Ibu Jangan Cepat Panik Bila Anak Keracunan Makanan, Ini Cara Merawatnya Di Rumah

undefined

Keracunan makanan boleh terjadi disebabkan oleh cara penyediaan yang salah atau mengabaikan aspek kebersihan sehingga berlakunya jangkitan kuman

Pernah tak anda terfikir, anak anda terdedah kepada keracunan makanan? Terutama bila dia mengambil makanan yang pelbagai tanpa pengetahuan ibu bapanya. Keracunan makanan juga boleh berlaku kepada anak walaupun anda sendiri yang memasak makanan tersebut. Terkejut dan tak sangka, kan?

Ingatkan bila masak sendiri dapat hindarkan anak terkena keracunan makanan. Tapi sangkaan itu meleset sama sekali. Sebab itu, parents harus lengkapkan diri tentang pengetahuan penjagaan makanan anak ini supaya masalah ini dapat dielakkan.

Baca juga: Awas Keracunan Makanan Akibat Telur, Elak Membasuhnya Awal Jika Belum Ingin Memasak

Masalah keracunan makanan

keracunan makanan, keracunan, kuman dalam makanan, sakit perut, anak keracunan makanan, bayi keracunan makanan, keracunan makanan pada kanak-kanak, keracunan pada anak, anak keracunan, keracunan makanan dalam makanan anak

Kredit: Friso

Keracunan makanan terjadi apabila terdapatnya kuman hidup yang membiak dalam makanan yang telah rosak. Dalam kes tertentu, kuman boleh hidup dalam makanan yang kurang masak, tidak ditapis atau tidak disimpan dalam peti sejuk dengan betul. 

Antara kuman yang menyebabkan masalah ini adalah seperti Campylobacter, Staphylococcus, Salmonella, dan Escherichia coli.

Selain itu, virus, parasit atau toksin juga boleh menjadi salah satu punca keracunan makanan. Ia adalah sejenis radang perut dan usus yang boleh menyerang sesiapa pun termasuklah bayi, kanak-kanak mahupun orang dewasa. 

Simptom berlakunya keracunan makanan  

Biasanya, tanda-tanda ini akan muncul selepas pesakit ambil makanan yang tercemar iaitu : 

  • Loya
  • Muntah 
  • Kekejangan perut 
  • Kentut
  • Ciri-birit
  • Sakit kepala
  • Demam
  • Mangsa akan tunjukkan tanda dehidrasi.
  • Mengambil masa dalam 24 hingga 48 jam untuk pulih. 

Cara merawat anak di rumah

Kebiasaannya, mereka yang mengalami keracunan tidak terlalu serius jadi anda boleh merawat sendiri dirumah seperti arahan di bawah ini: 

  • Sekiranya demam, makan ubat acetaminofen 
  • Pastikan anak hidrasi dengan baik (banyakan minum air kosong) 
  • Bagi anak makan larutan Oral Rehydration Salt (ORS) seperti ceralyte, oralyte dan pedialyte supaya dapat gantikan nutrien yang hilang kerana muntah dan cirit birit. 
  • Hindari anak ambil sebarang produk tenusu selama dua hingga tiga hari kerana ia boleh memburukkan cirit birit dan muntah. 
  • Walaupun anak elak makan, jangan henti pengambilan makanan selama 24 jam. 
  • Dapatkan rawatan segera dan berjumpa doktor jika simptom yang ditunjukkan lebih teruk. 

Tanda-tanda keracunan makanan semakin teruk

keracunan makanan, keracunan, kuman dalam makanan, sakit perut, anak keracunan makanan, bayi keracunan makanan, keracunan makanan pada kanak-kanak, keracunan pada anak, anak keracunan, keracunan makanan dalam makanan anak

Kredit: Hello Sehat

  • Menunjukkan tanda neurologi seperti kaku 
  • Demam melebihi 38 darjah dan tak dapat diredakan dengan acetaminophen. 
  • Darah dalam najis 
  • Cirit birit dan muntah secara berterusan 
  • Anak alami sakit di bahagian abdomen yang teruk dan tidak boleh mengambil sebarang cecair setiap 30 minit.
  • Anak elak minum hingga menyebabkan pengeluaran urin sedikit sekaligus dahaga melampau. 

Jika anak anda alami tanda-tanda yang disebutkan, segeralah bawa berjumpa doktor supaya dapat mengenal pasti organisma yang menjadi punca. Mungkin antibiotik akan diberikan jika ia disebabkan bakteria. 

Namun, kebanyakan penyakit berpunca dari makanan adalah bergantung kepada diri sendiri dan doktor tidak akan memberikan antibiotik.

Sebaliknya dia akan membiarkannya sembuh sendiri selepas beberapa hari. Selain, doktor juga akan menetapkan antiemetik untuk kurangkan muntah. 

Cara mencegah diri dan anak dari masalah ini

keracunan makanan, keracunan, kuman dalam makanan, sakit perut, anak keracunan makanan, bayi keracunan makanan, keracunan makanan pada kanak-kanak, keracunan pada anak, anak keracunan, keracunan makanan dalam makanan anak

Kredit: Mstar

  • Biasakan keluarga anda untuk selalu mencuci tangan, terutama setelah buang air, sebelum makandan setelah menyentuh makanan mentah. Gunakan sabun dan cuci tangan selama 15 saat.
  • Bersihkan semua peralatan memasak yang anda gunakan dengan sabun dan air bersih.
  • Cuci semua sayur dan buah-buahan hingga bersih.
  • Pisahkan makanan mentah (ayam, daging, dan makanan laut) dari jenis makanan lain.
  • Masak bahan daging dengan suhu yang cukup. Untuk daging lembu, paling kurang 71 darjah Celsius. Untuk ayam pula, setidaknya 74 darjah Celsius.
  • Masak telur ayam sehingga ia benar-benar masak. 
  • Masukkan lebihan makanan ke dalam bekas bertutup rawat dan simpan di dalam peti sejuk. 
  • Jika makanan sudah terlalu lama, berubah rasa dan bau, anda dinasihatkan untuk membuangnya.
  • Jika sedang hamil, hindari makan daging atau seafood yang mentah atau setengah masak.
  • Jangan minum air paip atau sungai yang belum dimasak.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Artikel ini merupakan sumbangan daripada Hello Doktor untuk diterbitkan semula oleh theAsianparent Malaysia atas keizinan.

Baca juga: 4 Jenis Sakit Anak Yang Tidak Boleh Diabaikan, Jangan Sampai Menyesal Di Kemudian Hari

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!