Ibu Jangan Cepat Melenting, Anak Yang Nakal Sebenarnya Inginkan Lebih Perhatian Dari Anda!

Teori tingkah laku berkait dengan perbuatan dilakukan anak setiap hari. Ada ibu berdepan masalah anak jadi nakal ketika di sekolah atau taska

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Membesarkan anak menjadi seorang yang baik bukanlah perkara mudah. Dalam proses menjaga amanah ini, ibu ayah hendaklah sentiasa menerapkan nilai-nilai murni dalam diri si manja. Walau bagaimanapun adalah penting untuk anda mengetahui beberapa teori tingkah laku berkaitan kanak-kanak.

Ajaran di rumah dan di sekolah adalah tidak sama. Malah, pengaruh rakan sebaya dikatakan lebih kuat berbanding dengan ahli keluarga.

Anak menjadi agresif dan nakal ketika berada dengan pengasuh, adakah ia normal?

Maksud tingkah laku merujuk kepada tindakan atau tindak balas sesuatu objek atau organisma, biasanya mengikut persekitarannya. Ia bersifat: sedar atau separa sedar; nyata atau terselindung; rela atau tidak; sejadi atau dipelajari.

Manakala, maksud agresif kerap kali dikaitkan dengan perasaan marah. Ia menjadi tindak balas normal perasaan manusia tetapi apabila tidak terkawal boleh mengakibatkan kemudaratan serius kepada tubuh badan atau perasaan seseorang mangsa.

Dalam aspek masalah tingkah laku kanak-kanak, agresif maksud membentak, menjerit dan berani menaikkan tangan apabila tidak dapat mengawal perasaan.

Ada ibu ayah melihatnya sebagai perkara biasa dan ia menunjukkan anak menjalani perkembangan normal malah tidak kurang juga yang mengeluh apabila berdepan dengan kelakuan anak yang dianggap mencetuskan masalah apabila duduk bersama kanak-kanak yang lain.

Anak nakal di sekolah atau tempat mengasuh, berbeza dengan ketika duduk di rumah

Pernah atau tidak, anda ditegur oleh guru atau penjaga tentang anak anda yang terlebih nakal? Anak nakal biasanya tidak mahu mendengar arahan dan bermasam muka.

Tapi perangai anak anda di rumah lain pula. Mereka jarang nakal dan sangat mendengar kata. Macam mana ini? Kenapa anak tak tunjuk reaksi nakal di rumah pun, berbanding di sekolah atau tempat mengasuh?

Anak yang dilabel sebagai nakal dari diri mereka pada hari kebiasaannya perlu diberikan lebih perhatian. Cari apa yang menyebabkan mereka bertukar menjadi sedemikian. Dia sebenarnya mungkin stres.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anak hanya ‘nakal’ di sekolah atau pusat jagaan, mungkin stres kerana tidak dapat menyesuaikan diri.

Contohnya anak anda lebih minat melukis tapi tidak dibenarkan melukis. Jadi dia menunjukkan rasa tidak puas hati dengan menjadi anak nakal.

Sebaliknya jika anak nakal di rumah, menurut kajian, ini menunjukkan yang mereka terlalu selesa dengan rumah kerana tiada tekanan dan mereka tahu anda menerima mereka seadanya.

Sekiranya keadaan ‘nakal’ anak anda terlalu serius, wajar untuk anda mendapatkan bantuan profesional seperti kaunselor.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagaimana cara mengatasi masalah tingkah laku anak yang nakal?

Bagaimana hendak tahu jika nakal anak terlalu serius atau tidak, ibu ayah hendaklah meminta bantuan guru atau penjaga bagi mengetahui perkembangan anak di taska mahupun sekolah.

Jika anda telah mendapatkan bantuan profesional dan buat seperti apa yang dinasihatkan, tapi anak masih tiada apa-apa perubahan, ambil langkah untuk bersama-sama dengan anak untuk menjalani kelas bantuan seperti kelas pengendalian emosi.

Cara menangani masalah tingkahlaku anak kerana tidak boleh menyesuaikan diri:

Ada yang berpendapat mereka (anak-anak) berkelakuan sebegitu kerana kurangnya skil adaptasi yang boleh membantu mereka kurang stres dengan pertukaran keadaan persekitaran.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berikut adalah apa yang boleh dilakukan ibu bapa untuk memudahkan anak:

  • mulakan dengan fizikal: tidur yang cukup, senaman, dan makanan yang sihat.
  • pastikan anak tahu anda sentiasa ada untuk mereka (mereka boleh bergantung pada anda tidak kira apa).
  • jangan beri mereka jadual yang terlalu padat 
  • selami apa yang anak anda rasa dengan memerhatikan reaksinya selepas ke sekolah
  • sentiasa sambut mereka pulang dari sekolah dengan kemesraan yang menunjukkan anda menunggu mereka dengan rasa yang istimewa. Contohnya dengan memeluk mereka setiap kali pulang dari sekolah

Semasa mengendalikan situasi seperti ini, pastikan anda tidak berada dalam keadaan stres.

Ini supaya ibu boleh bertindak dengan lebih bijak dan bukan mengikut perasaan saja. Pertimbangkan dari semua aspek sebelum berbuat apa-apa.

Teori tingkah laku kanak-kanak

  • Teori pembelajaran sosial

Teori ini menyatakan bahawa kanak-kanak mempelajari tingkah laku dengan meniru tingkah laku orang dewasa atau orang yang mereka jumpa.

Contohnya, kanak-kanak yang sering mendengar perkataan yang tidak baik atau perbuatan negatif, mereka cenderung untuk menirunya. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Justeru ibu ayah atau penjaga, anda seharusnya menunjukkan contoh yang baik, sentiasa bersopan santun, kerap mengungkapkan perkataan yang baik kepada kanak-kanak kerena mereka merupakan penyerap yang baik.

  • Teori self-fulfilling prophech

Teori ini menyatakan bahawa tanggapan orang dewasa terhadap kanak-kanak akan mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak.

Jika ibu ayah sering melabel kanak-kanak sebagai nakal, maka kanak-kanak tersebut akan menjadi nakal dan sebaliknya.

  • Teori tingkahlaku

Teori ini mengatakan bahawa pengulangan tingkah laku berlaku jika diberi pengukuhan. Pengukuhan ini adalah seperti perhatian yang mereka dapat samada positif atau negatif.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pengukuhan pada tingkah laku positif dalam bentuk pujian atau perhatian pada tingkah laku yang baik. Manakal pengukuhan negatif pula adalah memberi perhatian pada perbuatan negatif seperti memanjat atau membaling mainan lalu memanggil nama kanak-kanak tersebut, memberi perhatian atau memarahinya.

Ibu bapa atau pengasuh perlu memberikan lebih banyak pengukuhan terhadap tingkah laku yang positif berbanding negatif.

Biasanya, anak kecil baik sering dibiarkan berbanding dengan kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku yang tidak baik.

Oleh itu, ibu ayah perlulah sering memberikan pujian kepada kanak-kanak yang berkelakuan baik supaya mereka tahu bahawa kelakuan seperti itu boleh diteruskan. 

Jika mereka melakukan kesilapan, jangan terus memarahinya. Ibu ayah hendaklah menjelaskan kenapa tingkah laku tersebut tidak baik supaya mereka faham dan tidak melakukannya lagi.

Mengikut pandangan Imam Ghazali, kanak-kanak mempelajari tingkah laku dengan memerhati dan meniru seterusnya ia akan menjadikan sebagai satu tabiat.

Ibu ayah atau penjaga perlu menunjukkan contoh yang baik dan sentiasa menasihati anak-anak. Imam Ghazali juga memberi penekanan pada pengukuhan positif yang mana kanak-kanak perlu dipuji jika melakukan perbuatan yang baik.

Kesimpulannya, anak-anak yang nakal sebenarnya inginkan perhatian daripada penjaganya. Walau bagaimanapun anda hendaklah sentiasa mengawasi setiap tindakan mereka agar tidak melampaui batas. Harus diingatkan bahawa pengajaran yang baik datangnya dari rumah.

Sentiasa terapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan anak dan jangan terlalu menjadi ibu ayah yang ‘sporting’ dengan hanya melihat sahaja jika si manja memukul kanak-kanak lain. Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia

Baca juga:  Cara Disiplinkan Anak Sejak Kecil, Paling Penting Kena Bermula Dengan Ajaran Dari Rumah

Baca juga: Kisah Benar: Bayi Selalu Dipuji Orang Sekeliling, Kepala Jadi Bernanah Disebabkan Penyakit Ain

Baca juga: Ibu Jangan Terlalu Rajin, Simpan Sedikit Kerja Rumah Untuk Anak Menjadi Lebih Bertanggungjawab!

 

Penulis

Aqma