Anak Speech Delay Bukan Berpunca Dari Masalah Autisme, Ini Info Penting Anda Patut Tahu!

Maksud speech delay atau lambat bercakap adalah masalah kerap berlaku pada kanak-kanak hari ini. Namun adakah ia sama dengan autisme?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut statistik sehingga 30 Jun 2022, seramai 24,748 pesakit autisme terdiri daripada golongan kanak-kanak berusia bawah umur 12 tahun. Meskipun ia menunjukkan peningkatan, masih ramai tiada kesedaran mengenai masalah ini sehingga tersalah faham maksud speech delay dengan autisme.

Memandangkan salah satu ciri utama gangguan autisme adalah kegagalan berinteraksi (walaupun selepas mencapai peringkat usia tertentu), maka timbullah mitos yang mengatakan masalah lambat bercakap ini berpunca oleh autisme.

Maksud speech delay tidak berkait dengan autisme

Hasil kajian yang dilakukan oleh Psychology Today membuktikan hampir 70% dengan masalah anak lambat bercakap tidak memiliki autisme!

Maksud speech delay ialah masalah perkembangan anak tidak boleh bercakap atau bertutur apabila mereka sudah berumur dua tahun. Ia merupakan masalah biasa dalam kalangan kanak-kanak kecil malah masalah ini dialami oleh 10% kanak-kanak prasekolah.

Dalam hal ini ibu ayah perlulah memerhatikan tingkah laku yang ditunjukkan oleh si manja mengikut usia mereka. Segera dapatkan nasihat doktor sekiranya mereka:

#1. Umur 12 bulan

Speech delay maksud dan ciri pada anak berusia 12 bulan ialah tidak mahir menggunakan pergerakan tubuh untuk menunjuk sesuatu atau melambai.

#2. Umur 18 bulan

  • Anak lebih gemar menggunakan gerak tubuh berbanding menggunakan suara atau bercakap
  • Anak tidak boleh meniru bunyi dan tidak faham arahan mudah seperti “Makan” atau “Amm”, “Susu” untuk minum susu

#3. Umur 2 tahun

  • Hanya boleh meniru bunyi atau tidak berupaya bercakap sendiri secara spontan.
  • Anak mengulang bunyi yang sama sahaja seperti “aaa”
  • Speech delay maksud pada anak 2 tahun: Tidak boleh menggunakan apa-apa perkataan untuk memberitahu jika mereka inginkan sesuatu
  • Tidak boleh mengikut arahan mudah
  • Mempunyai suara yang meragukan (suara serak atau bunyi lelah)

Punca anak lambat bercakap

Dr Kenneth Looi Chia Chuin telah menyenaraikan beberapa faktor yang menyebabkan anak lambat bercakap. Antaranya:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Pendedahan kepada perantin secara melampau. Ia adalah satu kesilapan yang biasa dilakukan oleh ibu ayah pada anak berusia 18 bulan ke bawah bagi mengelakkan anak menganggu mereka ketika bekerja
  2. Sikap ibu ayah yang menganggap anak tidak boleh bercakap adalah sesuatu yang normal meskipun perkembangannya tidak seiring dengan usia
  3. Faktor keturunan. Ada ahli keluarga yang pernah berdepan masalah lambat bercakap atau gangguan komunikasi atau mengalami sindrom perkembangan seperti gangguan spektrum autisme (ASD) atau Sindrom Down
  4. Masalah perkembangan mulut seperti sumbing bibir, lelangit rekah atau kecacatan bibir
  5. Anak lambat bercakap disebabkan oleh kurang perhatian daripada ibu ayah

Cara ajar anak bercakap mengikut pakar

Menurut seorang ibu Nabilla Nasir, dia berkongsi cara ajar anak bercakap dan tahu makna disebalik perkataan yang disebut.

Harini saya nak share cara ajar anak bercakap yang dikongsi pakar HTJ untuk galakkan anak 1-2 tahun bercakap perkataan yang bermakna seperti, makan, susu, mandi.

Ikut carta perkembangan, anak umur 1-2 tahun perlu cakap sekurang-kurangnya 10 perkataan bermakna. Kalau kurang dari 10, sudah dikira masalah speech delay.

#1. Bila anak meminta sesuatu dengan menarik tangan kita, tanya kembali dia nak apa

Walaupun kita dah tahu apa yang dia mahu. Waktu ini anak akan merengek dan menangis. Jadi ibu ayah kena lebih bersabar dan jangan cepat berputus asa.

Fasa ini akan jadi sedikit memenatkan. Kita tanya sebab nak galakkan dia bercakap. Ada masa anak tak berapa nak respon. Namun tidak mengapa, teruskan sahaja.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Contoh situasi:

Ibu sebut: Kakak nak apa? Nak biskut ke? Ohhh ini biskut. BISSSSKUTT. BISSSSKUTT. Kakak makan biskut. Sedapnya biskut ni.

Cara ajar anak bercakap adalah dengan sebut berulang-ulang. Kalau anak dapat tangkap perkataan yang kita sebut dan dia sebut semula pelat, tidak mengapa.

Umur 1-3 tahun memang kanak-kanak bercakap pelat. Normal. Jangan risau. Nanti masuk umur 4 tahun, sebutan dia dah jelas.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Manakala umur 1-2 tahun pula, ibu ayah kena fokus pada anak tahu cakap perkataan yang bermakna.

#2. Galakkan anak bermain dengan kanak-kanak lain

Walaupun kedengaran mereka bercakap bahasa alien yang kita tak faham. Itu petanda bagus. Sebab anak cuba nak berkomunikasi.

Bahasa alien kanak-kanak ni kita panggil jargon. Permulaan kepada komunikasi anak-anak adalah bahasa alien inilah.

#3. Cakap sedikit kuat dengan anak

Ibarat suara cikgu di dalam kelas. Sebut perkataan jangan laju, perlahan-lahan sahaja.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#4. Teman anak ketika dia bermain

Waktu inilah ibu ayah kebanyakkannya bercakap dengan si manja. Walaupun tiada respon, teruskan bercakap.

#5. Kurangkan gajet

Kalau dia tengok televisyen, ibu ayah join sekali menyanyi dan menari hora horey. Tak bolehlah nak harap cikgu taska sahaja berjoget untuk anak kita kan?

#6. Galakkan anak buat aktiviti meniup

Tiup belon, buih sabun, wisel atau lilin. Tiuplah mana yang boleh ditiup. Ini boleh dijadikan sebagai latihan mulut anak.

Petua anak lambat bercakap mengikut Ustaz Harun Din

Selain mencuba beberapa tips yang kami kongsikan di atas, ibu ayah juga boleh amalkan petua anak lambat bercakap oleh Ustaz Harun Din.

Difahamkan petua anak lambat bercakap ini telah membantu ramai kanak-kanak berkomunikasi dengan cepat. Caranya juga sangat mudah untuk diamalkan iaitu:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Ambil dua sudu madu asli. Masukkannya ke dalam bekas bertutup.
  2. Letakkan madu di hadapan anda dengan keadaan penutup terbuka.
  3. Bacakan surah Al-Fatihah satu kali.
  4. Bacakan surah An-Nisa ayat 164 sekali.
  5. Ambil sedikit madu tadi dan sapukan ke bawah lidah anak anda setiap pagi.
  6. Simpan madu yang telah dibacakan tadi, dan gunakan sedikit demi sedikit.
  7. Ulang dengan konsisten setiap hari sebagai salah satu ikhtiar untuk memudahkan anak anda cepat bercakap. Dengan izin Allah, ia berkesan.

Doa anak cepat bercakap

Ada beberapa doa anak lambat bercakap yang boleh ibu ayah amalkan setiap hari sebagai ikhtiar di rumah.

#1. Doa anak cepat bercakap: Surah Taha, ayat 25-28

Rabbi syrahli sodri wa yassirli amri wahlul u’qdatan min lisaani yafqahuqauli.

Maksudnya:

Wahai Rabbku, lapangkanlah bagiku dadaku, dan mudahkanlah bagiku tugasku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, supaya mereka faham perkataanku. (Surah Taha, ayat 25-28)

#2. Surah An-Nisa’, ayat 164

Maksudnya:

Dan Allah telah berkata-kata kepada Nabi Musa dengan kata-kata (secara langsung, tidak ada perantaraan)

Mengenali ciri ciri anak autisme 

Disebabkan oleh ada yang percaya bahawa masalah lambat bercakap ini disebabkan oleh autism, mari kita mengenal lebih mendalam tentang ciri ciri autisme pada anak daripada percaya sebarang mitos pelik!

Menurut Portal Rasmi MyHEALTH, autisme berasal daripada perkataan Greek iaitu autos yang bermaksud sendiri. Maka dalam konteks gangguan ini, pesakit akan lebih cenderung ‘menyendiri’ dalam dunia mereka.

Dari sudut perubatan, simptom autism ialah keadaan di mana interaksi sosial seseorang terganggu akibat masalah kemahiran berkomunikasi, tingkah laku tidak wajar yang berulangan, pemencilan diri serta mempunyai keinginan terhad terhadap sesuatu benda.

Ciri ciri anak autisme tidak mempamerkan tingkah laku yang tidak normal, sebaliknya mereka cenderung tidak melakukan tingkah laku yang normal.

Antara ciri ciri anak autisme yang boleh dikesan seawal usia 18 bulan atau lebih awal adalah:

  • Simptom autism: Tidak takut kepada bahaya
  • Terlalu sensitif atau tidak sensitif langsung
  • Tidak ketawa atau tidak memberi respons pada ‘acahan’
  • Ciri-ciri anak autisme usia 2 tahun: Tidak mahu bermesra atau berpelukan
  • Tidak akan mengendahkan orang sekeliling
  • Tidak mahu berinteraksi dengan kanak-kanak lain dan lebih gemar main sendiri
  • Ciri-ciri anak autisme usia 2 tahun: Sering mengulangi percakapan yang sama/berkelakuan berulang
  • Lebih tertarik pada sesuatu objek tertentu
  • Gemar mengamuk jika tidak mendapat sesuatu diingini
  • Simptom autism: Tidak gemar akan perubahan

Agak sukar untuk mengenalpasti ciri ciri anak autisme, oleh itu ibu bapa harus peka dengan tingkah laku anak masing-masing.

Gangguan dan simptom autism ini tidak boleh dipulihkan namun ia boleh dirawat jika dikesan dari awal.

Kredit Gambar: Bahagian Pendidikan Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia

Mild autism maksud

Mild autism maksud tahap awal dan hanya memerlukan sokongan daripada ahli keluarga terdekat. Mild autism maksud adalah gangguan autism yang paling ringan, atau paling “berfungsi tinggi”.

Gangguan dan maksud mild autism ini biasanya boleh bercakap dalam ayat penuh dan berkomunikasi, tetapi menghadapi masalah untuk berbual panjang dengan orang lain. Si kecil anda juga mungkin cuba berkawan, tetapi tidak begitu berjaya.

Ciri-ciri anak autisme usia 2 tahun atau ke bawah adalah seperti:

  • Tidak boleh berpindah dari satu aktiviti ke aktiviti lain atau mencuba perkara baharu
  • Menghadapi masalah dengan organisasi dan perancangan, yang mungkin menghalang mereka berdikari seperti orang lain seusianya.

Rawatan dan tips mengendali anak autisme

Kanak-kanak dengan gangguan ini akan memiliki kebolehan yang berbeza, namun mempunyai 3 masalah utama iaitu:

  • masalah untuk bersosial
  • masalah berkomunikasi
  • keterbatasan imaginasi

Oleh sebab gangguan ini hanya melibatkan kegagalan kemahiran untuk berfungsi dengan normal, maka kanak-kanak autisme memerlukan rawatan berbentuk multidisiplin atau terapi.

Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia telah memaparkan maklumat tentang rawatan yang disediakan untuk gangguan autisme dalam laman web rasmi mereka.

Tetapi, ibu bapa juga boleh membantu dalam menguruskan kegagalan kemahiran ini di rumah, dengan mengikut beberapa tips mudah berikut, seperti:

  1. Bantuan dari segi visual — contohnya dengan menggunakan buku berwarna dan bergambar untuk meningkatkan deria visual mereka
  2. Ajar agar ikut urutan — untuk memastikan mereka kekal bertenang dan tidak mudah mengamuk.
  3. Ajar ucap terima kasih & pandangan mata — mereka akan faham tingkah laku itu kelak
  4. Ajar sesuatu tindak balas dengan alunan muzik — supaya mereka belajar tentang tindak balas tubuh. Contohnya muzik menyanyi please sit down, mereka akan ikut dan duduk walaupun agak lambat.
  5. Pembayang awal — Jangan berhenti dengan mendadak. Mereka seringkali menghadapi masalah mengenal konsep masa dan beralih ke satu perubahan.

Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Adakah autisme pada anak boleh disembuhkan di Malaysia?

Baca juga: Ayah Kongsi 7 Tanda Yang Buat Dia Sedar Anaknya Ada Autisme, Parents Lain Pun Kena Peka!

Baca juga: Anak Makan Banyak Bila Bagi Tengok Skrin, Ibu Jangan Leka Ia Boleh Jadi Punca Anak Mindless Eater