Anak Perempuan Dikatakan Lebih Cepat Bercakap Berbanding Anak Lelaki, Benarkah & Mengapa?

Anda hairan melihat anak perempuan rakan atau saudara sudah expert bercakap dan sebaliknya, anak lelaki sendiri belum tahu bercakap apa-apa? Ternyata, ada sebabnya...

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ada perbezaan antara otak bayi perempuan dan lelaki yang dapat mempengaruhi perkembangan mereka masing-masing menyebabkan ada anak cepat bercakap tapi ada yang lebih perlahan.

Di dalam rahim, anak lelaki mengalami pertambahan testosteron yang dapat membuatkan otak mereka berkembang dengan kadar berbeza dari otak perempuan.

Penyelidikan menunjukkan bahawa semakin tinggi hormon testosteron pada bayi lelaki dalam kandungan, semakin besar kemungkinan mereka untuk menjadi anak yang impulsif.

Bahagian otak yang mengawal gerakan dan koordinasi (cerebellum) berkembang lebih cepat pada bayi lelaki.

Sedangkan bahagian otak bayi perempuan yang mengawal deria, seperti penglihatan dan pendengaran, lebih sensitif daripada bayi lelaki.

Adakah perbezaan perkembangan otak ini mempengaruhi kemampuan anak cepat bercakap antara anak lelaki dan anak perempuan?

Jawapannya ya, anak perempuan rata-rata lebih cepat bercakap berbanding anak lelaki. Perbezaan ini lebih jelas terlihat pada usia anak di bawah 2.5 tahun.

Kajian di England menunjukkan bahawa anak perempuan memiliki kosa kata yang secara signifikan lebih besar dari anak lelaki pada usia 18 sampai 24 bulan.

Ini kerana otak bayi perempuan yang baru lahir lebih berkembang di bahagian yang mengatur kemampuan berkomunikasi dan bahasa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bayi perempuan juga cenderung melihat wajah manusia berbanding melihat benda-benda yang bergerak.

Sehinggakan mereka lebih cepat belajar meniru apa yang orang dewasa lakukan atau katakan.

Menurut ahli psikologi di Univerity of Cambridge, anak lelaki juga lebih memilih untuk menonton gerakan benda mekanikal berbanding gerakan manusia.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hal ini menjelaskan kenapa mereka lebih suka mainan seperti kereta api, pesawat, kenderaan, dan bola dibandingkan anak patung yang tidak boleh bergerak.

Sehingga rata-rata anak lelaki lebih mahir mengesan benda bergerak dan lebih cepat belajar tentang hukum gerakan.

Tapi penyelidikan juga menunjukkan, bayi perempuan yang terdedah pada level hormon testosteron yang sama dengan bayi lelaki ketika di kandungan, akan memilih jenis mainan yang sama.

Namun, perlu diingatkan bahawa perbezaan jantina tidak sepenuhnya menjadi petanda perkembangan kanak-kanak. Setiap bayi berkembang pada kadar yang berbeza.

Pengaruh terbesar pada perkembangan bahasa bayi adalah seberapa banyak mereka diajak berbual.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kanak-kanak lelaki yang ibu bapanya sering berbual dan membacakan cerita untuknya boleh memiliki kemampuan berkomunikasi yang lebih baik daripada anak perempuan yang jarang diajak bercerita oleh ibu bapanya.

Tips untuk anak cepat bercakap

1# Galakkan eye contact dengan anak

Sebenarnya, tips paling asas dalam menggalakkan anak cepat bercakap adalah dengan melakukan eye contact apabila berbual dengan mereka. Ini juga salah satu perkara ibu bapa wajib buat dengan selalu kerana jika anak elak memandang mata anda, ini petanda dia mungkin ada autism. 

Lebih baik cuba banyakkan berbual dengan memandang mata mereka. Namun jika dia masih enggan, bawa segera berjumpa pakar.

2# Banyakkan berbual kosong

Sebagai seorang ibu, saya akan cuba berbual dengan anak saya sekerap yang mungkin. Bagi kita, mereka mungkin masih kecil dan tidak memahami apa yang kita katakan. Ini salah sekali! 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anak-anak sangat pintar dan mereka mampu mengajuk perbualan kita tanpa disedari. Perbualan kosong juga membantu anak-anak untuk membina vokabulari lebih mendalam dan memahami lebih banyak tentang persekitaran mereka.

3# Guna mainan mereka

Setiap anak-anak mesti ada mainan yang comel dan menarik kan? Galak anak cepat bercakap dengan menggunakan mainan mereka sebagai model utama. Contoh, jika anda membelikan anak mainan masak-masak, tanya mereka apakah yang mereka lakukan dan tanya ini mainan apa.

Walaupun penjelasan mereka tidak jelas, tapi ini sekaligus akan mendorong mereka untuk terus berbicara dengan anda. 

Jadi, berbuallah dengan buah hati setiap hari ya, ibu-ibu!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ini Bezanya Anak Lambat Bercakap Atau Ada Masalah Gangguan Percakapan (Speech Delay)!

Baca juga:  Telefon pintar boleh beri kesan buruk hingga anak lambat bercakap?

Baca juga:  Perkembangan Anak Bercakap, Membaca & Menulis, Yang Mana Dulu?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Putri Fitria