Kajian terbaru mendapati tabiat anak suka makanan ringan, mungkin berpunca dari ibu bapa sendiri yang mempunyai cara pemakanan yang kurang sihat. Ibu bapa suka makan McD, anak pun suka makan McD.
Ini bukan kebetulan semata-mata. Kerana ibu bapa, anak boleh mendapat kesan negatif akibat makanan ringan dan segera.
Kajian mendapati jika anak suka makanan ringan, ada kemungkinan besar ibu bapanya juga sama kerana faktor genetik boleh memberi kesan kepada pemakanan anak.
Anak suka makanan ringan: Kesan genetik kepada anak
Kajian Universiti Guelph telah mendapati makanan ringan pilihan anak dipengaruhi oleh faktor genetik.
Kajian ini dilakukan ke atas 47 orang kanak-kanak berusia 18 bulan hingga 5 tahun selama 3 hari, di mana pemakanan mereka telah dipantau oleh penyelidik.
Varian genetik deria rasa yang berkaitan dengan rasa manis, rasa lemak dan rasa pahit telah dikaji untuk kanak-kanak prasekolah. Varian genetik adalah perubahan dalam urutan DNA individu yang menjadikan seseorang itu, individu yang unik.
Penyelidik terkejut mendapati hampir 80% kanak-kanak yang dikaji mempunyai sekurang-kurangnya satu kandungan genetik yang sama. Kesimpulannya, apabila anak suka makanan ringan, ini disebabkan faktor genetik yang sama.
Mengapa penemuan ini penting jika anak suka makanan ringan?
Apabila tahu varian rasa anak boleh diwarisi, ibu bapa akan mempunyai pemahaman yang lebih baik mengapa makanan itu kegemaran anak, serta jenis makanan yang boleh menarik perhatian mereka.
Penyelidik masih perlu mengkaji dengan lebih mendalam sebelum ujian khusus dapat diselesaikan.
Jadi buat masa sekarang, ibu bapa boleh membuat perbandingan tabiat permakanan anak dan pemakanan diri sendiri.
Sekiranya terdapat persamaan, jangan marah sebab anak suka makanan ringan. Mereka hanya mengikut tabiat ibu bapa.
Oleh itu, jika anak tidak suka makan makanan yang lebih berkhasiat, semak diri dulu. Anak sering meniru apa sahaja yang ibu bapa mereka lakukan.
Maka sebagai ibu bapa yang prihatin, ubahlah tabiat mengambil makanan yang tidak berkhasiat dan pilih makanan yang segar dan berkhasiat supaya anak akan lakukan yang sama.
Jangan biarkan faktor genetik menentukan kesihatan anda sekeluarga.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Science Daily, Romper, Genos, theAsianparent Singapura
Baca juga:
https://my.theasianparent.com/6-makanan-anak-bodoh/