunakan serta memiliki peranti pada usia yang lebih muda.
Hari ini, kami telah menganjurkan meja bulat media mengenai topik Keselamatan Dalam Talian untuk
Kanak-Kanak & Keluarga, untuk menggalakkan ibu bapa memulakan perbualan mengenai keselamatan dalam talian dengan lebih awal.
Nadia Khan, Ketua Komunikasi di Google Malaysia, berkata dalam perkongsiannya bahawa masa skrin
di Malaysia semakin meningkat.
“Tidak menghairankan, lebih daripada 70% ibu bapa telah membenarkan peningkatan masa skrin untuk
kanak-kanak semasa pandemik dengan 3 dalam 4 kanak-kanak menghabiskan purata 1-6 jam dalam
talian setiap hari.
Dan mereka beralih kepada teknologi untuk aktiviti harian seperti pembelajaran jarak
jauh, membaca buku dan mempelajari bahasa baharu. Selain itu, kanak-kanak juga terdedah kepada
skrin pada usia yang lebih muda.
Tinjauan Kanak-Kanak & Keluarga yang kami tauliahkan baru-baru ini
menunjukkan bahawa kanak-kanak berumur sepuluh tahun di Malaysia sudah mula berada dalam talian.
“Mencari keseimbangan dalam talian dan luar talian, menetapkan sempadan, dan mengadakan
perbualan tersebut adalah kritikal untuk mencipta sebuah pengalaman dalam talian yang sihat dan lebih
selamat.
Sebagai seorang ibu, saya tahu bahawa ia mungkin menakutkan, tetapi seperti yang mereka
katakan, ramai orang diperlukan untuk membesarkan seorang anak – dan itu juga sama untuk perjalanan dalam talian kanak-kanak,” kongsi Nadia.
Pada bulan Ogos tahun lepas, Google telah menerbitkan cerapan Keselamatan Kanak-Kanak & Keluarga
tentang cara ibu bapa Malaysia menguruskan penggunaan teknologi anak-anak mereka dan memastikan
mereka selamat dalam talian.
Tinjauan dalam talian itu telah dijalankan di Asia Pasifik (Malaysia, Singapura, Indonesia, Australia, India, Filipina, Thailand, Vietnam dan Jepun) dari Feb 16 ke Feb 26 tahun lepas dengan saiz sampel 4,500 ibu bapa dengan anak berumur antara 5 hingga 17 tahun.
Tinjauan tersebut mendapati bahawa ibu bapa di Malaysia menyenaraikan isu-isu ini sebagai
kebimbangan utama mereka: privasi dan keselamatan; kandungan yang tidak sesuai; serta memahami
perbezaan antara perkara sebenar dan palsu.
Seiring dengan perkembangan teknologi yang pesat, 72% daripada ibu bapa telah mencari maklumat tentang keselamatan dalam talian secara proaktif, dan ia merupakan satu tanda yang menggalakkan tentang keutamaan yang ibu bapa letakkan pada keselamatan dalam talian.
Walau bagaimanapun, 30% daripada ibu bapa yang ditinjau tidak merasakan bahawa anak mereka memiliki ilmu pengetahuan yang baik tentang isu keselamatan dalam talian.
Jurang tiga tahun ini mungkin menjadi sebab kenapa kanak-kanak tidak begitu peka tentang isu tersebut – terutamanya pada usia yang paling terdedah kepada perangkap dan tabiat yang sukar dihentikan.
“Apabila ia melibatkan kanak-kanak dan keluarga yang menggunakan platform kami, kami tahu bahawa
keselamatan mereka adalah satu keutamaan. Sebab itulah, kami telah melabur dalam pembinaan
pengalaman yang selaras dengan peringkat perkembangan dan keperluan kanak-kanak dan remaja.
YouTube Kids didatangkan penuh dengan kawalan untuk ibu bapa seperti kandungan yang diluluskan ibu bapa yang membolehkan mereka memilih sendiri setiap video dan saluran yang tersedia untuk anak mereka dalam aplikasi itu.
Terdapat juga pemasa terbina dalam untuk membantu mengehadkan masa skrin dengan memberitahu anak-anak apabila tiba masanya untuk berhenti menonton.
“Kami juga menawarkan alat yang memberi kuasa kepada keluarga untuk mengurus hubungan mereka
dengan teknologi, seperti Family Link, yang membenarkan ibu bapa untuk menetapkan peraturan asas
digital untuk membimbing anak-anak mereka semasa mereka belajar, bermain dan meneroka dalam
talian, dan buat pilihan masa skrin yang betul untuk mereka.
Ia adalah penting untuk kita mengadakan perbualan tentang keselamatan dalam talian dan menjadikan mereka celik digital untuk membantu melindungi mereka daripada perkara-perkara seperti pembulian siber dan penipuan ataupenggodaman.
Untuk membantu dengan ini, kami telah memperkenalkan Be Internet Awesome, sebuah
program untuk membantu guru dan ibu bapa mengajar keselamatan digital kepada kanak-kanak. Ia kini
boleh didapati di lebih 30 negara dan dalam pelbagai bahasa termasuk Bahasa Melayu.”
Be Internet Awesome menampilkan permainan interaktif dipanggil Interland yang membantu
kanak-kanak belajar mengenai keselamatan dalam talian dalam cara yang menyeronokkan dan menarik,
dan telah membantu jutaan kanak-kanak dalam perkara-perkara seperti menjaga tata-tertib dalam
talian, memahami laman web mana yang selamat dan bertindak balas dengan lebih yakin kepada
pembulian siber.
Meja bulat itu diteruskan dengan perkongsian oleh Jenny Lim, ibu kepada 2 anak perempuan
berumur 11 dan 7 tahun, yang berkongsi pengalaman peribadinya dalam memastikan anak-anaknya
selamat dalam talian.
Dia berkata, memandangkan kebanyakan rakan anak-anaknya mempunyai telefon
dan peranti, ia tidak adil baginya untuk melucutkan hubungan mereka dan itulah sebabnya dia
memutuskan untuk memberikan mereka peranti apabila mereka mencapai umur 10 tahun.
Namun, dia juga telah mula mendedahkan anak-anak mereka kepada peranti dengan lebih banyak baharu-baharu ini untuk tujuan pendidikan, berkomunikasi dengan kawan-kawan dan keluarga mereka, dan juga hiburan sebagai ganjaran untuk diri sendiri.
“Jika ia adalah pra-pandemik, saya tidak akan dapat menerima pembelajaran dalam talian mahupun
memberikan peranti kepada anak perempuan saya pada usia yang lebih muda, tetapi pandemik yang lalu telah mengubahnya, semata-mata kerana mereka kelihatan begitu semula jadi dalam pengendalian
peranti.
Secara peribadi, ia membantu pemahaman saya juga untuk melihat betapa mudahnya mereka
menyesuaikan diri dengan pembelajaran dalam talian.
“Sebagai contoh, Sophie, anak sulung saya, jarang membaca buku, terutamanya buku fizikal. Namun,
sebaik sahaja saya menyerahkan Kindle saya kepadanya, dia mula membaca daripadanya, dan ia
membantu mengembangkan tabiat membacanya.
Perkara itu mencetuskan kesedaran bahawa kanak-kanak hari ini berbeza dan ibu bapa tidak boleh mengharapkan anak-anak mereka pada hari ini untuk membesar seperti kita,” kongsi Jenny, yang juga merupakan Peneraju Penyelesaian Prestasi Asia Tenggara di Google.
Memetik pembulian siber sebagai kebimbangan terbesarnya, Jenny berkongsi bahawa dia akan
menetapkan had masa skrin untuk dua anak perempuannya terutama pada hari bekerja, dan
menunjukkan contoh yang baik dengan menunjukkan tingkah laku yang sesuai.
Mengenai penyemakan peranti anak-anaknya, dia berkata dia biasanya akan memberitahu mereka bahawa dia mempunyai akses kepada alat itu tetapi tidak akan menyemaknya. Jika perlu, dia hanya akan memeriksa peranti mereka di hadapan mereka.
“Semua kanak-kanak adalah berbeza. Sebagai ibu bapa, anda harus tahu tahap kematangan mereka dan
tiada pilihan yang betul atau salah tentang bila untuk beri mereka sebuah peranti. Pandemik lalu juga
telah meningkatkan pergantungan pada peranti digital, dan dengan siapa mereka bergaul. Mungkin ada
ibu bapa yang tidak mahir internet dan membiarkan sahaja anak-anak mereka terdedah kepada
teknologi.
Walau bagaimanapun, ia penting bagi mereka untuk kekal maklum dan satu cara untuk
berbuat demikian adalah untuk mereka berhubung dengan ibu bapa lain atau mencari kumpulan yang
mempunyai minat yang sama untuk mendapatkan pandangan yang berbeza.”
Semua ibu bapa mahu internet menjadi sebuah tempat di mana kanak-kanak boleh membesar, belajar,
bermain dan meneroka minat mereka dan ia tidak sepatutnya mengorbankan keselamatan dan
kesejahteraan mereka.
Apa yang penting adalah untuk menetapkan peraturan asas digital dan mengadakan perbualan ini dengan anak-anak anda. Jenny berkongsi bahawa ibu bapa harus sentiasa melibatkan anak-anak mereka dalam proses tersebut, bercakap tentang kandungan yang menarik minat mereka, dan menggunakannya sebagai peluang untuk meluangkan lebih banyak masa berkualiti
bersama.
Menjadi seorang contoh teladan yang baik juga bermakna memeriksa tabiat penggunaan
digital anda sendiri dan mesej yang mungkin dihantar kepada keluarga anda.
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!