Ramai ibu bapa yang mahu anak patuh cakap mereka, tapi sedarkah anda semua cara komunikasi anda dengan anak kecil ini yang membuatkan mereka susah nak patuh cakap anda.
Anak kecil juga manusia yang mana jika salah cara komunikasi dengan mereka, sudah pasti sukar untuk anda tackle mereka dengar pada apa yang anda cuba sampaikan.
Anak patuh pada kita bergantung cara komunikasi dengan mereka
Menurut perkongsian seorang doktor, Dr Ahmad Luqman Bukhari, ramai sebenarnya masih tidak sedar kemahiran komunikasi seorang ayah boleh beri kesan yang sangat dasyat kepada anaknya sendiri.
Berikut adalah perkongsian doktor ini yang mungkin boleh membuka mata ibu bapa di luar sana tentang pentingnya menguasai kemahiran komunikasi dengan kanak-kanak.
“Ramai sebenarnya masih tak sedar yang skill komunikasi seorang ayah boleh beri efek yang sangat dasyat pada anaknya sendiri!
Cubalah tengok cara Nabi Ibrahim berkomunikasi anaknya Nabi Ismail.”
Berputar ligat otak saya duk fikir masa mula-mula dengar perkataan ni keluar dari mulut seorang ustaz popular ni.
Tapi lepas tu perasaan saya bertukar jadi teruja bila ustaz mula kisahkan tentang teknik yang Nabi Ibrahim apply masa nak besarkan Nabi Ismail.
Punyalah dasyat skill parenting Nabi tu, sampaikan anaknya betul-betul patuh dan respect habis pada ayah dia.
Hingga bila turun arahan nak disembelih pun, si anak sanggup untuk turuti perintah tu.
Salah satu teknik superb tu ada diceritakan dalam Surah As-Shaffat, ayat ke 102.
– Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata:
“Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?”.
Anaknya menjawab: “Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar”.
Gunakan perkataan yang menunjukkan rasa penuh kasih sayang
Rupa-rupanya tiap kali bercakap dengan Nabi Ismail, baginda akan gunakan perkataan yang penuh dengan ungkapan kasih sayang.
Siap panggil “Ya Bunayya” atau “Wahai anakku sayang” lagi.
Kemudian bila nak sampaikan perintah Tuhan untuk sembelih anaknya tu, Nabi tak lah terus lontarkan arahan tapi baginda mintak dulu pendapat si anak tentang perkara tersebut.
Fuh!
Patutlah si anak mudah nak dengar kata dan respect pada orang tuanya.
Memang kalau ikutkan kajian pun, ayah yang supportive, penyayang dan caring ni akan berikan kesan besar pada emosi, fungsi kognitif, pencapaian akademik dan jugak confidence level dalam diri anak.
Sebab tu kita kena ambil berat betul bab berkomunikasi dengan anak kita ni kalau nak si kecil tu membesar dengan akhlak yang hebat.
5 cara betul komunikasi dengan anak kalau mahu dia ada akhlak hebat
Menurut doktor berkenaan, bab berkomunikasi dengan anak amat perlu diambil berat jika mahu si kecil itu membesar dengan akhlak yang hebat.
Antara yang perlu dilakukan apabila berkomunikasi dengan mereka adalah:
#1. Gunakan panggilan yang baik-baik
Gunakanlah panggilan yang baik-baik. Panggilan yang baik itu melambangkan diri anda juga. Jangan gunakan panggilan yang kasar untuk mereka.
#2. Banyakkan eye contact bila bercakap dengan anak
Melatih mereka dengan eye contact juga akan memberikan keyakinan kepada mereka apabila berkomunikasi dengan orang lain.
#3. Elakkan lebih banyak screen contact dengan smartphone
Bila mereka bercakap dengan anda, tumpu perhatian pada mereka. jika sebab nanti emosi anak kita akan rasa tercedera.
#4. Eye level dengan anak
Paling bagus kalau kita dapat rendahkan badan masa bercakap supaya eye level kita dan anak selari. Barulah dia dapat lihat mimik muka dan pergerakan mulut parents. Dari situlah nanti dia belajar kemahiran bertutur dengan lebih baik.
#5. Sentiasa hidupkan komunikasi dua hala
Anak kita akan rasa sangat dihargai bila kita peruntukkan masa untuk berbual dan dengar pendapat dia.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Sumber: Ahmad Luqman Bukhari
Baca juga:
https://my.theasianparent.comanak-tak-dengar-cakap