Kalau di rumah, dialah hero. Lari sana, lari sini. Boleh buat mak dia sakit kepala hadap perangai ‘lasak’ dia itu. Tapi, tiba-tiba anak penakut di luar rumah, terutama bila berada di tempat ramai orang. Kenapa agaknya?
Anak penakut di luar rumah ini boleh dilihat ketika dia berubah menjadi anak yang pendiam dan tidak berani melakukan sesuatu tidak seperti semasa di dalam rumah.
Situasi seperti ini sudah pastinya menimbulkan tanda tanya dan kegusaran di hati ibu bapa. Kenapa anak takut di luar rumah?
Apakah ia wajar dialami oleh seorang anak kecil yang belum kenal apa-apa? Atau mungkin ini merupakan petunjuk anak sedang eksplorasi dunianya?
Menurut seorang pakar psikologi, beliau menjelaskan anak penakut di luar rumah sebenarnya banyak dialami oleh kanak-kanak ketika usia mereka mencecah 2 tahun.
Anak penakut di luar rumah: Kenapa ia boleh berlaku?
Kalau nak tahu, bila anak kita dah sampai umur 2 tahun, kiranya dia sudah mula membesar dari fasa bayi. Jadi, mereka sudah mula eksplorasi banyak benda terutama dalam rumah.
Mereka dah hafal mainan letak dekat mana, ibu suka buat apa, tonton tv dan sebagainya. Bagi mereka, kehidupan dalam rumah cukup aman dan tenteram.
Sebab itu, bila anak di luar rumah mereka jadi takut kerana ia berbeza dengan keadaan dalam rumah. Situasi sebegini dipanggil defense mechanism.
Sebab itu, ibu bapa memainkan peranan penting untuk mengurangkan anak penakut di luar rumah supaya mereka lebih yakin dan mampu mengeksplorasi dunia luar selain dari rumah.
Oleh kerana itu, ibu bapa janganlah simpan anak lama-lama dalam rumah atau larang mereka bermain di padang permainan. Biar mereka bebas bermain dan kenal dunia luar.
Tapi awas, ibu bapa harus teman dan perhati tingkah anak ketika bermain di luar.
Anak penakut di luar rumah: Berikan kata puji-pujian
Ibu bapa juga perlu berikan pujian pada anak penakut di luar rumah. Misalnya mulakan perkataan seperti ini…
“Wah, beraninya anak mama…”
“Hebatnya anak ibu…”
2 contoh ini boleh buat anak bertambah yakin untuk bermain di luar tanpa digelar sebagai anak penakut di luar rumah lagi. Berikan mereka keyakinan untuk tampil berani ketika di luar rumah.
Walaubagaimanapun, ibu bapa jangan panik sangat kerana anak-anak ini dilahirkan berbeza-beza. Ada yang senang didekati dan ada yang mudah bergaul dengan orang.
Ada pula yang sukar nak ajak sembang mahupun tak mudah berkawan.
Sebab itu, penting ibu bapa melihat karakter anak itu terlebih dulu sebelum cuba lakukan sesuatu agar anak tak lagi digelar penakut.
Sumber: theAsianparent Indonesia
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: