Sanggup Makan & Tidur Dekat Balkoni, Ibu Kongsi Video Lucu Anak Cuba 'Tackle' Anak Jiran Sebelah

Anak lucu dilihat suka bermain di luar rumah. Si ibu mula hairan, rupanya ada hati nak 'tackle' anak dara rumah sebelah!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anak lucu sering menjadi penyeri rumahtangga sesebuah perkahwinan. Mana tidaknya, telatah si kecil ini seringkali mencuit hati ibu dan ayah.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Anak suka main luar rumah, ibu hairan ada apa?
  • Anak teruna berjoget dengan pampers untuk hiburkan hati jiran sebelah
  • Netizen terhibur, minta hantar pinangan jika ibu ayah setuju

Kadang-kala, telatah mereka itu boleh membuatkan ibu ayah tersenyum sendiri tatkala teringat akan beberapa perkara kelakar yang dibuat oleh anak-anak kecil ini.

Kalau nak bercakap tentang telatah kanak-kanak, memang tak akan habis. Ada yang suka menyakat ibu ayah, main sorok-sorok, tertidur masa tengah makan, tidur sambil duduk sehingga tersengguk-sengguk, dan sebagainya. Alahai, comel!

Anak lucu suka main di luar rumah, mak pun naik hairan!

Ketika anak-anak kecil berada di dalam fasa membesar, mereka selalunya akan memiliki pelbagai jenis ragam yang kelakar. Bahkan, gelagat mereka itu kadang-kadang tak tercapai dek akal. Ada sahaja aktiviti aneh yang dilakukan. Maklumlah, baru nak ‘explore’ dunia lah katakan.

Seperti yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok ini iaitu Siti Zulaiha apabila anak terunanya dikatakan sering bermain di luar rumah.

Bukan di luar halaman, masih di dalam kawasan rumah tapi di luar pagar. Ingatkan tengok apa, rupa-rupanya mengorat anak dara rumah sebelah!

@iamsitizulaiha
Hari² mak tengok gelagat anak main kt depan 🤣🤭 #fyp #sayangkamu #kitabaikramaisayang #supporteachother #sukasuka ♬ sonido original – Divya Música

Siap berjoget untuk cuba mengorat anak dara di sebelah rumah. Aduhai!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Paling tak tahan, menerusi klip video yang dimuat naik oleh ibunya itu, kanak-kanak tersebut dilihat sampai tidur di luar rumah.

Siap disorongkan bantal lagi ya. Ibunya dalam masa yang sama siap membuat perbezaan pada awal-awal perkenalan mereka, sehinggalah sebulan perkenalan.

Mula-mula berjoget sahaja, bila dah sebulan, aih dia tidur pula depan rumah lepas minum susu!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Netizen terhibur dengan telatah anak lucu ini. Comel betul!

Tidak dinafikan, telatah anak kecil ini sememangnya membuatkan netizen terhibur dan tersenyum lebar. Mana tidaknya, ingatkan orang muda-muda sahaja berkelakuan seperti ini, kanak-kanak pun dah pandai mengikut! Tapi, mereka lagi comel lah!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menjengah di ruangan komen, ramai juga netizen meninggalkan komen yang pelbagai. Lawak sungguh.

“Cinta pandang pertama, kenal dari pakai pampers lagi. Tak poning dah omak eh, dah jumpo jodoh haha,” tulis seorang pengguna TikTok.

“Joget dengan pampers tu tak tahan!”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Malah, ada juga netizen turut menyarankan supaya pinangan dihantar kepada belah pihak perempuan sebagai tanda setuju. Alamak!

“Cinta pandang pertama, kenal dari pakai pampers lagi,” tulis seorang lagi pengguna TikTok.

Ini baru betul tidur tak lena, mandi tak basah! Aduhai anak. Macam-macam ragam sungguh. Apa pun, semoga anak-anak ini membesar dengan penuh kebahagiaan.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Dr Sheikh Muszaphar Kongsi Tips Ajar Anak Berkasih Sayang Sejak Kecil, Elak Bergaduh

Baca juga:  7 Manfaat Bawa Anak Mandi Pantai, Bantu Si Manja Mudah Tidur & Kurang Meragam

Baca juga:  Bawa Anak Kecil Masuk Wayang, Ramai Terganggu & Rimas Dengar Bunyi Menangis

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Murns A.