Anak Lambat Membaca Boleh Dibantu Dengan 15 Tips Ini! Parents Boleh Cuba

Ada yang tengah pening kepala ke uruskan anak lambat membaca? Jangan risau anda boleh cuba 15 tips ini. Ada yang sudah cuba dan ia menjadi!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sekarang ini dalam tempoh Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) pasti banyak ibu bapa yang risau anak lambat membaca.

Sangat mencabar rupanya mengajar anak-anak untuk membaca. Rasa mahu menangis pun ada kerana risaukan mereka. Sudahlah kita tidak punya latihan yang rapi untuk membaca. 

Ditambah pula perlu mengajar anak sendiri membaca, pening kepala juga dibuatnya. Tetapi pujian untuk ibu bapa yang tidak pernah berputus asa untuk mengajar anak membaca walaupun merasakan anak lambat membaca.

Baca juga: Main Baling Bola Boleh Buat Anak Cekap Membaca, Ini Perkongsian Pakar!

Anak lambat membaca boleh dibantu dengan 17 tips ini

Ibu bapa yang sedang buntu di rumah untuk mengajar anak membaca boleh cuba cara ini. Ia juga boleh digunakan untuk anak-anak yang sedang beljar membaca.

Tips ini tidak semestinya hanya khas untuk anak lambat membaca, ia juga boleh dipraktikkan oleh sesiapa saja dalam meningkatkan kemahiran motor anak.

#1. Messy play

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mungkin di waktu pagi. Messy play adalah apa saja aktiviti yang membantu meningkatkan sensori dan fokus. Ia untuk merangsang otot motor halus anak.

Ia untuk merangsang otak anak. Contoh permainan adalah pasir, tanah, air, tepung, warna dan lain-lain. Buat cupcake, buat biskut, buat pizza dan roti canai antara aktiviti kegemaran anak saya.

#2. Buat senaman latihan otot jari

Ini bagi meningkatkan kemahiran motor halus. Caranya termasuklah  menjahit, menampal sticker, menggunting dan lain-lain.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Interasikan dengan bacaan seperti huruf dan suku kata. Anak mungkin akan bosan. Tidak mengapa, lama kelamaan kemahirannya meningkat dan fokusnya bertambah, anak akan mula suka.

#3. Beli trampoline untuk anak 

Melompat adalah bagi merangsang otot badan. Sambil melompat minta anak ulang kata-kata kita. Kita mula menyebut huruf, bunyi atau suku kata untuk mereka ikut. Contoh ‘a’ bunyi ‘ar’.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#4. Jauhkan TV dan gadget

Ia hanya lebih memburukkan proses pembelajaran. Jauhkan mereka dari TV dan gajet jika mereka sedang belajar.

#5. Pasang CD fonik atau hijaiyyah semasa mereka bermain

Walaupun tidak fokus pasang sahaja. Boleh pasang juga semasa anak melompat di trampoline.

#6. Bermain di taman dan baca buku

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kita juga boleh membawa anak bermain di taman dan menawarkan anak membaca buku. Mula-mula anak mungkin tidak kisah, lama-lama anak akan mula biasa dan membaca buku selepas bermain dan mula bermain semula apabila bosan.

#7. Gunakan berus semasa anak belajar membaca

Berus lembut anggota tubuh badan anak.

#8. Banyakkan urutan pada badan anak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ia meningkatkan sensori, ketenangan dan fokus. Boleh urut juga semasa belajar membaca.

#9. Mula ajar membaca dengan membuka buku di hadapannya

Tengok reaksi mereka dalam gangguan. Lama-lama anak akan mampu belajar walaupun ada sedikit gangguan.

#10. Masuk dalam bilik yang kosong dan senyap

Hanya kita dan anak. Mula buku buku dan ajar. Fokusnya akan lebih baik

#11. Tutup mata anak, masuk dalam bilik yang senyap

Tutup mata anak, masuk dalam bilik yang senyap dan minta anak ulang apa yang kita ajar. Kita boleh mula menyebut fonik atau huruf.

Ia untuk meningkatkan kemahiran visual. Dengan kemahiran visual yang baik, anak akan lebih mudah melihat buku.

#12. Mulakan dengan mengajar Quran

Dengan mengajar Quran yang sangat kompleks hurufnya, anak akan lebih mudah merangsang otak dan daya fokus. Anak akan lebih mudah belajar bahasa Melayu atau Inggeris

#13. Banyakkan pasang ayat Quran di rumah supaya anak lebih tenang

Ayat Quran adalah terapi pada jiwa anak yang kusut dan sukar fokus

#14. Istiqamah dan konsisten adalah kunci utama

Beri tempoh anak membuat perubahan. Selepas sebulan melakukan tip di atas tanpa gagal, kita akan dapat merasai perubahannya.

#15. Fokus kepada kekerapan

Fokus kepada kekerapan aktiviti mengajar anak membaca setiap hari. Bukan berapa lama anak fokus membaca.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: mariafirdz

Baca juga: Buku Bergambar Kurang Berkesan Apabila Mengajar Anak Membaca

Penulis

Lala Annuar