Jangan Susah Hati Jika Anak Tak Habis Makan, Cuba 5 Resepi Simple & Berkhasiat Ini!

Ramai ibu ayah yang runsing bila tengok anak makan tak habis. Mulalah takut anak cepat lapar, tak cukup zat dan sebagainya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ramai ibu ayah yang runsing bila tengok anak makan tak habis. Mulalah takut anak cepat lapar, tak cukup zat dan sebagainya sedangkan perut kita dan perut anak sudah pasti tidak sama saiznya.

Jangan cepat panik ibu ayah, perut anak ni tidaklah sebesar mana, jadi banyak mana sangat pun kita mahu mereka makan. Betul tak? Entah-entah yang kita berikan pada mereka selama ini pun berlebihan daripada yang sepatutnya mereka makan.

Menurut pakar pemakanan, Fizah Sobri, kapasiti perut anak sudah pastinya tidak sama dengan kita. Jadi jangalah berharap dia makan banyak macam kita yang dewasa ini makan. Mustahillah untuk semua kanak-kanak dapat menghabiskan portion orang dewasa malah mungkin ia sebenarnya tidak baik untuk mereka.

Anak makan tak habis, ibu ayah tak perlu susah hati

Berikut adalah perkongsian pakar pemakanan ini untuk ibu dan ayah yang selalu saja runsing mengenai pemakanan anak mereka.

Janganlah susah hati bila anak tak habis makan
Kadang kadang bila saya tanya parents berapa banyak anak boleh habis
“Setengah mangkuk nasi habis…tapi separuh lagi tak habis”
“Ikan kalau seekor besar tangan ni boleh la habis 1/2..lagi separuh taknak”

Mommies, daddies tu adalah normal…
Berapa banyak sebenarnya yang you ollz nak anak tu makan…
Adakah dengan makan sama banyak dengan awak baru dikira cukup?
Perlu ingat keperluan anak tak sama dengan kami, saiz tak sama dan semestinya kapasiti perut pun tak sama.
Lepas tu label anak sebagai picky eater.
Salah satu sebab anak dilihat picky eater adalah terlalu banyak makanan atas pinggan

Tak habis makan normal untuk kanak-kanak

Menurutnya, keperluan makan anak tak sama dengan kita yang dewasa, malah kapasiti perut juga jauh sekali untuk sama. Jadi lebih parah bila salah satu sebab anak dilihat sebagai picky eater adalah kerana terlalu banyak makanan atas pinggan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anak pun nak termuntah agaknya lihat banyak sangat makanan. Sudahlah saiz perutnya kecil saja, tiba-tiba perlu makan dalam kadar banyak, sudah pastilah anak ini akan menolak.

Mereka juga tahu rasa kenyang dan tahu rasa perut terlalu penuh. Jadi usahlah kita potong selera mereka dengan memaksa untuk mereka habiskan makanan dengan kuantiti yang besar.

Berikut adalah rule of thumb yang dicadangkan pakar pemakanan tersebut untuk anak 1 hingga 3 tahun. 

  • Karbohidrat (nasi putih, roti, mee, keledek)
    1 cupak / 1 penumbuk
  • Protein (ayam, ikan, telur, udang)
    2 jari (tunjuk dan jari tengah)
  • Sayur
    1 sudu besar untuk setiap usia (contoh 1 sudu besar untuk 1 tahun, 2 sudu besar untuk 2 tahun  dan seterusnya)

Semakin mereka membesar, tambah kekerapan snek sebab anak cepat lapar tapi cepat kenyang. Ingat anak tak perlu makan sama banyak dengan kita.

Resepi simple tapi berkhasiat

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Resepi ini dikongsikan di blog ibudoakan mungkin boleh dicuba untuk menarik selera anak untuk makan.

#1. Cucur nasi

Blend nasi secawan, Potong kecil- kecil carrot, bawang merah dan daun sup. Masukkan semua bahan kedalam setengah cawan tepung gandum. Kacau sehingga sebati dan goreng. Anak pasti suka apatah lagi dihidangkan dengan segelas air minuman kegemaran mereka. Air kegemaran anak Ibu tentulah minuman coklat buatan bumiputera.

#2. Nasi putih gulung

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Goreng sebiji telur yang telah dipukul sedikit dengan kicap. Goreng dengan nipis dan membuat kepingan besar untuk balut nasi. Nasi yang telah digaul dengan ayam dan sedikit sayur cincang akan dimasukkan kedalam telur itu. Buat seperti swiss roll. Anak- anak pasti tidak bertanya apa dalam gulungan telur yang cantik itu.

#3. Spageti carbonara

Tak payah banyak bahan untuk kuahnya. Memadai dengan susu segar dimasak dengan carrot dan bawang dan dimasukkan sedikit ayam atau daging yang sudah kita cincang atau kisar. Tidak dilupakan sekeping cheddar cheese. Jangan gunakan sosej ye, kalau nak guna sosej juga, biarlah buatan sendiri.

#4. Makaroni bakar

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kuah spageti tadi hanya tambah telur dan sedikit daun sup. Gaulkan pada makaroni yang telah direbus dan ditutup dengan sekeping cheddar cheese. Anak pasti tertambat dengan bauan cheese yang semerbak daripada oven kita. Dan pastinya akan makan dengan penuh selera.

#5. Bihun goreng Singapore

Ketepikan cili. Hanya perlu tumis bawang dengan sedikit potongan udang atau sotong. Masukkan bihun yang telah lembut. Sesuai dihidangkan panas- panas dengan pop corn homemade.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Fizah Sobri, ibudoakan

Baca juga:

https://my.theasianparent.comresepi-bubur-bayi-7-bulan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Lala Annuar