X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

4 Cara Untuk Kawal Stress Apabila Ada Anak Yang Sangat Hiper

3 min bacaan
4 Cara Untuk Kawal Stress Apabila Ada Anak Yang Sangat Hiper

Penting untuk ibu bapa tahu cara kendali stress akibat tugas menjaga anak yang hiper dan buat perangai demi memberi yang terbaik.

Ibu bapa stress kerana anak hiper

Tugas menjaga anak adalah tugas yang paling stress di dunia, terutamanya apabila mempunyai anak yang sangat hiper, nakal dan suka buat perangai.

Oleh itu, ibu bapa perlu tahu cara untuk mengendali tekanan yang dihadapi supaya ia tidak menghalang kita dari melakukan apa yang terbaik.

stress anak hiper

Kenapa ibu bapa rasa stress?

Apabila perlu menampung tanggungjawab keluarga, mengimbangi kerjaya, keluarga dan anak, serta sibuk mencari duit, ibu bapa mana yang tidak rasa stress?

Ibu bapa akan sering diserang tekanan hidup dari semua arah, merasa badan sentiasa dalam keadaan tegang.

Kadang-kadang tekanan ini tidak hilang kerana ibu bapa tidak mempunyai masa untuk rehat dan bertenang.

Lama-kelamaan, tekanan itu akan bertambah sehingga menyebabkan masalah tidur kerana selalu runsing dan risau setiap malam.

Apabila badan tidak cukup tidur, fokus anda semasa melakukan sesuatu akan merosot, dan ini akan mempengaruhi cara anda bekerja serta tugas anda sebagai ibu bapa.

stress anak hiper

Ibu bapa mana yang tidak stress, terutamanya jika anak terlalu hiper?

Bagaimana ibu bapa boleh kendali stress yang dihadapi?

Ibu bapa perlu menguruskan tekanan dan tugas yang belum siap dengan perlahan-lahan.

Jangan berkerja terlalu kuat sehingga memberi kesan yang buruk kepada diri sendiri dan jangan segan untuk meminta pertolongan apabila anda memerlukan. 

Cabaran ibu bapa yang ada anak dengan ADHD adalah sangat besar kerana anak mereka terlalu hiper dan susah untuk bertenang.

Ibu bapa boleh mendapatkan bantuan dari pembantu atau pengasuh yang pandai menjaga anak dengan ADHD. Mereka boleh mengambil alih perhatian anak apabila anda memerlukan masa untuk bertenang.

Di samping itu, ada juga beberapa senaman yang anda boleh lakukan untuk menenangkan diri.

Di bawah adalah contoh senaman yang boleh dilakukan apabila anda rasa tertekan atau ingin masa bersendirian:

1. Latihan relaksasi progresif

  1. Mula dengan menegangkan otot di kaki anda
  2. Lepaskan tegangan otot kaki dengan perlahan-lahan
  3. Jangan rehatkan seluruh tubuh badan anda pada masa yang sama. Lakukannya dengan perlahan-lahan dan secara beransur-ansur.
  4. Seterusnya, tegangkan otot paha dan pinggul anda. Ketatkan kedua-dua otot ini sekuat mungkin, kemudian lepaskannya secara beransur-ansur.
  5. Ulang latihan ini dengan otot lengan dan bahu. Kemudian bahagian dada anda.

Kaedah ini, dipanggil latihan relaksasi progresif. Ia boleh menenangkan otot dan badan dengan perlahan-lahan sehingga badan dalam keadaan rehat.

2. Latihan pernafasan

4 Cara Untuk Kawal Stress Apabila Ada Anak Yang Sangat Hiper

Sumber: Flickr | Jasmine Kaloudis

Apabila melakukan latihan pernafasan dengan menarik nafas yang panjang, ini boleh membantu menenangkan sistem saraf, meningkatkan tumpuan serta melegakan stress.

Oksigen terlibat dalam setiap proses utama badan, dan ia boleh membantu anda berehat.

  1. Letakkan tangan di atas perut di bawah tulang rusuk
  2. Tarik nafas yang panjang. Anda sepatutnya merasakan perut mengembang dan mengecut.
  3. Ulang sehingga badan anda rasa tenang dan pastikan ia dilakukan dengan perlahan dan konsisten.

3. Lakukan aktiviti kesukaan anda

Jika boleh, luangkan sedikit masa untuk melakukan hobi atau aktiviti kesukaan anda.

Melibatkan diri dengan aktiviti kegemaran boleh membantu mengurangkan tahap stress, dan menenangkan anda.

4. Rehat

Tidur sekejap, walaupun hanya untuk beberapa minit boleh mengurangkan tahap tekanan anda. Apabila dalam keadaan rehat, badan boleh pulih, dan kembali tenang apabila tertekan.

Sumber: childdevelopmentinfo.com dan livescience.com

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Seorang Ibu Mati Setelah Bekerja 12 jam Sehari

Stories Rakan Kongsi
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Rosanna Chio

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • 4 Cara Untuk Kawal Stress Apabila Ada Anak Yang Sangat Hiper
Kongsikan:
  • Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

    Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

  • Apa Itu Cerebral Palsy: Ini Penyebab, Gejala & Faktor Risiko

    Apa Itu Cerebral Palsy: Ini Penyebab, Gejala & Faktor Risiko

  • Daun Salam (Bay Leaf): Kegunaan Dan Khasiat Baik Untuk Pencernaan

    Daun Salam (Bay Leaf): Kegunaan Dan Khasiat Baik Untuk Pencernaan

  • Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

    Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

  • Apa Itu Cerebral Palsy: Ini Penyebab, Gejala & Faktor Risiko

    Apa Itu Cerebral Palsy: Ini Penyebab, Gejala & Faktor Risiko

  • Daun Salam (Bay Leaf): Kegunaan Dan Khasiat Baik Untuk Pencernaan

    Daun Salam (Bay Leaf): Kegunaan Dan Khasiat Baik Untuk Pencernaan

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham