Hati ibu mana yang tidak susah hati apabila melihat anaknya yang dahulu ceria kini sentiasa berada dalam ketakutan selepas mengalami trauma sehingga anak kerap tutup telinga dan mengamuk.
Isi Kandungan
Anak Kerap Tutup Telinga & Mengamuk, Takut Dengar Bunyi Bising
Menerusi perkongsian seorang ibu di TikTok, @tashaintan_ memperlihatkan anak perempuannya, Mikayla mula kerap menutup telinga selepas menyaksikan pertunjukan udara anjuran Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada bulan Jun yang lalu.
Malah, kata ibu Mikayla sebelum kejadian itu, Mikayla tidak menunjukkan sebarang kelakuan pelik. Namun, pada hari pertunjukan tersebut, Mikayla tiba-tiba menangis dan menutup telinganya, seolah-olah ketakutan.
“Abangnya happy tapi adik menangis tak henti sampai kami terpaksa balik awal. Masa ni pun saya tak fikir apa-apa.
Normal anak nangis takut bunyi jet. Kita yang tua pun tutup telinga, sebab semua budak kat situ nangis terkejut.”
Sejak hari itu, Mikayla sering menutup telinganya setiap kali berada di luar. Risau dengan perubahan ini, ibunya membawa Mikayla ke klinik untuk pemeriksaan.
Doktor mengesahkan bahawa Mikayla adalah normal dan tidak menunjukkan tanda-tanda autisme.
Dia juga dinasihatkan supaya menghalang anak daripada menutup telinga dan menjelaskan bahawa tiada apa-apa yang berbahaya berlaku.
Semakin Hari Semakin Teruk, Badan Susut Hilang Selera Makan
@tashaintan_ Membalas kepada @𝐇𝐈𝐒 𝐩𝐫𝐢𝐧𝐜𝐞𝐬𝐬 ✞ ♬ Seruling Kalonaho – vmozjr
Kata Tasha Intan, “semakin hari, semakin teruk kat rumah. Asyik nangis takut angin, bunyi hujan dan bunyi kapal terbang lalu walaupun slow je.
Kitorang larang tutup telinga lagi mengamuk. Hari-hari dia akan mengamuk bila nampak angin.
“Masa ni abang dia main kat luar, dia takut, suruh masuk tutup pintu dan tingkap. Sampai badan susut, tak selera susu, makan..”
Melihat keadaan itu berpanjangan, ibu Mikayla cuba mendapatkan rawatan secara Islam. Alhamdulillah, selepas seminggu mengamalkan air tawar, terdapat sedikit perubahan positif pada Mikayla.
“Panggil ustaz datang rumah untuk pulihkan semangat dia. Alhamdulillah lepas 1 minggu amal air tawar ustaz, dah nampak sikit perubahan.
13 Ogos 2024, dia makin ok.. tak mengamuk, dah boleh main kat luar.. cuma jet lalu je dia tutup telinga.”
Dalam pada itu, ibu ini turut berharap kisah yang dikongsikan menjadi pengajaran kepada ibu bapa yang lain.
Semoga Mikayla cepat sembuh!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Hentikan Trend Sengaja Takut-Takutkan Anak, Ia Meninggalkan Kesan Trauma Sepanjang Hidup Mereka
Baca juga: Tingkah Laku Anak Berubah Mungkin Disebabkan Gangguan Mental, Ibu Sila Alert Masalah Ini!
Baca juga: Anak Jatuh Tersembam Hingga Lidah Terbelah & Kena Jahit, Ibu Trauma Tragedi Dekat Gelongsor