Cara Susukan Bayi Di Tempat Awam, Aurat Ibu Terjaga Jika Menyusu Dengan Betul

Cara susukan bayi di tempat awam atau terbuka perlulah dilakukan dengan betul bagi menjaga aurat ibu daripada pandangan umum

Menyusu bayi di tempat awam mungkin dianggap kurang sopan kerana ia melibatkan aurat ibu. Namun sebenarnya cara susukan bayi di tempat terbuka yang betul dapat melancarkan proses penyusuan.

Menyusu bayi adalah hak setiap ibu. Dalam masyarakat kita, masih ramai yang menganggap wanita tidak perlu menyusu bayi di tempat awam bagi mengelakkan pandangan orang.

Cara susukan bayi di tempat awam

menyusu di tempat awam

Pernahkah anda melakukan atau salah satu golongan ibu yang penyusuan badan secara terbuka? 

Cara susukan bayi secara terbuka bukan sahaja diperkatakan di Malaysia sahaja, malah di luar negara juga. Tambahan lagi, di negara Eropah ramai yang membantah penyusuan badan di tempat awam kerana ia sensitif atau merasakan ia tidak sopan.

Dalam sesetengah situasi, ibu bapa tidak boleh menjangka bila anak ingin menyusu terutamanya semasa percutian keluarga atau semasa melakukan aktiviti riadah di luar.

Sekiranya tempat tersebut tidak mempunyai bilik bayi, pasti anda tidak mempu membiarkan si kecil menangis pula kan?

Bagi mengelakkan ibu menyusu menjadi tumpuan, ada beberapa tips dan cara susukan bayi di tempat awam sebagai panduan anda. Jangan risau, kadangkala anda hanya merasa seolah-olah diperhatikan walhal hakikatnya tiada yang tahu pun anda sedang menyusukan si kecil!

#1. Pilih tempat yang sesuai

Anda harus mencari dua perkara: tempat di mana anda boleh duduk dengan selesa yang boleh bersandar, serta tempat di mana anda kurang dapat dilihat oleh orang awam. 

Cari kawasan yang tidak menghadap orang ramai, atau duduk di kerusi di bahagian dalam sekiranya anda bersama teman-teman. Sebaiknya cari kawasan yang kurang tumpuan sehabis mungkin!

#2. Ketahui hak dan kebebasan anda

Penyusuan susu ibu adalah tidak salah di sisi undang-undang. Anda sedang memberikan khasiat kepada bayi anda, dan pada masa yang sama mendidik masyarakat tentang kepentingan penyusuan ibu!

#3. Pakai baju selesa dan longgar

Dapatkan baju yang selesa dan mudah untuk diselak untuk memberikan akses kepada bayi. Kini banyak baju menyusu yang dijual dengan pelbagai pilihan cara bukaan baju yang mudah.

Jika anda perlu menyelak baju dari bawah, pakai pelapik perut bagi mengelakkan bahagian perut anda terdedah. Ia ada dijual di kebanyakkan kedai barangan bayi, jadi anda tidak perlu risau!

#4. Gunakan sling atau wrap

Tahukah yang anda boleh menyusu sambil menggunakan baby carrier? Namun anda harus memastikan anda menggunakan baju mudah akses untuk menyusu ya!

Menyusu semasa menggunakan sling atau wrap sebenarnya lebih mudah kerana anda boleh melakukan penyusuan sambil berjalan, malah tiada sesiapa menyedari yang si kecil sedang menyusu badan. Pastikan anda berlatih dahulu sebelum mencuba!

#5. Mengenakan baju dalam yang sesuai

Pilih baju dalam yang sesuai untuk penyusuan.  Kini banyak baju dalam wanita yang mempunyai butang di hadapan yang memudahkan akses bayi kepada payudara ibu.

#6. Pakai Nursing Cover

tips menyusu bayi tempat awam

Sekiranya anda merasa menyusukan bayi di tempat awam tidak selesa bagi anda, anda mungkin ingin mencuba melindungi bayi dan payudara anda dengan nursing cover atau pakai tudung yang labuh.

Pastikan untuk berlatih di rumah dahulu ya, kerana ada bayi tidak suka mempunyai kain penutup di atas kepalanya semasa menyusu dan akan menariknya!

#7. Senyum

Jika anda melihat seseorang yang melirik ke arah anda semasa menyusu bayi, berikan senyuman kepada mereka!  Jika anda menunjukkan keyakinan anda dengan senyuman yang mesra, mungkin mereka juga akan memberi respon yang baik sahaja.

Hak ibu menyusukan bayi di tempat awam

Penyusuan susu ibu di khalayak ramai ialah topik yang melibatkan hak ibu, perlindungan anak dan norma sosial yang berbeza merentas budaya dan masyarakat.

Setiap ibu mempunyai hak berkaitan penyusuan di khalayak ramai. Beberapa hak yang diiktiraf secara amnya ialah:

  • Hak untuk Privasi: Walaupun penyusuan susu ibu adalah satu tindakan semula jadi, ibu mempunyai hak untuk memilih tahap di mana mereka ingin mengekalkan privasi mereka semasa menyusu di khalayak ramai. Adalah menjadi hak ibu untuk melindungi privasi mereka.
  • Hak Tanpa Diskriminasi: Ibu tidak seharusnya diharamkan atau dianiaya hanya kerana menyusukan bayi di khalayak ramai. Undang-undang di banyak negara melindungi ibu daripada diskriminasi atau layanan tidak adil kerana mereka menyusu.
  • Hak untuk Menyusu Pada Bila-bila Masa, Di Mana-mana: Ibu mempunyai hak untuk menyusukan bayi mereka pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja, tanpa perlu mendapatkan persetujuan atau kebenaran. Hak ini termasuk tempat awam seperti pusat membeli-belah, restoran, taman, tempat kerja dan pengangkutan awam.

Kepentingan menyusu di tempat awam

Penyusuan susu ibu di khalayak ramai adalah cara semula jadi untuk menyediakan makanan dan nutrisi yang diperlukan oleh bayi anda. Berikut adalah beberapa sebab mengapa penyusuan susu ibu di tempat awam adalah penting:

  • Pemakanan dan Kesihatan Bayi: Susu ibu adalah sumber nutrisi terbaik untuk bayi. Penyusuan susu ibu membekalkan nutrien penting dan imuniti semula jadi yang melindungi bayi daripada penyakit dan jangkitan.
  • Keterikatan dan Kegembiraan: Penyusuan susu ibu membina ikatan emosi yang kuat antara ibu dan bayi. Proses ini memberi bayi rasa selamat, selesa dan sokongan, serta membantu perkembangan sosial dan emosi mereka.
  • Kesihatan Ibu: Penyusuan susu ibu juga memberi manfaat kesihatan untuk ibu, seperti mengurangkan risiko kanser payudara dan ovari, membantu pemulihan selepas bersalin, dan membantu mengawal berat badan.
  • Perlindungan Undang-undang: Banyak negara dan wilayah mempunyai undang-undang yang melindungi hak ibu untuk menyusu di khalayak ramai tanpa diskriminasi. Ini termasuk perlindungan daripada tindakan diskriminasi, pemecatan atau penganiayaan lain terhadap ibu menyusu.

Aurat wanita Islam ketika menyusu badan

menyusu badan tempat ramai orang

Maruah dan aurat wanita Islam amat dijaga serta diletakkan di kedudukan yang tinggi dalam apa juga perkara selagi tidak bercanggah dengan hukum syarak. 

Menyusukan anak di tempat awam hukumnya harus dengan syarat aurat seorang ibu terpelihara dan tertutup.

Selagi para ibu memenuhi syarat ini dan mengikut adab penyusuan yang betul, maka tiada masalah untuk seorang ibu menyusukan anak di mana pun mereka berada.

Pandangan suami mengenai penyusuan di tempat awam

Komuniti theAsianparent telah bertanyakan kepada pengguna tentang sokongan suami terhadap penyusuan secara terbuka.

Sehingga artikel ini ditulis, sebanyak 286 maklumbalas telah diterima di undian poll yang tular itu dan majoriti  menyatakan suami menyokong sepenuhnya penyusuan bayi secara terbuka.

Beberapa pengguna komuniti theAsianparent juga memberi komen dan masing-masing menyatakan pendapat yang berbeza. Ada yang menyatakan suami menyokong asalkan bertutup, tetapi ada suami yang tidak membenarkan sama sekali sekiranya si isteri menyusu badan di kawasan awam.

Ada sesetengah suami tidak membenarkan isteri menyusu anak di kawasan awam kerana risaukan mana-mana bahagian isteri terdedah, atau pun tidak mahu orang lain memandang si isteri semasa menyusukan anak.

penyusuan secara terbuka

Rata-rata ibu di Malaysia khususnya tidak melakukan penyusuan bayi di kawasan terbuka tanpa sebab yang kukuh. Ini kerana kemudahan untuk ibu menyusu banyak disediakan di banyak tempat terutamanya di pusat membeli belah.

Berbeza dengan beberapa tahun dahulu, kemudahan bilik bayi kini lebih lengkap malah cantik pula!

Setiap bilik bayi disediakan tempat untuk menukar lampin, kemudahan air panas dan sejuk, bilik berasingan untuk ibu menyusu yang boleh memuatkan stroller, malah ada sebahagian yang dilengkapi tandas untuk kanak-kanak.

Kredit gambar: simply noorul

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ramai Ibu Kekok & Tidak Pandai Menyusu Bayi Kali Pertama, Doktor Kongsi Teknik Yang Betul

Baca juga: 10 Posisi Menyusu Bayi Kali Pertama Dengan Betul, Buat Ibu Rasa Selesa & Bayi Kenyang

Baca juga: Ibu Menyusu Elakkan Percaya 11 Mitos Penyusuan Ini, Ia Hanya Boleh Buat Anda Terganggu

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!