Lepas Buat Carian Google, Kanak-Kanak 9 Tahun Ini ‘Bolos’ Naik Pesawat Seorang Diri Nak Lawat Pakcik

Beraninya dia naik pesawat seorang diri. Tapi bagaimana dia boleh terlepas tanpa dokumen?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berani betul kanak-kanak zaman sekarang ya! Baru-baru ini tular apabila seorang anak naik pesawat sendiri. Namun dia bukan melalui prosedur yang betul, sebaliknya dia ‘bolos’ naik pesawat tanpa sebarang tiket.

Rakaman CCTV menunjukkan detik seorang kanak-kanak berusia 9 tahun membolosi kawalan keselamatan sebuah lapangan terbang selepas membuat carian di Internet mengenai ‘cara menyelinap di dalam pesawat’.

Anak naik pesawat sendiri, ‘bolos’ tanpa dokumen

Laporan itu menyebut, Emanuel Marques de Oliveira berjaya menawai sebuah pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Manaus di utara Brazil tanpa tiket, dokumen diri atau wang dan tingkah lakunya langsung tidak disedari.

Kanak-kanak tersebut ‘terbang’ sejauh 1,677 batu seorang diri sebelum pesawat itu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Guarulhos Sao Paulo.

Kantoi ‘bolos’ naik pesawat nak lawat pakcik

Dilaporkan, kanak-kanak tersebut ‘terkantoi’ apabila pesawat kakitangan di lapangan terbang menangkapnya pada saat-saat akhir.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kanak-kanak itu dipercayai berhasrat mahu melawat bapa saudaranya di Campines selepas bercuti di sana bersama bapanya pada Januari lalu.

Anak naik pesawat sendiri ini bertindak bersendirian 

Menurut polis Brazil, kanak-kanak tersebut bertindak sendirian dan telah membuat carian mengenai ‘cara menaiki pesawat tanpa disedari’ di internet terlebih dahulu. Selepas kejadian tersebut, kanak-kanak itu segera diterbangkan kembali kepada keluarganya, selepas hilang dari bilik tidurnya pada awal pagi 26 Februari.

Dalam masa sama, satu kenyataan menyebut pihak berkuasa ‘kesal denga napa yang berlaku dan keselamatan sudah diperkukuh dan diambil untuk memastikan situasi seperti ini tidak berlaku lagi’.

Susulan itu, Pentadbiran Lapangan Terbang Antarabangsa Manaus dipetik berkata, ia akan menjalankan ‘semakan prosedur, penyesuaian dan pemodenan dalam infrastruktur’. Malah, ia juga akan memperkukuh pengawasan semasa menaiki pesawat dan mengautomasikan akses penumpang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu bapa perlu pantau aktiviti Internet dan media sosial anak

Tindakan yang dilakukan oleh kanak-kanak tersebut dilihat begitu berani, lebih-lebih lagi tanpa pengawasan ibu bapa atau penjaga.

Hanya dengan membuat carian ‘cara menaiki pesawat tanpa disedari’, dia bertindak seorang diri dengan hadir ke lapangan terbang tanpa disedari ibu bapa. Kemudian menaiki pesawat tanpa sebarang dokumen.

Peristiwa ini memberi pengajaran kepada ibu bapa supaya sentiasa peka malah, pastikan sentiasa memeriksa penggunaan gajet anak. Di sini beberapa tip untuk ibu bapa memantau aktiviti dalam talian anak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Meletakkan komputer atau laptop di ruang keluarga

Adalah sebaik-baiknya aktiviti melayari internet dan media sosial yang dilakukan oleh anak di ruang keluarga sahaja. Dengan cara ini, ibu bapa lebih mudah memantau kandungan yang dilayari dan ditonton menerusi internet atau media sosial.

  • Menemani anak sewaktu melayari internet dan media sosial

Temani anak melayari Internet bagi memantau kandungan dan carian yang dibuat. Bagi media sosial pula, pastikan mereka menambah anda dan ahli keluarga sebagai rakan.

Ia antara salah satu cara untuk memantau mereka di media sosial melalui status, gambar dan komen yang dimuat naik. Ibu bapa juga boleh menambah rakan anak-anak di media sosial untuk memantau aktiviti anak.

  • Jadi contoh baik untuk anak menggunakan media sosial dan Internet

Kebiasaannya anak sedikit sebanyak akan meniru dan mencontohi mereka yang lebih tua. Jadilah role model yang baik kepada mereka sewaktu menggunakan media sosial dan internet. Elakkan membuat komen dan maklum balas yang tidak baik serta merendah-rendahkan orang lain.

  • Had penggunaan telefon pintar dan gajet

Sebaik-baiknya adakan had penggunaan media sosial dan Internet, misalnya untuk beberapa jam dalam sehari. Cara ini juga bagi memastikan aktiviti mengakses media sosial dan Internet tidak mengganggu jadual tidur mereka dan aktiviti harian yang lain.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semoga bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Kering Idea Nak Sembang Topik Apa Dengan Anak Yang Baru Belajar Bercakap? Anda Boleh Cuba Ini

Baca juga: Anak Kecil Berubah Sikap Selepas Ke Sekolah? Awas Ibu, Ini Tanda-Tanda Dia Sebenarnya Mangsa Buli

Baca juga:  4 Perkara Yang Anak Speech Delay Sangat-Sangat Perlu, Take Note Parents Bila Berkomunikasi Dengan Mereka!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan