5 Tabiat Ibu Bapa Ini Punca Anak Jadi Manja, Jangan Dibiarkan Berterusan!

Cara asuhan anda boleh membentuk sikap anak menjadi manja tanpa anda sedar. Ini 5 contohnya...

Menjadi kelaziman bagi ibu bapa suka memanjakan anak sebagai tanda sayang. Namun, tanpa disedari, anda sebenarnya “membuka” peluang untuk si kecil menjadi anak manja. 

Ini antara 5 tabiat yang sering anda lakukan hingga menyebabkan mereka menjadi anak manja. 

5 punca si kecil menjadi anak manja 

#1. Punca anak manja – Membiarkan tingkah laku nakal anak 

Kredit : Kompasiana.com

Jika anda tidak membiasakan anak menjaga perilakunya, maka kalian berada dalam masalah besar kelak kerana si kecil itu akan berkembang menjadi anak manja.

Hal ini kerana, ibu bapa cenderung membiarkan si kecil menjadi manja dan beranggapan itu perkara biasa. Tapi, sebenarnya ia kesalahan yang membuatkan anak menjadi nakal kerana tidak pernah ditegur oleh ibu bapanya

#2. Punca anak manja – Anda tidak mahu mereka cepat dewasa 

Orang lama pernah kata, biarkan anak kecil menjalani kehidupannya dengan gembira kerana mereka tidak akan seperti itu selamanya.

Maksudnya di sini, pentingnya kehidupan dan masa kanak-kanak. Namun, itu bukan bererti anda jadi lalai dan membiarkan mereka tidak membesar. 

Sebaiknya, ajar mereka mengenai tugas, tanggungjawab dan minta si kecil belajar dari kesalahan yang telah dilakukan. Jangan membiasakan diri melontar kata-kata manis saja pada anak.

#3. Punca anak manja – Tidak berani salahkan si kecil 

Kredit : FIMELA family

Anak menangis kerana jatuh ketika berlari tapi anda mengatakan “Siapa buat Aisyah nangis, sini mama pukul dia!”. Sedangkan anak tadi yang nakal tak mahu duduk diam

Hal ini kerana, anda rasa bersalah untuk menyalahkan mereka di atas kenakalan mereka sendiri. Walhal marah anak sesekali itu ada baiknya bagi melentur sikap terpuji pada diri anak-anak

#4. Punca anak manja – Melayan anak bagai raja 

Sesetengah ibu bapa beranggapan mereka harus bersedia menjaga anak 24 jam walhal seiring bertambahnya umur anak, anda harus ajar mereka cara menguruskan diri sendiri bagi mencegah anak manja. 

Sebaiknya, biar anak latih diri membersihkan kotor, mengemas kembali mainan yang dimain, ajar pakai baju sendiri dan lain-lain. 

#5. Tak berani kata TIDAK pada anak 

Benar, konsep mendidik anak yang baik adalah menggantikan kata TIDAK dengan perkataan yang lebih positif. Namun, jika tidak pernah mengatakan TIDAK pada anak, ia hanya merugikan anak-anak itu sendiri. 

Hal ini kerana, ia membuatkan anak jadi takut jika ada sebarang penolakan apabila dewasa kelak. Malah, dia akan merasa kecewa dan bersedih bila ada permintaannya ditolak. 

Sedangkan kekecewaan itu mengajar anak tentang erti hidup sekaligus membuatnya jadi lebih dewasa. 

Apa yang anda boleh lakukan 

#1. Tegas dengan anak

Menjadi tegas bukanlah bermaksud anda perlu menjadi garang macam singa dengan anak-anak. Ia bermaksud, ada perkara anda boleh fleksibel dengan mereka dan ada perkara anda perlu tetap pendirian. Tahu bila perlu berkata ‘NO’ kepada anak walaupun anak merayu atau mengamuk dan melontarkan tantrum. 

Apabila anak sudah tahu beberapa kali usahanya untuk mengamuk tidak mendatangkan hasil, maka dia akan belajar sendiri yang dia tidak akan dapat apa yang dimahukan sekiranya berkelakuan sebegitu. 

#2. Sentiasa pegang mantra ‘keibubapaan’

Ingat, tugas ibu bapa bukan untuk jadi ‘BFF’ anak-anak, walaupun menjadi ibu bapa yang ‘cool’ itu adalah impian semua ibu ayah. Tapi, NO! Tugas kita adalah mendidik dan membentuk anak-anak kita menjadi orang yang berguna kelak. Mahu jadi ibu ayah yang cool itu tak salah, namun perlu seimbangkan juga dengan disiplin untuk anak-anak. 

#3. Sentiasa menegur anak dengan baik

Kalau nampak anak buat salah sentiasa tegur dengan mesra, jangan menengking nanti anak akan ikut perkara yang sama. Bila menegur tu, sentiasa dalam ketinggian yang sama, pandang mata mereka. Jangan ambil mudah perkara yang mereka buat salah itu. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber : Penulis asal Febby. Artikel ini mendapat keizinan daripada theAsianparent Indonesia untuk diterjemahkan. 

Baca juga: 11 Sebab Mengapa Ibu Garang, Tiada Anak Yang Nakal & Tak Dengar Cakap