Siapa yang ada anak yang lahir bulan April? Setiap anak punya personaliti dan karakter yang berbeza. Tapi anda tahu tak yang bulan kelahiran juga mempengaruhi karakter anak anda? Kalau tak percaya, jom baca fakta unik anak lahir bulan April ini dan bandingkan dengan anak anda.
Pasti ada antara fakta-fakta unik tersebut yang “kena” dengan anak, kan?
9 fakta unik anak lahir bulan April
1. Memiliki semangat yang tinggi
Anak yang lahir bulan April tidak suka melakukan kerja separuh jalan. Dia mempunyai semangat yang tinggi untuk menyiapkan segala pekerjaan dan tanggungjawabnya.
2. Berani menghadapi cabaran
Anak lahir bulan April juga sangat keras kepala. Dia akan cuba mendapatkan apa yang diinginkannya.
Oleh itu, dia tidak takut untuk menghadapi cabaran atau halangan.
3. Penuh rasa ingin tahu
Bayi lahir bulan April memiliki rasa ingin tahu yang sangat tinggi. Ini membuatkan dia boleh mencapai apa yang diimpikannya.
4. Bertenaga sentiasa!
Jangan pelik jika anak anda yang lahir bulan ini susah nak duduk diam. Ini kerana dia mempunyai stamina yang tinggi hingga membuatkannya lebih bertenaga. Dia mempunyai bakat untuk menjadi atlit.
Oleh sebab bertenaga sangat, ha ibu ibu pun kena ready lah nak kawal anak yang tak mahu duduk diam ini!
5. Bijak menarik perhatian orang lain
Jika anda perhati yang anak anda mendapat perhatian apabila pergi ke tempat awam, ini adalah kerana anak anda mempunyai personaliti yang dinamik dan mudah bergaul.
Jadi orang lain amat tertarik padanya. Itulah antara keistimewaan anak yang lahir bulan 4 ini!
6. Suka eksperimental
Bayi yang lahir di bulan April ini juga amat sukakan cabaran. Dia mudah merasa bosan dan suka melakukan perkara yang baru untuk menghilangkan rasa bosannya.
7. Sangat memahami
Dia tidak hanya sensitif dengan perasaannya sendiri, namun dia juga peka dengan perasaan orang lain. Dia merupakan seorang yang memahami dan menjadi tempat mengadu rakan-rakannya.
8. Sangat menghargai persahabatan
Anak lahir April ini tidak boleh hidup tanpa sahabat! Oleh sebab itu, mereka lebih menghargai persahabatan. Mereka juga sering memilih sahabat dari keluarga.
9. Perangai tidak sabar
Salah satu karakter anak lahir bulan April ini adalah tidak sabar. Ini kerana mereka yakin dengan pengetahuan mereka tentang perkara yang mereka ingin lakukan.
Mereka malas untuk menunggu orang atau menerangkan sesuatu jadi mereka lebih suka buat sendiri.
***
Macam mana? Anak anda ada yang sama dengan karakter di atas?
Sumber: theAsianparent Indonesia
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
https://my.theasianparent.comfakta-badan-perempuan