Kajian: Bukan Sengaja, Tapi Lelaki Memang Tak Dengar Bunyi Bayi Nangis Pada Waktu Malam!

Satu kajian mendapati mereka mungkin memang 'tidur mati' dan tidak mendengar langsung bunyi anak menangis ketika mereka sedang tidur. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Adakah anda pernah mengesyaki suami buat-buat tak dengar bila bayi menangis pada waktu malam? Mungkinkah anda pernah terfikir dia mahu lari dari tanggungjawab menguruskan anak menangis di waktu malam?

Satu kajian mendapati mereka mungkin memang 'tidur mati' dan tidak mendengar langsung bunyi tangisan bayi ketika mereka sedang tidur. 

Pengkaji dari MindLab, sebuah badan yang mengeluarkan ubat demam dan selesema ingin tahu apa yang boleh menganggu tidur wanita dan lelaki. 

Bunyi anak menangis tengah malam memang lelaki tak dengar

Berdasarkan kajian itu, didapati wanita akan terbangun bila mendengar bunyi tangisan bayi dan menariknya lelaki hanya bangun bila mereka mendengar bunyi penggera kereta! Pelik bukan? Tapi memang benar berdasarkan kajian itu mereka langsung tak terbangun bila disajikan dengan bunyi bayi menangis!

Para pengkaji menyimpulkan perbezaan kepekaan wanita dan lelaki terhadap bunyi disebabkan mereka berbeza.

Wanita lebih cepat respon kepada perkara yang boleh mengancam kanak-kanak atau anaknya manakala lelaki pula lebih peka apabila mendengar bunyi yang boleh mengancam dan mendatangkan bahaya kepada keluarnya.

Bunyi lain yang menyebabkan wanita bangun dari tidur adalah, air dari paip, bunyi bising di luar, orang berdengkur, penggerudian, lalat terbang, penggera, penggera kenderaan, bunyi angin yang kuat dan bunyi bising dari saluran air. 

Bagi lelaki, mereka memang ada senarai tersendiri, mereka mampu mendengar dan peka kepada bunyi angin kuat, lalat terbang, dengkuran, bunyi dari saluran air, cengkerik, penggera kecemasan, jarum jam, penggerudian dan titisan air. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jadi, sekarang ada rasa bersalah ke kerana selama ini anggap suami saja buat-buat tak dengar bila anak menangis pada waktu malam? 

Kenapa bayi menangis pada waktu malam?

Pelikkan? Ada sesetengah bayi suka benar menangis pada waktu tengah malam. Mulalah kita yang ibu bapa ni kadangkala nak fikir yang bukan-bukan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jadi penjelasan, Dr Zubaidi Ahmad mungkin boleh merungkai tanda tanya yang sering buat ibu bapa buntu mengenai alasan mengapa anak mereka menangis pada waktu malam.

Menurutnya, fenomena  bayi yang menangis di tengah malam sebegini kadang kala diterjemahkan dengan pelbagai terjemahan. Ada yang percayai bayi mereka di ‘usik’ oleh makhluk halus. 

Apakah agaknya punca anak menangis di waktu malam? Apa sebenarnya yang berlaku? Apa yang sebenarnya bayi ini mahu? Apa yang perlu dilakukan untuk menghentikan mereka menangis? Banyak alasan mengapa mereka menangis.

#1. Bayi cuba berkomunikasi dengan ibu bapanya

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pakar psikologi kanak-kanak memberitahu bahawa bayi sebenarnya cuba berkomunikasi dengan ibu bapanya. Ayat yang mereka gunakan ialah tangisan yang lebih menarik perhatian ibu bapa.

#2. Lapar

Antara sebab mereka menangis di waktu malam kerana mereka lapar. Bayi yang berumur kurang dari setahun terutamanya kurang dari enam bulan kerap mereka lapar dan perlu disusukan.

Ini disebabkan perut mereka yang kecil. Mereka menyusu dengan sedikit tetapi kerap. Mereka harus disusukan setiap 4-6 jam.

#3. Suhu bilik atau tempat tidur

Suhu bilik di mana kita letakkan bayi juga haruslah diberikan perhatian.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika suhu bilik terlalu sejuk atau terlalu panas, tentu ia tidak selesa pada bayi. Bayi mungkin akan berpeluh dan menambahkan ketidakselesaan.

Pasangkanlah kipas yang berpusing dengan kelajuan sederhana. Tujuannya agar udara di bilik itu bergerak dan perudaraannya baik. Tidak perlu meletakkan bayi di sebelah kipas kerana apabila bayi terkena udara secara langsung, bayi itu mungkin lebih tidak selesa.

#4. Masih bertenaga

Pastikan bayi anda tidak tidur sepanjang waktu siang. Ada bayi yang di waktu siang akan rehat dan tidur, sementara di waktu malamnya pula masih bertenaga. 

Mereka masih mahu bermain sedangkan ibu bapa pula sudah kepenatan kerana bekerja sepanjang hari di tempat kerja.

#5. Kepenatan

Ramai yang tidak percaya jika diberitahu bahawa bayi mereka menangis kerana mereka kepenatan. Ibu bapa sering menganggap bayi mereka ibarat patung ’babydoll’ yang tidak boleh berasa penat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Lagi-lagi apabila anak berada dalam car seat bayi terlalu lama. Jika posisi bayi tidak berubah, tentu otot-otot mereka berasa lenguh.

Jika bayi berumur 6 bulan ke atas, mereka boleh diurut perlahan-lahan dengan teknik yang betul. Ini akan menyebabkan bayi akan berasa selesa dan mudah untuk tidur.

Semoga bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bayi Susah Tidur? Di Sini Ada Penyelesaian Semudah ABC Untuk Semua Ibu Bapa!

Penulis

Lala Annuar