Ibu Ayah Mata Duitan! Sanggup Dera Anak 3 Tahun Makan Banyak Demi Video Mukbang

Anak makan dalam kuantiti yang banyak secara terpaksa selepas ibu ayah menggunakannya sebagai umpan untuk mendapatkan duit melalui video mukbang...

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Fenomena penggunaan pelbagai saluran Youtube dan Mukbang tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat. Tidak kira lapisan umur, semuanya mampu menjana pendapatan lumayan melalui pelbagai content menarik yang dihasilkan termasuklah video anak makan.

Bagi ibu ayah pula, anda pastinya akan berasa lebih gembira apabila melihat si manja dapat membesar dengan baik, memiliki selera untuk makan dan selalu sporting apabila diajak bergambar atau merakam video bersama.

Paksa anak makan berlebihan sehingga naik berat badan

Apa yang berlaku baru-baru ini, sepasang suami isteri di negara China telah menerima pelbagai kecaman daripada netizen apabila mereka berdua telah didakwa kerana memaksa anak perempuan yang baru berumur 3 tahun, Pei Qi untuk makan.

Ia bukanlah makan biasa seperti kanak-kanak lain seusianya kerana rakaman video jelas menunjukkan bahawa kuantiti hidangan adalah terlalu banyak. Malah dia turut memuat naik video berkenaan secara langsung melalui platform penstriman. 

Rata-rata mengecam tindakan suami isteri berkenaan yang dianggap sangat keterlaluan kerana ia bukan sahaja telah menggalakkan pengambilan makanan tidak sihat, tetapi seolah-olah satu penderaan bagi kanak-kanak di bawah umur.

Walau bagaimanapun, pasangan ini telah menafikannya dengan mengatakan bahawa anak perempuan mereka memiliki keinginan untuk makan yang tinggi dan sungguh luar biasa. Bukan itu sahaja, mereka mendakwa hanya memberikan makan berkhasiat sahaja untuknya.

Hal ini bercanggah dengan sebuah portal yang melaporkan berat badan Pei Qi telah naik mendadak selepas dipaksa makan ayam goreng, burger, kek, kentang goreng dan macam-macam dalam episod mukbang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut ibu ayahnya, kanak-kanak berkenaan adalah anak mereka. Jadi adalah perlu untuknya menyediakan makanan sebanyak itu memandangkan dia sudah semakin besar.

”Video berkenaan tidak hanya memaparkan telatah anak perempuan 3 tahun sedang menikmati pelbagai makanan, tetapi disertakan bersama video menari dan usahanya untuk menurunkan berat badan.”

Tubuh dan berat badan semakin naik

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sejak daripada itu, pasangan suami isteri ini telah dituduh mendera anak dan menggunakannya sebagai umpan dalam memperoleh duit yang banyak. Hal ini kerana perhatian netizen mendapati berat Pei Qi telah meningkat secara mendadak dan saiznya lebih besar dari kanak-kanak lain.

”Tiada sebab langsung bagi suami dan saya untuk mengambil kesempatan kerana kami ada pekerjaan sendiri dan tidak mengalami masalah dalam kewangan keluarga. Koleksi rakaman video ini hanya ingin menunjukkan kenangan ketika dia membesar,” jelas ibunya, Tan.

Sememangnya ada keuntungan daripada hasil video ini, tetapi ia hanyalah mungkin dalam ratusan yuan sahaja.

Menurut Tan, Pei Qi sebenarnya sudah dilahirkan dengan berat mencecah 4.5 kilogram dan tubuhnya mudah naik sehingga mendedahkan anaknya untuk lebih cenderung makan setiap masa dan berdepan hari-hari secara tidak aktif.

Kesannya, media tempatan telah melaporkan bahawa Pei Qi telah mempunyai berat 35 kilogram iaitu lebih daripada kanak-kanak lain yang sebayanya disebabkan oleh tabiat pemakanan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Lebih menyedihkan lagi, ibu ayahnya sering meletakkan tajuk video yang agak melampau dan negatif seperti ‘‘habis makan dalam beberapa saat”, ”kereta mainannya hancur sebab dia terlalu berat” dan ‘‘membesarkan seekor bab*”

Tindakan segera atas laporan ahli masyarakat

Sementara itu, platform video China, ixigua.com turut memaklumkan bahawa pihaknya telah menutup akaun Pei Qi setelah ramai penonton membuat banyak aduan negatif tentang tindakan berkenaan.

Kebanyakannya telah mengemukakan aduan perbuatan ibu bapa kanak-kanak berkenaan adalah salah satu jenis penderaan. Sebuah pertubuhan bernama All China Women’s Federation yang melindungi kebajikan serta hak wanita dan kanak-kanak di negara republik berkenaan difahamkan sudah mula melakukan siasatan terperinci terhadap kes ini.

Justeru sebagai ibu ayah, anda hendaklah bijak mengawal segala tingkah laku dan tindakan si manja. Elakkan mereka daripada tabiat pemakanan tidak sihat yang boleh menjemput pelbagai penyakit pada kemudian hari.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Trend menggunakan pelbagai aplikasi sosial sememangnya tidak dapat dibendung, ia akan menjadi sesuatu yang bermanfaat sekiranya anda dan anak-anak menggunakannya dengan baik.

Sumber: Harian Metro, Detik

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comkhasiat-bayam

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan