X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Kerap Rasa Sakit Kepala Sebelah Kiri, Ini Penyebab & Cara Untuk Merawatnya Di Rumah

4 min bacaan
Kerap Rasa Sakit Kepala Sebelah Kiri, Ini Penyebab & Cara Untuk Merawatnya Di Rumah

Sakit kepala sebelah kiri boleh menjejaskan prestasi seseorang sehingga tidak mampu melakukan sebarang pekerjaan. Ini punca dan cara merawatnya di rumah!

Sakit kepala sebelah kiri boleh terjadi disebabkan oleh pelbagai faktor. Jika tidak serius, anda tidak perlu risau kerana ia boleh pulih hanya dalam masa beberapa jam sahaja setelah berehat atau mengambil ubat.

Walau bagaimanapun sekiranya rasa sakit yang menyerang agak teruk dan berpanjangan, kami menasihati anda untuk segera mendapatkan rawatan di klinik berdekatan.

Baca juga: Peritnya Sakit Migrain Ketika Hamil, Bolehkah Ibu Mengandung Ambil Ubat Panadol? 

Penyebab terjadinya sakit kepala sebelah kiri

sakit kepala kiri

credit to sources

Ketika seseorang berdepan masalah sakit kepala sebelah kiri, ia sekaligus menganggu aktiviti seharian sehingga membuatkan anda rasa kurang selesa dan tidak dapat memberi fokus dengan baik.

Antara penyebab keadaan ini terjadi ialah:

  • Kurang rehat atau tidur yang tidak cukup
  • Lambat makan
  • Terlalu tertekan dengan masalah peribadi atau di tempat kerja
  • Minum alkohol dengan banyak

Bukan itu sahaja, makanan yang mengandungi bahan pengawet dan kekacang turut berpotensi menjadi penyebab masalah sakit kepala sebelah kiri. Beberapa keadaan lain yang memicu rasa sakit kepala ialah:

#1. Tekanan darah tinggi

Biarpun tidak memiliki gejala fizikal yang khas, masalah tekanan darah tinggi boleh menimbulkan ketegangan pada bahagian leher sehingga mengakibatkan sakit kepala.

#2. Gangguan pada sistem saraf

Gangguan ini terjadi pada saraf trigeminus, ia berfungsi bagi menghantar sebarang isyarat atau rangsangan dari bahagian wajah menuju ke otak. Trigeminal neuralgia umumnya dirasai dengan rasa sakit pada satu sisi wajah sehingga memicu sakit kepala kiri.

#3. Alahan dan jangkitan

cara mengatasi sakit kepala sebelah kiri

credit to sources

Jangkitan pada saluran pernafasan seperti selesema, disertai dengan demam biasanya turut menyebabkan rasa sakit kepala sebelah kiri. Manakala jika anda mengalami alahan, ia menyebabkan saluran dan rongga pernafasan menjadi semakin sempit sehingga sakit kepala.

#4. Stroke

Sakit kepala yang berlaku secara tiba-tiba dan serius mungkin menjadi petanda awal serangan stroke. Justeru, sentiasa berwaspada bila mengalami masalah ini dan segera berjumpa doktor, terutamanya bila ia diiringi dengan rasa separuh badan mula lemah.

#5. Gegaran otak dan ketumbuhan

Gegaran otak biasanya berlaku akibat terjatuh atau terhantuk objek keras sehingga mengakibatkan kecederaan. Sesetengah individu mengakui berasa sakit kepala sebelah kiri yang agak lama.

Selain itu, ketumbuhan otak berlaku kerana adanya sel abnormal di dalam kepala. Sebab itulah pesakit akan mengalami sakit yang agak teruk, datang dengan tiba-tiba, disertai gejala lain seperti hilang penglihatan, sukar berjalan dan kekejangan.

Tips hilangkan rasa sakit kepala tanpa perlu mengambil ubat

Anda mungkin tidak mahu terlalu bergantung setiap kali diserang sakit kepala, kan? Justeru cubalah beberapa petua bagi meredakan masalah ini:

#1. Letak pek ais

penyebab sakit kepala

credit to sources

Letakkan benda sejuk seperti pek ais di bahagian kepala. Ini akan membuatkan anda berasa kebas atau numb. Jika tiada, anda boleh sahaja menggunakan beberapa ketul ais yang dibeli di kedai dengan tuala kecil.

Kemudian, pegang dan letakkan di kepala untuk tempoh beberapa minit.

Stories Rakan Kongsi
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca

#2. Rendam kaki dalam air panas

Selain itu, cara untuk menghilangkan sakit kepala adalah dengan rendam kaki ke dalam bekas berisi air panas. Ia boleh mengalirkan darah ke bahagian bawah badan serta mengurangkan tekanan yang berkumpul di kepala anda.

Lakukan rawatan ini selama 30 minit, anda akan mula merasakan kelegaan dari sakit berpanjangan.

#3. Kurangkan terdedah pada cahaya

Cahaya yang terlalu terang atau lampu boleh membuatkan sakit kepala menjadi lebih teruk. Justeru, jauhkan diri anda buat seketika dengan duduk di dalam bilik yang sunyi dan gelap.

Jika anda bekerja di luar pejabat, pastikan memakai cermin mata hitam yang bersesuaian. Selain itu, terlalu lama berada di depan skrin komputer turut menjadi penyebab sakit kepala berlaku. Justeru, laraskan pencahayaan skrin agar tidak terlalu cerah dan memberi tekanan kepada bahagian mata.

#4. Perahan limau kasturi

Ini adalah petua orang dulu-dulu. Caranya adalah dengan perah buah limau kasturi di atas kepala dan ramaskan pada rambut sambil memicit bahagian kepala yang sakit.

Kulit limau jangan dibuang. Masukkan ke dalam mangkuk yang berisi air bersih. Selepas siap ramas dan picit, jiruskan air ke atas kepala dan seluruh badan.

#5. Rehatkan diri

Apabila sakit kepala menyerang, kami menyarankan anda untuk berehat seketika di tempat yang sesuai. Baring dengan bahagian kaki lebih tinggi dari kedudukan kepala.

Jauhkan diri dari sebarang bunyi bising bagi mengurangkan rasa sakit.

Sumber: alodokter, Free Malaysia Today

foto: google images

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Percaya Atau Tidak, Isteri Lebih Sakit Kepala & Stres Layan Karenah Suami Berbanding Anak-Anak

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Kerap Rasa Sakit Kepala Sebelah Kiri, Ini Penyebab & Cara Untuk Merawatnya Di Rumah
Kongsikan:
  • Cara Urutan Sakit Kepala Untuk Ibu Hamil Tanpa Perlu Makan Panadol

    Cara Urutan Sakit Kepala Untuk Ibu Hamil Tanpa Perlu Makan Panadol

  • Kerap Sakit Kepala Sebelah Kanan, Ini Penyebab Ia Terjadi & Petua Bagi Mengatasinya!

    Kerap Sakit Kepala Sebelah Kanan, Ini Penyebab Ia Terjadi & Petua Bagi Mengatasinya!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Cara Urutan Sakit Kepala Untuk Ibu Hamil Tanpa Perlu Makan Panadol

    Cara Urutan Sakit Kepala Untuk Ibu Hamil Tanpa Perlu Makan Panadol

  • Kerap Sakit Kepala Sebelah Kanan, Ini Penyebab Ia Terjadi & Petua Bagi Mengatasinya!

    Kerap Sakit Kepala Sebelah Kanan, Ini Penyebab Ia Terjadi & Petua Bagi Mengatasinya!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.