Anak Mogok Taknak Ke Sekolah? Ini 5 Tips Dorong Anak Ke Sekolah Tanpa Dipaksa

Ibu bapa punyalah bersemangat bila anak ke sekolah, lain pula bila anak jadi tidak teruja pulak ke sekolah, eh kenapa pula ni?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anak mogok sekolah? Ini merupakan satu masalah yang sering dialami apabila anak baru memulakan persekolahan untuk pertama kali. Tapi apa yang boleh dilakukan untuk anak pergi sekolah ya?

Bila masuk musim persekolahan, ibu bapa yang anaknya baru pertama kali menjejak kaki ke sekolah pasti akan  teruja menyediakan segala kelengkapan sekolah. Mulalah kita terfikir, anak akan dapat rakan baru, aktiviti sepanjang hari dan pengalaman baru.

Tapi, aik! Alih-alih, anak mogok sekolah. Jenuh dipujuk ha untuk dia ke sekolah, tapi dia masih enggan. Aduh… Apa nak buat?

Melatih Anak Pergi Sekolah: Ibu Terpaksa Akur Anak Mogok Sekolah

Sebenarnya, saya juga ada pengalaman  tiba-tiba  anak tidak mahu ke sekolah! Semasa menghantarnya, anak yang berusia 5 tahun itu mula menangis dan berkata dia mahu balik rumah!

Runsing? Ya saya  sangat runsing, tambahan lagi dengan tangisan dia yang sangat kuat itu. Sebelum ini mudah saja anak pergi sekolah, tapi kali ini walaupun dah bersiap kemas dengan uniform, dia mogok tak mahu masuk sekolah pula.

Akhirnya setelah puas memaksa dia ke sekolah, saya berputus asa dan beri keizinan untuknya tidak ke sekolah. Tetapi itupun setelah saya bertanya kenapa dia tidak mahu ke sekolah dan memberitahunya ini tidak akan berlaku lagi.

Tetapi apa yang boleh saya lakukan untuk anak saya bersemangat pergi ke sekolah ya?

Anak Mogok Sekolah: Apa Yang Boleh Dilakukan Untuk Anak Pergi Sekolah?

Irma Gustiana Andrian, seorang pakar psikitri berkata, keadaan anak tidak mahu ke sekolah ini merupakan perkara biasa yang dirasakan oleh kanak-kanak yang baru ke sekolah. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ini disebabkan perasaan yang dialami kanak-kanak itu, sama ada tidak selesa ataupun perasaan takut berjauhan dengan ibu bapa.

Malah, Anxiety Disorders Associaton of America mengatakan, peratusan mogok sekolah biasa terjadi pada 5% – 28 % anak usia 5 – 6 tahun dan anak usia 10 – 11 tahun.

Anak Mogok Sekolah: Bagaimana Kita Boleh Mendorong Anak Pergi Sekolah?

  • Cuba perhatikan bagaimana keadaan anak sebelum tidur, adakah dia kelihatan tidak gembira?

Sebelum tidur, anda harus pastikan anak dalam mood yang baik dan bersedia untuk esok. Ini kerana mood anak akan mempengaruhi sikapnya pada hari esok

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Belikan anak anda alat tulis dengan karakter kartun kegemarannya.

Contohnya pensel, buku, beg atau kasut sekolah yang dipakai. Anak  pasti akan lebih teruja ke sekolah bertemankan karakter kegemarannya. Anak saya sendiri sukakan kucing, jadi beg sekolahnya mempunyai telinga kucing sama seperti haiwan kegemarannya.

  • Teman anak semasa dia ketakutan atau tidak selesa. Ada di samping anak pada awal persekolahan agar dia tidak terkejut semasa anda tinggalkan dia di sekolah.

Jangan lupa pesan kepada anak anda, yang anda akan menjemputnya pulang dari sekolah nanti.

Bukannya mendapat motivasi ke sekolah, silap-silap anak mendapat tekanan pula dari ibu bapa. Akhirnya dia hanya ke sekolah disebabkan paksaan atau sekadar untuk membuatkan ibu bapa gembira.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Keadaan seperti ini pastinya merunsingkan ibu bapa, yang pasti kita mahu hindari bukan? Belajar dan menjalani aktiviti di sekolah haruslah dengan kerelaan dan biar anak sendiri yang gembira mahu ke sekolah. Adakah anda bersetuju dengan kenyataan ini?

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Artikel ini asalnya ditulis oleh Adisty Titania dan mendapat keizinan theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Beto Rahman