Untuk melancong dengan anak ramai, mungkin ibu bapa perlu perancangan yang lebih rapi supaya senang nak kawal tingkah laku dan mood anak sepanjang tempoh itu.
Namun, ada juga ibu bapa yang mempunyai anak ramai sedikit gusar dan bimbang untuk membawa anak-anak melancong tak kira di dalam ataupun luar negara.
Walau apapun cabaran dan halangan yang menanti, melancong dengan anak ramai sebenarnya terbukti lebih menyeronokkan kerana anak boleh belajar sesuatu di tempat baru itu dari segi budaya, cuaca, pemakanan, komunikasi, bahasa dan sebagainya.
Berikut merupakan beberapa cara yang boleh anda praktiskan untuk melancong dengan anak ramai.
Perancangan melancong bersama anak ramai
Melancong bersama anak ramai dengan pelbagai ragam tak kira sama ada kembar, bayi atau kanak-kanak tentunya ada beberapa faktor yang perlu dilihat sebelum memulakan perjalanan ke destinasi percutian tersebut.
Antara benda-benda yang mampu memudahkan perjalanan anda ialah:
- Sekiranya ada anak sulung yang sudah boleh membantu tugas-tugas kecil seperti menguruskan adik, minta anak membantu apa yang perlu seperti tukar pampers, bancuh susu dan sebagainya. Jika tiada, minta suami bantu sepanjang perjalanan.
- Jika salah seorang anak tidur di waktu siang, rancang perjalanan dengan baik supaya kanak-kanak berkenaan dapat berehat secukupnya.
- Sekiranya ketika memulakan perjalanan, anak belum tidur, pastikan anda sudah bersedia menyediakan mainan dan siap bancuh susu anak.
- Kemudian cari ruang dalam kereta atau penerbangan untuk tidurkan anak tanpa sebarang gangguan daripada adik beradik yang lain.
- Namun, jika bercadang untuk bertolak selepas anak tidur, itu lebih baik kerana mereka akan rasa lebih bertenaga sepanjang perjalanan. Bahkan, si kecil pun tak akan merengek dan boleh bermain dengan kakak dan abangnya di tempat duduk belakang.
- Jika anda melancong ke luar negara, ambil waktu tiket penerbangan di waktu malam dan samakan dengan waktu tidur anak supaya mereka boleh tidur sepanjang perjalanan. Anda juga dapat berehat.
- Ambil perjalanan yang singkat dalam tiga ke empat jam sahaja. Mungkin ia lebih baik kerana anak-anak akan rasa lapar dengan persekitaran baru dan menyebabkan mereka berasa sedikit bosan. Jadi untuk tidak timbulkan rengekan atau menangis lapar. Cara ini adalah lebih baik.
Apa yang perlu dikemas untuk percutian dengan anak ramai?
Melancong dengan anak ramai memerlukan banyak barang yang perlu dibawa dan dikemas dalam beg. Inilah bab yang boleh buat ibu bapa sakit kepala nak buat.
Sekiranya ada anak kecil, mungkin anda akan sedikit risau jika tertinggal barang-barang tertentu.
Semakan beg barang anak dan bayi
1. Pakaian harian: pakaian harian yang dibawa perlu melihat cuaca. Jika pergi ke tempat yang sejuk, perlu bawa lebih banyak pakaian berlengan panjang dan seluar panjang.
2. Sediakan baju sejuk, jaket dan kardigan supaya tubuh anak tetap panas jika berada dalam negara beriklim sejuk.
3. Bawa bersama pakaian tidur untuk waktu malam
4. Jangan lupa bawa pampers dan napkin lebih.
5. Bawa bersama stokin, sarung tangan, topi kepala dan lain-lain yang sesuai dengan tempat sejuk.
6. Mandian bayi sepeti syampu, sabun mandi, lotion, krim, bedak dan ubat-ubatan lain yang penting supaya tak lupa untuk dibawa bersama.
7. Tuala mandi dan tuala muka
8. Bedung jika bayi baru lahir bersama
9. Sabun pembasuh pakaian jika berniat untuk basuh baju di tempat tersebut dan juga sabun basuh botol susu
10. Ubat-ubatan dan supplements
11. Pam susu badan atau susu formula bersama botol susu.
12. Selipar dan kasut berjalan yang sesuai dengan tempat
Perkara yang perlu dilihat sebelum melancong dengan anak ramai
- Pastikan syarikat penerbangan mempunyai had berat untuk setiap penumpang. Oleh sebab itu, sila semak bagasi anda supaya dapat mengelak bagasi berlebihan. Jika tidak, anda dikenakan bayaran. Sebab itu, kongsikan bagasi anak-anak dengan bagasi anda suami isteri supaya tidak terlalu berlebihan
- Sila rujuk dengan syarikat penerbangan tersebut sama ada boleh atau tidak bawa masuk bersama makanan dan susu bayi.
- Sila rujuk dengan doktor kanak-kanak sebulan sebelum tarikh bercuti dan tanyakan doktor tersebut ubat-ubatan yang perlu anda sediakan sekiranya memerlukannya semasa perjalanan ke destinasi pelancongan itu.
- Suntikan tertentu diperlukan sekiranya anda melancong ke negara yang mempunyai risiko untuk dijangkiti malaria, epidemic atau Influenza A.
- Buat semakan pada passport anak seperti tarikh tamat tempoh dan sebagainya.
- Pastikan semua booking sudah dipastikan seperti hotel, kenderaan, makanan dan sebagainya.
- Bawa bersama barang mainan, alatan video games, buku puzzles, buku mewarna dan sebagainya supaya anak-anak tak bosan jika perjalanan terlalu lama.
- Telefon bimbit, pengecas telefon, power bank, USB port dan extension plug.
Perkara yang anda jangka dan tak jangka berlaku bila melancong dengan anak ramai
1. Jetlag merupakan perkara biasa jika anak-anak anda pertama kali mengembara dalam perjalanan yang jauh. Oleh kerana terdapatnya perbezaan masa, anak mungkin memerlukan beberapa hari untuk sesuaikan diri. Maka mereka akan berhadapan kesukaran untuk membezakan siang dan malam lantas menyebabkan sedikit kesukaran untuk tidur.
2.Kembali ke rumah dengan keadaan anak-anak yang kurang sihat adalah perkara biasa boleh terjadi. Segera bawa anak berjumpa pakar pediatrik dan maklumkan negara yang anda lawati itu. Kemudian dapatkan ubat yang sesuai supaya mereka pulih secepat mungkin.
3. Akan timbul ekzema atau ruam-ruam kerana perbezaan cuaca di negeri tersebut. Walauapapun dapatkan ubat-ubatan yang sesuai untuk merawatnya.
4. Alergi pada makanan juga boleh berlaku jika anak-anak ada mengambil makanan di tempat percutian. Kemudian ia akan memberi reaksi yang negatif seperti alergi atau timbul bintik merah di tubuh.
Untuk anda yang akan memulakan perjalanan bersama anak ramai boleh ikut nota yang kami sediakan ini.
Semoga percutian kalian berakhir dengan kenangan yang cukup terindah. Selamat melancong dan jangan lupa kongsikan artikel ini laman socmed anda ya!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Penulis asal Cindy Gan, artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Singapore untuk diterjemah