Awas, Rotavirus Menyerang Si Kecil Anda! Ketahui Langkah untuk Mencegahnya

Rotavirus merebak dengan mudah melalui faecal oral iaitu virus merebak melalui pendedahan daripada najis ke mulut. Ia juga boleh merebak melalui sentuhan tangan, mainan kanak-kanak atau objek di persekitaran tercemar, pengambilan makanan atau minuman tercemar dan sentuhan pada permukaan tercemar. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Musim persekolahan pun dah bermula, ibu bapa juga turut kembali bekerja seperti biasa. Bagi ibu bapa yang mempunyai anak kecil seperti bayi, mereka pasti dijaga oleh penjaga atau pengasuh. Tahukah anda bahawa satu penyakit yang bernama Rotavirus ini semakin mengganas dan menyerang anak-anak anda yang bertubuh kecil ini? Anda sebagai ibu bapa  perlu mengambil langkah untuk sentiasa menjaga kebersihan mereka. 

Jika anak anda mengalami cirit birit, muntah yang berterusan, serta demam, jangan berlengah dan segera ke hospital kerana mungkin anak anda dijangkiti acute gastroenteritis (AGE) iaitu  infeksi yang terjadi pada usus atau perut yang disebabkan oleh beberapa jenis virus. Dalam hal ini, ia berpunca dari virus Rotavirus dan boleh membawa maut.

Hampir setiap kanak-kanak menjangkau usia lima tahun ke bawah mungkin pernah mengalami jangkitan virus ini dan lebih di kalangan usia tiga bulan hingga dua tahun. Jangkitan ini boleh dikenal pasti dengan pemeriksaan sampel najis.

Kepada anda yang masih tak tahu apakah simptom-simptom lain, apa kesan sampingan serta cara untuk mengatasi penyakit ini, inilah masanya untuk anda ambil tahu dengan lebih mendalam. Jom ketahui info-info ini untuk lindungi anak anda daripada menjadi mangsa. 

Apakah Simptom-Simptom Yang Dihadapi? 

Antara simptom-simptomnya adalah: 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Cirit-birit
  • Sakit perut
  • Muntah
  • Demam
  • Kelesuan

Apakah Kesan Serangan Rotavirus?

Masalah utama virus ini boleh menyebabkan pesakit mengalami dehidrasi yang teruk sehingga menyebabkan kerosakan pada organ dalaman seperti buah pinggang jika tidak dirawat dengan segera. Antara tanda-tanda dehidrasi adalah seperti:

  • Letih/lesu, 
  • Bibir dan lidah kering, 
  • Tiada air mata ketika kanak-kanak menangis, 
  • Cengkung kedua mata, 
  • Ubun-ubun mencengkung ke dalam (pada bayi kecil) 
  • Kekurangan air kencing.

Bagaimana Cara Penyebaran Rotavirus?

Kredit: Shutterstock

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Rotavirus ini boleh merebak dengan mudah melalui faecal oral iaitu virus merebak melalui pendedahan daripada najis ke mulut.

Ia juga boleh merebak melalui sentuhan tangan, mainan kanak-kanak atau objek di persekitaran tercemar, pengambilan makanan atau minuman tercemar dan sentuhan pada permukaan tercemar. 

Bagi anda yang mengendalikan lampin bayi, anda perlu mencuci tangan dengan bersih selepas menukarnya. Anda juga perlu pastikan persekitaran dan mainan kanak-kanak seentiasa dalam keadaan bersih.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apa Langkah Untuk Mengatasi Virus Ini?

Menurut Pakar Perunding Pediatrik Kardiologi, jangkitan rotavirus ini sukar dibasmi sepenuhnya kerana mudah merebak. Jadi, sebagai cara untuk mengatasi masalah virus ini dari terus merebak, ibu bapa dinasihatkan agar minum air yang telah dimasak, mencuci tangan dengan betul setelah melakukan apa-apa aktiviti sebelum menyentuh makanan atau memegang bayi.

Bagi kanak-kanak yang dihantar ke pusat jagaan harian, mereka terdedah dengani risiko tinggi untuk mendapat rotavirus ini. Oleh itu, cara paling berkesan untuk mencegahnya  ialah dengan suntikan vaksin rotavirus diberikan kepada kanak-kanak di bawah usia dua bulan hingga lapan bulan.

Sentiasa bersedia dengan menyimpan Oral Rehidration Salt (ORS) di rumah sebagai langkah keselamatan jika lokasi rumah anda jauh dari klinik dan hospital. Ini kerana, air garam ini berfungsi sebagai  pengganti cecair yang telah hilang dari dalam badan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Namun, ibu bapa tidak digalakkan untuk memberi ORS ini dalam kuantiti yang banyak pada satu masa pada anak, sebaliknya diberi sedikit-sedikit sehingga habis. 

Semoga perkongsian ini bermanfaat dan melindungi anak-anak anda daripada penyakit ini.

Artikel diterbitkan semula dengan kebenaran daripada Kiddocare

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Anak Sakit Perut? Ini Puncanya Dan Cara Hilangkan Sakit Perut Kanak-kanak Yang Ibu Ayah Boleh Lakukan

Baca  juga: Ubat Demam Budak Ini Patut Ada Bekalan Stok Di Rumah, Ibu Ayah Boleh Dapatkan Untuk Membantu Melegakan Demam Anak Kala Musim Influenza Menjadi-jadi Ini

Baca juga: Jangkitan Rotavirus Boleh Tersebar Bukan Saja Dari Air, Tapi Juga Dari Makanan!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

kiddocare