Ini Bezanya Anak Lambat Bercakap Atau Ada Masalah Gangguan Percakapan (Speech Delay)!

undefined

Adakah anak anda lambat bercakap? Tahu tak anak speech delay atau mempunyai gangguan percakapan dengan anak lambat bercakap adalah berbeza!

Bila kita ada anak, banyak memori kita diwarnai dengan milestone yang mereka capai – senyuman pertama mereka, langkah pertama, perkataan pertama dan lain-lain.

Tapi, apa yang boleh anda lakukan jika salah satu dari perkembangan anak terlambat atau tak berlaku? Dalam artikel ini, pihak theAsianparent Malaysia akan bercakap tentang perkembangan percakapan anak.

Anak mempunyai gangguan percakapan (speech delay) dan anak lambat bercakap. Ada perbezaan ke? Anda boleh membaca lebih lanjut lagi untuk mengetahui bila anak sepatutnya anak boleh mula bercakap.

speech delay, anak speech delay

Foto: Shopify

Ada anak yang boleh bercakap dengan cepat, tapi ada juga anak yang boleh bercakap satu ke dua perkataan dan untuk masa yang lama hanya tahu baby talk.

Anak speech delay kadang-kadang bukan perkara yang terlalu merisaukan dan boleh dirawat dari masa ke masa. Tapi kadang-kadang, anak lambat bercakap juga boleh menjadi isu yang lebih serius menurut pakar.

Perkembangan percakapan setiap kanak-kanak adalah berlainan dan sukar untuk ibu bapa tahu jika anak mereka “lambat” bercakap. Kerana ini, anda perlukan bantuan pakar pertuturan.

Joan Lim dan Sheryl Lau yang bekerja untuk syarikat Therapy Inc. di Singapura membekalkan pelbagai servis disiplin untuk keluarga dan individu yang sedang mencari terapi pertuturan, terapi pekerjaan dan bantuan pembelajaran.

Kami tanyakan mereka beberapa soalan tentang apa beza anak speech delay dan anak lambat bercakap dan berikut adalah maklumat yang mereka berikan:

Bila anak sepatutnya sudah boleh mula bercakap?

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/02/umur anak boleh bercakap baru lahir.jpg Bila sepatutnya anak anda sudah boleh bercakap?

Anak biasanya akan mula cakap perkataan pertama mereka ketika hari jadi pertama mereka.

Perkataan pertama biasa mereka termasuk, “mama”, “papa” dan “susu”, tapi kadang-kadang mereka juga boleh cakap “NO!” dan “uh oh”!

Kosa kata mereka akan berkembang dengan cepat dan apabila mereka mencapai usia 18 bulan, mereka akan boleh sebut lebih kurang 50 perkataan.

Ada perbezaan ke antara anak speech delay dan anak lambat bercakap?

Anak lambat bercakap dan anak yang ada gangguan percakapan (speech delay) kedua-duanya akan mula bercakap lambat. Anak tanpa gangguan percakapan (anak lambat bercakap) biasanya boleh pulih bila mereka banyak bercakap dengan rakan sebaya tanpa apa-apa campur tangan.

Anak speech delay pula selalunya akan ketinggalan dan memerlukan campur tangan untuk mengelakkan jarak ketinggalan mereka menjadi lebih besar apabila mereka membesar.

Gangguan percakapan (masalah dengan sebutan) boleh menjadi lebih ketara pada bila-bila masa dan ibu bapa perlu bercakap dengan pakar pertuturan jika anak buat sebutan yang salah pada umur yang tak sepatutnya.

Apa ciri-ciri anak lambat bercakap?

Anak lambat bercakap mungkin akan cakap perkataan pertama mereka selepas umur 18 bulan.

Pakar perkembangan pertuturan dan bahasa menjangkakan anak akan bercakap ayat dua perkataan seperti, “nak susu” pada usia 2 tahun dan tiga patah perkataan seperti, “mama, nak makan” pada usia tiga tahun dan seterusnya.

Jika mereka mula menggunakan gabungan perkataan lebih lambat dari jangkaan, dan mereka kelihatan lebih memahami dari apa yang mereka cakap, ini adalah ciri-ciri anak lambat bercakap.

Mereka juga mungkin akan bercakap baby talk untuk jangka masa yang lama.

Jadi, penting untuk anda pastikan mereka capai perkembangan yang dijangkakan ini selepas mereka mula bercakap.

Betul ke anak lelaki lebih lambat bercakap dari anak perempuan?

anak speech delay, anak lambat cakap, anak lambat bercakap, anak lambat bercakap 2 tahun, anak lambat bercakap 3 tahun, anak lambat bercakap 4 tahun, autisme, autistik,

Ya, umumnya, anak lelaki mula bercakap lebih lambat dari anak perempuan.

Walau bagaimanapun, setiap orang berbeza. Ada lelaki yang boleh bercakap lebih awal dari perempuan. Namun, gangguan autisme, perkembangan dan bahasa serta gagap biasanya lebih banyak terjadi pada lelaki.

Bila anda perlu risau jika anak speech delay?

Anda perlu cari bantuan jika anak:

Apa yang boleh anda buat di rumah untuk galakkan anak bercakap?

  • Berikan anak sebab untuk berkomunikasi

Anda boleh buat perkara seperti berikan mereka mainan kesukaan mereka satu per satu supaya mereka ada peluang untuk “minta lebih” dan berlatih untuk mengambil giliran bercakap dan kemahiran komunikasi yang lain.

Anda boleh pura-pura tak tahu apa yang anak anda suka dan tak suka dan berikan mereka benda yang mereka tak suka supaya mereka ada peluang untuk cakap “no”.

anak speech delay, anak lambat cakap, anak lambat bercakap, anak lambat bercakap 2 tahun, anak lambat bercakap 3 tahun, anak lambat bercakap 4 tahun, autisme, autistik,

Banyakkan bercakap dengan anak, berborak seperti biasa dan ceritakan apa yang anda sedang lakukan tapi pastikan ia pendek supaya mudah untuk anak meniru anda.

Gunakan gerak badan dan isyarat untuk menambahkan maksud pada perkataan yang anda cakapkan

Adakah speech delay itu tanda gangguan perkembangan lain?

Speech delay mungkin boleh menjadi indikasi yang anak anda ada gangguan lain seperti autisme.

Walau bagaimanapun, tak semua kanak-kanak autisme lambat bercakap dan tak semua anak lambat bercakap mempunyai autisme. Kenalilah ciri-ciri autisme pada anak kecil anda. Kerap kali, banyak ibu bapa yang salah anggap anak yang lambat bercakap sebagai tanda nonverbal autisme

Jika anda rasa anak anda lambat bercakap, hubungi doktor atau pakar pertuturan untuk mendapatkan pendapat kedua.

Jika tak ada apa yang perlu anda risaukan, pakar-pakar ini boleh tenangkan fikiran anda dan jika ada masalah, mereka boleh berikan rawatan yang sepatutnya.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Penulis asal Nalika Unantenne, mendapat keizinan theAsianparent Singapore untuk diterjemah

Baca juga: Anak Lambat Bercakap Tida Semestinya Autisme

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!