Anak Meragam & Menangis, Keluarga Miskin Diarah Turun Dari Bas Ketika Tengah Malam

Anak menangis kuat di dalam bas, keluarga miskin ini diarah turun kerana dikatakan telah mengganggu para penumpang yang lain.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hanya kerana anak menangis kuat di dalam bas, sebuah keluarga di Thailand terdiri daripada pasangan suami isteri dan dua anak dipaksa turun dari bas pada lewat malam.

Kejadian yang itu berlaku ketika keluarga tersebut dalam perjalanan dari Bangkok ke Koh Samui menggunakan perkhidmatan bas negeri.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Anak menangis kuat dalam bas
  • Pekerja perkhidmatan bas dikenakan tindakan
  • Tips bawa anak kecil menaiki kenderaan awam

Keluarga miskin itu diarahkan turun dari bas tersebut di daerah Cha-am, wilayah Phetchaburi pada lewat malam selepas dikatakan tangisan anaknya berusia dua tahun mengganggu penumpang lain termasuk pelancong asing. 

Anak menangis kuat dalam bas

Berdasarkan laporan media Mstar, atendan bas tersebut iaitu Wanchai Kaeocharoen memberitahu, keluarga itu diarah turun selepas anak mereka menangis berterusan sehingga mengganggu pemandu dan penumpang lain termasuk pelancong asing.

Bapa tersebut, Mongkol Thongboran dipetik berkata, anaknya menangis kira-kira 30 minit dan dia telah menjelaskan kepada pelancong asing itu mengenai anaknya yang takut kerana pertama kali menaiki bas. 

Kenderaan itu berhenti di sebuah stesen minyak berdekatan sebuah hotel dan meminta empat beranak itu turun. Bapa kanak-kanak itu dipetik berkata, keluarganya dari wilayah Prachin Buri dan dalam perjalanan ke Koh Samui di wilayah Surat Thani untuk bekerja.

Mereka membawa 500 baht serta empat beg dan dua orang anak.

Selepas melakukan pembayaran untuk penginapan, hanya 25 baht baki yang tinggal dan bapa itu terpaksa meminta ahli keluarganya memindahkan wang ke akaun banknya. Ia bagi membolehkan mereka dapat meneruskan perjalanan ke Koh Samui.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Arah keluar keluarga miskin anak menangis kuat, pekerja dikenakan tindakan

Susulan itu,Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Darat, Sanit Promwong dilaporkan memberitahu, pemandu bas dan pembantunya dikenakan denda sebanyak 5,000 bath.

Ia berikutan mereka telah menyinggung perasaan penumpang tersebut dan melanggar undang-undang pengangkutan darat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tindakan disiplin selanjutnya dipertimbangkan dan keluarga terlibat diberi pampasan.

Hal ini disebabkan oleh mereka terpaksa menanggung kos tambahan untuk penginapan dan mendapat pengangkutan seterusnya untuk sampai ke destinasi.

Tips bawa anak kecil menaiki kenderaan awam

Ibu yang pernah menggunakan kenderaan awam sama ada darat atau udara, pasti pernah berdepan kebimbangan anak tidak selesa sepanjang menempuh perjalanan dalam tempoh yang lama.

Risau anak tidak boleh duduk diam, tidur tidak selesa dan menangis kuat sehingga mengganggu ketenangan penumpang lain.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sekiranya penumpang lain memahami masalah dihadapi, lega hati namun sudah tentu tidak semua mempunyai sikap sedemikian.

Paling dibimbangi apabila mata tertumpu kepada ibu seolah-olah kita tidak sedaya upaya mententeramkan anak kecil atau bayi. Sedangkan anda juga sedang bergelut dan berusaha memujuk si manja.

Tips daripada Siti Rohaida ini yang juga seorang ibu dikongsikan menerusi blog kisahsidiary boleh dijadikan panduan kepada ibu di luar sana untuk mencuba sekiranya mahu melakukan perjalanan menggunakan kenderaan awam.

foto: hanim hashim

  • Bawa beg pakaian seminimum yang mungkin

Kebiasaannya apabila menggunakan kereta, ibu akan membawa pakaian yang mencukupi malah, lebih lagi. Namun jika menggunakan kenderaan awam, bawa beg yang tidak terlalu banyak. Selain itu, bawa beg galas untuk memudahkan membawa barangan penting seperti botol air, permainan anak, makanan, lampin pakai buang, beg plastik, tisu basah dan tuala kecil.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Pastikan anak sudah ke tandas sebelum menaiki bas

½ jam atau 1 jam sebelum menaiki bas, pastikan anak sudah ke tandas terlebih dahulu. Ia penting walaupun perjalanan itu tidak mengambil masa sehingga 5 hingga 6 jam, ia wajib buat.

  • Bawa makanan secukupnya

Walaupun sebelum menaiki bas, beri anak makan terlebih dahulu. Dalam masa sama, bekalkan juga makanan lain contohnya roti, coklat, air dan sebagainya bagi mengelakkan mereka bosan dan kelaparan. Hal ini kerana tantrum kanak-kanak juga tidak boleh dijangka.

  • Bawa permainan kegemaran anak

Langkah ini bagi mengelakkan mereka hanya tertumpu kepada gajet sahaja. Jadi apabila mereka berada di dalam perjalanan yang panjang, anak-anak boleh bermain dengan permainan mereka. Ia juga bagi mengelakkan mereka bosan sepanjang perjalanan tersebut.

  • Bawa beg plastik, tisu basah atau tuala kecil

Beg plastik penting sebagai persediaan sekiranya anak anda muntah di dalam bas. Tisu basah pula penting memandangkan tiada air untuk membasuh selain tuala kecil perlu disediakan jika diperlukan.  Sediakan juga sehelai baju atau seluar nipis jika anak muntah atau tertumpah air dan makanan, boleh menukarnya. 

  • Bawa ubat ubatan

Jika diperlukan, sebaiknya ubat-ubatan tersebut disediakan misalnya minyak angin yang diletakkan di dalam beg. Ia diperlukan apabila anak anda meragam seperti sakit perut dan sebagainya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit foto: ceritahuda

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Biarpun Sedih, Ketabahan Kanak-Kanak Ini Kafan Jenazah Bapa Sendiri Harus Jadi Teladan

Baca juga: Gigih Cari Kerja, Bapa Sanggup Berpanas Tolak Motosikal Sejauh 10KM Kerana Tayar Pancit

Baca juga: Ibu Sayu Tengok Anak Terpaksa Tidur Atas Tikar Di R&R, Terpaksa Keluar Dari Rumah Sewa