13 Tips Berkesan Didik Anak Jadi Soleh, Solehah, Ibu Ayah Boleh Cuba Amalkan Selama 40 Hari

Siapa saja yang tak nak anak soleh, solehah. Tapi sudah pasti perlu ada usaha daripada ibu ayah juga. Cuba tips yang diberikan ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mendidik anak bukanlah semudah ABC. Yang dididik ini adalah insan yang bakal menjadi ibu ayah kepada orang lain nanti. Jadi besar tanggungjawab mendidik anak dengan sempurna supaya mereka menjadi anak soleh solehah dan insan sempurna. Apa maklumat lanjut yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Anak soleh, solehah jika ibu ayah buat ini
  • Pastikan anak makan malam sebelum Maghrib
  • Kurangkan makan daging merah
  • Makan buah sebelum makan nasi
  • Banyakkan memeluk anak
  • Banyakkan memeluk anak
  • Baca doa penerang hati
  • Letak pokok hidup
  • Beri supplement
  • Galakkan anak tidur mengiring ke kanan
  • Pastikan rezeki yang ibu bapa terima dari sumber berkat
  • Lembutkan hati anak dengan surah-surah ini
  • Nasihatkan anak semasa dia tidur
  • Baca surah Ibrahim ayat 40

Mendidik anak pada zaman ini bukanlah suatu yang mudah. Terlalu mencabar kerana dunia semakin moden dan pelbagai anasir juga timbul.

Memang sangat difahami jika ibu ayah masa kini risau akan anak mereka dan risau mereka salah mendidik

Anak soleh, solehah jika ibu ayah buat ini

Jadi perkongsian kali ini mungkin boleh membantu ibu ayah di luar sana untuk mendidik anak dengan sebaiknya.

Petua yang dikongsikan pakar motivasi Dr Fadzillah Kamsah ini mungkin boleh dijadikan rujukan oleh ibu ayah di luar sana dalam mendidik anak. 

#1. Pastikan anak makan malam sebelum Maghrib

Seperti yang diajarkan Nabi Muhammad SAW, disarakankan untuk makan sebelum Maghrib kerana mudah belajar pada waktu malam. Makan malam selepas maghrib akan membuatkan anak mudah letih dan mengantuk bila belajar.

Makanan akan hadam 1 setengah jam selepas makan. 

#2. Kurangkan makan daging merah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kurangkan makan daging merah dan banyakkan makan daging putih seperti ayam dan ikan. Daging merah membuat anak jadi pemarah anak agresif serta mudah melawan cakap. 

#3. Makan buah sebelum makan nasi

Pastikan mereka makan buah dulu sebelum makan nasi agar badan dapat menyerap vitamin C dalam buah-buahan. Vitamin C membantu menenangkan fikiran anak di samping menjaga kulit.

#4. Banyakkan memeluk anak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anak yang sering dipeluk akan tenang, kurang degil, rasa selamat dan disayangi serta jarang nak buat nakal.

#5. Baca doa penerang hati

Bacalah doa penerang hati termasuk surah al-Insyirah untuk menguatkan ingatan, mudah faham, jadi tenang, mudah patuh arahan ibu bapa dan tidak banyak ragam. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#6. Letak pokok hidup

Letak pokok hidup seperti keladi air di meja anak belajar untuk bekalkan oksigen kepada otak anak semasa belajar.

#7. Beri supplement

Beri anak supplemet yang dapat menguatkan minda. Selain itu ia juga mungkin dapat menguatkan daya ingatan anak untuk belajar dan sebagainya.

#8. Galakkan anak tidur mengiring ke kanan

Galakkan anak tidur mengiring ke kanan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selain mengikut sunnah, ia juga boleh menjadikan otak lebih pintar dan anak puas tidur. 

#9. Pastikan rezeki yang ibu bapa terima dari sumber berkat

Mungkin ini yang banyak daripada kita terlepas pandang. Rezeki yang tidak berkat mungkin antara punca anak sukar dibentuk dan sebagainya.

Seboleh-bolehnya ibu ayah ambil kisah dan pentingkan keberkatan dalam rezeki yang anda perolehi. Elakkan perkara haram dan jangan lupa keluarkan zakat pendapatan dan zakat lain yang berkaitan.

#10. Lembutkan hati anak dengan surah-surah ini

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Al-Fatihah
  • Al-Hasyr (ayat 21-24)
  • Ta-Ha (ayat 1-5)
  • Ayat kursi

#11. Nasihatkan anak semasa dia tidur

Cuba nasihatkan anak agar jadi anak yang baik, sopan santun, dengar cakap ibu bapa semasa dia sedang tidur. Memang ada yang mengakui jika kita istiqamah nasihatkan anak semasa mereka tidur, anak akan lebih mudah untuk berubah menjadi lebih baik.

#12. Baca surah Ibrahim ayat 40

Ini untuk merangsang ahli keluarga supaya solat dan berperangai baik. Ia memang doa khas untuk memohon agar diri dan keluarga sentiasa menjaga solat. 

Cuba amalkan semua ini dalam 40 hari kerana tabiat baharu terbentuk dalam masa 40 hari. Ia mungkin membantu menyelesaikan masalah anda langkah demi langkah. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Didik Anak Tentang Aurat & Rasa Malu Sejak Kecil, Bila Besar Nanti Pandai Jaga Diri

Baca juga: Ibu Berjaya Didik Anak Jadi CEO & Doktor, Dan Dedahkan Kesilapan Terbesar Parents Dalam Didik Anak!

Baca juga: Cara Didik Anak Anda Jadi Pemurah Dan Mahu Berkongsi

Penulis

Lala Annuar